143

53 6 0
                                    

Dalhee mencabut tali pinggang keledarnya. Baru sahaja dia ingin turun dari kereta dia memandang Taehyung disebelahnya yang sedang mengemas kereta itu.

Dia kemudian menutup semula pintu kereta itu buatkan Taehyung memandangnya pelik.

"Kau tahu orang sibuk cakap pasal aku macam-macam..." Kata Dalhee perlahan.

Taehyung mengangguk laju. Tentulah dia tahu. Mustahil untuk katakan tidak tentang isu budak baru ini yang tidak henti-henti sejak hari pertama dia disitu.

"Kau janganlah tambah-tambahkan lagi. Orang cari aku sebab nampak kau bercakap dengan aku dekat bus stop haritu..." Kata Dalhee, mengingatkan Taehyung.

"Aku taknak tiba-tiba nanti orang tahu kau dengan aku yang dulu,"

Taehyung kemudian mengangguk perlahan. Faham.

Mungkin akan ramai yang akan salah faham kalau dia sentiasa berkelakuan baik dengan Dalhee dikhayalak ramai. Tapi niatnya baik. Dia mahu memastikan Dalhee dalam kondisi yang baik. Ye, Dalhee adalah ex-nya. Tapi dia tak mahu saling membenci. Dia akan lakukan apa sahaja untuk membantu Dalhee. Dia tahu dia dah musnahkan hidup perempuan itu. Mana mungkin dia akan abaikan Dalhee sedangkan dirinya yang sekarang merupakan influencer terkenal di Korea.

Taehyung berjalan beberapa langkah dibelakang Dalhee turun dari bukit. Kelihatan dari jauh ada beberapa orang lain dan kumpulan lain yang kebarangkalian juga seorang pelajar bercuti disitu. Tidak hairan kenapa ada banyak kereta disitu.

Dalhee menuruni bukit itu ingin berjalan ke arah mereka yang kelihatan sudah bersiap sedia memasang khemah masing-masing dan membakar.

"Oi Taehyung... Dalhee..." Teriak Channi dari kejauhan dan semua disitu memandang ke arah mereka berdua dari atas bukit itu.

Dalhee cuba untuk berhati-hati turun dari situ tapi entah mana silapnya dia tergelincir hampir-hampir sahaja jatuh tapi Taehyung lagi laju memaut lengan atasnya. Dia tergamam. Mata mereka saling berpaut.

"Hati-hati sikit. You yang clumsy minta attention i," kata Taehyung dengan riak wajah biasa.

Dia cuba untuk tindak buatkan orang bercakap tentang Dalhee lagi, tapi dia tidak dapat hentikan mulut orang. Dalhee sentiasa memerlukan pertolongannya. Mungkin perempuan itu tidak mengharapkannya atau tak tunjukkan yang dia perlukan bantuan. Tapi lihatlah betapa clumsynya Dalhee.

Taehyung kemudian memimpin Dalhee turun dari bukit itu kebarangkalian kerana tapak kasutnya yang sudah haus.

"Dalhee!" Teriak Kyujin yang terpaling risau disitu. Dia terus berjalan mendapatkan Dalhee dan memeluk secara spontan.

"Sorry! Aku tak perasan! Aku ingat Jungkook tunggu kau dekat tandas. Lepastu Jungkook ingat kau lepak dengan aku dekat dalam bas," jelas Kyujin memberitahu apa yang terjadi.

"Ya, kitaorang semua ingat kau lepak dekat tingkat bawah dengan Kyujin." Kata Lia, rakan sekelasnya. Mereka semua mengangguk serentak.

Taehyung dibelakang tersenyum nipis. Dalam masa yang sama dia kesian pada Dalhee. Mesti sukar buatnya untuk bergaul setelah isu dia pernah ada bayi itu, sudahlah budak baru pula tu! Dia kemudian berjalan ke arah gengnya.

"Sokay," kata Dalhee sambil berjalan ke arah mereka semua dan duduk di salah satu bangku yang diperbuat dari kayu itu.

Dilihatnya khemah dan segalanya sudah tersedia. Dia sangat malang kerana tidak dapat menyertai aktiviti paling menyeronokkan itu.

"You tidur dengan i dengan Kyujin tau!" Kata Yeji dari belakang, dia ketua dalam kelas mereka. Yeji sangat baik, dia juga adalah salah satu rakan sekelas yang agak rapat dengannya.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now