134

52 12 1
                                    

"Patut ke kita pakai baju tradisional je? Simple but nice kan? Cantiklah yang ni!" Kata Mia sambil menyelak satu persatu gaun Hanbok pengantin yang berwarna warni. Coraknya yang esklusif dan mahal buatkan gaun itu nampak menyerlah, berbeza dengan Hanbok yang biasa.

Pembantu perempuan yang setia disisi Mia tersenyum manis mengiyakan apa yang Mia katakan, setujukan apa sahaja yang pelanggannya kata tapi tidak untuk Taehyung, dia nampak sangat terganggu.

"Wah ni cantik, tengok ni Taehyung!" Kata Mia sambil mengambil salah satu hanbok itu dan dipadankan pada badannya lalu ditunjukkan pada Taehyung yang nampak seperti sedaya upaya untuk menunjukkan minatnya.

Mereka sedang mencari gaun pengantin untuk Mia. Beberapa bulan lagi, sebaik sahaja Taehyung tamat semester akhir ini, mereka berbincang untuk terus berkahwin tanpa teragak-agak memandangkan keluarga Mia dah bagi green light.

Taehyung mengangguk setuju atau dia sebenarnya berpura-pura setuju. Dia cuma tiada apa-apa perasaan. Lagipun Mia juga seorang model. Bagilah pakai apapun, tetap cantik. Dia patut tak perlu risau tentang gaun pengantin Mia.

Mia mengeluh dan meletakkan semula gaun itu dan berjalan ke arah Taehyung dan duduk disebelahnya.

Taehyung nampak gusar. Dia sedaya upaya untuk berminat tapi entah mengapa sekarang dia tidak dapat jadi seperti dulu. "What? Cantik je,"

Mia mengeluh dan bersandar lalu menyilangkan tangannya tanda tidak puas hati. Lama dia diam, dia dah tahu Taehyung sangat tidak endah. Bukan bermakna Taehyung pernah kisahkan tentang apa yang dia pakai sebelum ni, Taehyung sebenarnya tak pernah kisah. Tapi sekurangnya bukan ke Taehyung patut beritahu apa keinginannya untuk 'bakal isteri'nya ni untuk majlis mereka nanti?

"Kalau saya nak custom boleh kan?" Soal Mia pada pekerja disitu, yang membantu dengan penuh sabar.

"Boleh, tapi seeloknya cik tempah sekarang, 3 month before majlis is better so ada banyak masa untuk fitting." Kata pekerja itu, Minji namanya.

"Saya fikir dulu. If I custom 1 month before pon i boleh bayar emergency charge," kata Mia dengan dingin. Bukan geram dengan pekerja itu tapi ini dah butik pengantin kedua tapi Taehyung sangat tidak berminat.

Yes, butik pengantin kedua. Tapi bukan butik biasa-biasa. Tapi butik luar biasa yang berharga berjuta-juta won pun! Kat mana lagi yang mereka patut pergi? Ini bukan New York ada banyak butik pengantin yang sesuai dengan level mereka.

"You trylah mana-mana dulu then decide," kata Taehyung, cuba memujuk Mia.

Mia menjeling dan bangun dengan kasar. Berjalan dan mengambil salah satu gaun disitu dan berkata pada pekerja itu yang dia mahu mencuba yang itu meskipun sebenarnya dia tak mahukannya. Dia cuma sedar yang Taehyung masih tak ada minat dengan majlis kahwin mereka.

Selepas seketika Mia keluar dari fitting room tidak ubah seperti program Say Yes To The Dress ala-ala western style. Mia dengan gaun putih yang mengikut bentuk badannya, sexy yang menunjukkan bahu dan lurah dadanya, silhouette mermaid yang penuh dengan labuci sehingga berkilat-kilat bila terkena cahaya lampu spotlight. Tapi adakah Taehyung terpesona? Dia tidak memberi respon seperti dalam tv show Say Yes to the Dress. Dia cuma tersenyum, macam tak ada apa berlaku.

Dia sepatutnya terngangga seolah-olah tidak percaya betapa menawannya Mia memakai gaun putih itu.

"Cantik," kata Taehyung, ringkas. Tapi tidak padat.

Taehyung cuma teringat pada Dalhee. Dia sangat terpesona apabila Dalhee memakai dress paras lutut dengan corak bunga kecil dan bertali di leher dan lengan balon yang cover badannya walaupun ketika Dalhee ada perut yang besar. Dalhee nampak sangat cantik. Tapi dia tidak suka perempuan yang begitu menonjol.

Alangkah seronoknya kalau dia dan Dalhee sekarang sedang fitting gaun pengantin.

Taehyung sedar dari berangannya apabila Mia mengeluh.

"Why not you try yang boleh cover your body, just wear ball gown why not..." Kata Taehyung. Dia tahu Mia rasa tak puas hati.

"Or that hanbok..."

Pembantu itu menarik salah satu gaun yang paling menarik, ball gown yang juga penuh labuci yang semestinya dijahit dengan tangan dan penuh dengan teliti seorang professional.

Mia sekali lagi menukar dan keluar dari fitting room dengan ball gown. Tapi sekali lagi tidak menutup dada dan dada bidang Mia. Taehyung tidak suka tapi bagi Mia, ia sangat biasa. Dia model dan ya, setakat lurah dada tidak jadi masalah.

"We should custom either..."


































GUESS WHAT I JUST TYPE THIS TONIGHT

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now