126

74 15 0
                                    

Dalhee duduk dengan keluhan berat meniti dibibirnya setelah bertungkus lumus menyental kotoran makanan yang ditumpahkan pelanggan tadi dengan mop yang sudah lunyai. Dia sudah siap mengemas dan nasibnya baik bila tiada pelanggan yang datang 10 minit sebelum mereka tutup kedai.

Pinggangnya dipegang dan terasa sangat lenguh dan sakit tidak ubah seperti orang tua yang dah kat 60 tahun sedangkan dia baru 20-an.

Dia memandang sekeliling restauran. Sunyi dan kemas. sementara majikannya pula menyuci dibahagian dapur dan ada yang sedang mengira sales untuk hari ini.

Ini adalah minggu ketiga dia bekerja disitu dan bila difikirkan yang dia sebenarnya masih tidak cukup duit untuk menampung kos sara diri di bandar.

Dia yang dulu duduk dikawasan kampung. Kebetulan sungguh kerana dapat bilik yang tak perlu disewa atau dibayar cuma disebabkan dia belajar, pemiliknya sangat baik. Tambahan lagi makanan di sana yang murah. Sekadar hidup untuk teruskan belajar sepanjang 2 tahun tu, tak jadi masalah sebenarnya. Tapi sekarang semua berbeza, dari segi bilik dia perlu sewa, makanan dan yuran lagi.

Dia terpaksa berpindah kerana pemilik rumah itu akan berpindah ke luar negara. Jadi, katanya tak ada sesiapa yang menguruskan hal tanah.

Dalhee mengeluh lagi memikirkan nasibnya.

Dia kemudian bersandar. Telefonnya dikeluarkan daripada apronnya. Dia cuba untuk dapatkan kerja yang lain tapi tak kiralah betapa banyaknya outlet dibandar ni, tak ada kerja kosong. Tambahan lagi dengan dia yang ada banyak kelas dan tugasan.

Selepas membelek, dia tutup semula dan termenung. Begitulah hidupnya, kesunyian.

Ramai orang sebayanya yang tak kisah kalau tak kerja. Tapi bagi Dalhee hidup ni sangat membosankan kalau dia tak kerja. Duduk termenung dan menunggu untuk orang call? Lambat lagi.

Dia teringat hal siang tadi.

Dia memikir sejenak.

Tak sangka yang sebenarnya dia dan Taehyung berjumpa lagi. Kebetulan sungguh mereka ditempat belajar yang sama.

Dalhee tak pernah tahu apa lelaki itu buat selama ni. Dia tak dengar khabar langsung sejak kali terakhir dia menghilangkan diri. Ingatkan Taehyung tak akan sambung belajar memandangkan dia yang nampak pemalas dan lagi suka hadap perempuan.

Tapi tak sangka yang Taehyung dapat bertahan sehingga semester 4.

"Dia ambik sains komputer..." Bisik Dalhee.

Dia sangkakan yang Taehyung akan ambil bidang-bidang yang boleh menonjolkan diri dan cuba untuk kembangkan kebolehannya memandangkan dia seorang model. Tapi tidak, Dalhee sendiri tak pernah tahu yang Taehyung minat tentang Komputer.

Memikirkan hal semalam. Mungkin ke yang Taehyung sebenarnya dah tahu lebih awal? Mesti Taehyung dah tahu sejak dia kali pertama jejak kaki disitu dan rupanya dia sentiasa di 'stalk' sepanjang hari. Taehyung sebenarnya mengekori dia kemana sahaja.

Dia masih tak berubah. Masih cuba dan mencuba untuk berada di masa lalu tapi Taehyung sebenarnya lupa, apa yang berada dimasa lalu cumalah kenangan.

Entah bila kali terakhir dia fikirkan Taehyung dan sungguh dia tak pernah fikirkan lelaki itu dengan sengaja. Kisah yang berlaku 2 tahun lepas itu memang tak akan pernah pudar dari kenangan yang disimpan dalam fikirannya. Bagaimana dia boleh lupa benda yang dah ubah banyak benda dalam dirinya?

Kadang-kadang nampak mana-mana bayi tipulah kalau dia tak teringat pada Taehyung. Dia cuma terfikirkan Dahyung tapi ayahnya ialah Taehyung.

Memang 2 tahun selepas apa yang berlaku hidupnya sangat sunyi dan kosong. Dia tak ada tempat bergantung atau tempat untuk meluah. Dia tak ada kawan dan memilih untuk tak ada. Dia tak ada keluarga yang ghaib sepertinya dia ni  wujud tanpa ibu bapa.

Kosong sangat kosong sehingga dia dapat hitung setia keperitan yang dia lalui. Dia lupa apa itu istilah berkawan atau bercinta. Dia rasa kosong dan ada trust issue dalam banyak benda. Terutamanya macam mana kalau orang tahu yang dia pernah mengandung diusia 18 tahun?

Dia pernah cuba bersosial selepas mulakan hidup baru. Tapi memandangkan semua lelaki sama, dia rasa sangat takut. Tambahan lagi dengan dunia yang penuh dengan orang select ini, macam mana dia nak berkawan?

Tak hairan kenapa dia masih tak ada kawan sampai sekarang.

"Jom, Dalhee!" Teriak majikannya, Dalhee terus bangun, bergegas untuk pulang dan tidur. Kemudian hari baru bermula berulang kali perkara yang sama lebih dari 800 hari.






TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now