136

58 8 0
                                    

"eh nak balik dah? Awalnya?" Tegur Jungkook sebaik sahaja dia sedar yang Dalhee sudah pun mengemas tempatnya buatkan rakan sekelasnya yang lain juga turut terkejut. Mereka memang tiada kelas tapi siapa je yang sanggup balik awal? Mereka ada terlalu banyak tugasan practical yang perlu disiapkan dan dihantar selepas habis lawatan nanti. Dan mereka hanya ada 2 hari sebelum lawatan. Mana mungkin mereka ada masa yang cukup.

Dalhee cuma tersenyum dan terus bergegas keluar bersama beg lukisannya berukuran A3 dan 2 buku rujukan yang perlu dia kaji untuk final year projectnya, dan tak kurang juga segulung pola pakaian yang masih belum selesai. Totebagnya pula ada laptop. Terlalu banyak barang yang dia bawa. Mengapa? Dia mungkin tidak boleh tidur malam ni. Dan dia juga perlu cari wang saku memandangkan dia perlu ke lawatan itu.

Dia akan terus kerja petang sehingga malam dan kemudiannya, dia akan berjaga sepanjang malam untuk segala tugasan ini.

Dalhee bergegas membalas respon bosnya di whatsapp, dia sebenarnya sudah terlambat kerana tidak sedar masa berjalan terlalu cepat. Dia bernasib baik, bosnya sangat memahami.

Dia menuruni tangga selaju yang boleh. Meskipun bosnya sangat baik, dia tidak mahu berlenggang-lenggang, dia perlu jaga prestasinya memandangkan untuk dapatkan kerja sangat sukar kerana dia seorang pelajar sepenuh masa.

Dalam keadaan yang tergesa-gesa, sebaik sahaja langkahnya yang terakhir, marker pennya keluar bersepah melalui lubang beg failnya yang sebenarnya sudah rosak tanpa dia sedari. Akibat terlalu tergesa, dia hanya mencampak segala pen itu ke dalam failnya sedangkan dia boleh letak ke dalam bekas pensel dengan rapi.

"Haihhh..." Dalhee mengeluh. Kenapa mesti semua ini terjadi waktu dia perlu cepat? Masa sangat mencemburinya. Dia melihat beg failnya yang sudah berlubang. Ya, dia sudah gunakan beg itu terlalu lama sejak semester pertama.

Dia terus mencangkung dan mengutip satu persatu pen yang bersepah dan dia terkumat kamit memarahi dirinya sendiri. Kalaulah dia letakkan segala marker ini ke dalam bekas pencil, mesti semua ini tak akan terjadi. Keluh Dalhee. Dia juga mungkin akan terlepas bas.

Kelihatan seorang figura lelaki yang berdiri dihadapannya sambil menghulurkan beberapa batang marker kepada Dalhee.

Dalhee bangun dan mengeluh sebelum merampas pennya dari tangan lelaki yang sangat dia kenal. Kim Taehyung. Bila difikirkan balik kenapa Taehyung perlu ada disitu, ini hanya bahagian pelajar art sahaja. Melainkan Taehyung ke sini untuk berjumpa dengan pelajar Art & Design, mungkin teman wanita atau sebaliknya.

Dalhee terus berjalan pergi dari situ tapi satu persatu marker ditangannya jatuh kerana tangannya yang kecil.

"Biar I tolong you," pelawa Taehyung sambil mengutip salah satu dari marker yang jatuh.

Dalhee nampaknya sangat tak berminat hanya sekadar satu pen ditangan Taehyung. Dia tetap terus bergegas. Dia tiada masa untuk berdrama dengan bekas teman lelakinya.

Taehyung kemudiannya mengambil buku rujukan dari pelukkan Dalhee tapi niatnya untuk menolong hanya menyusahkan perempuan itu sahaja apabila semua pen jatuh dari tangan Dalhee.

Dia mengeluh geram dan memandang Taehyung dengan sangat menjengkelkan. Ada patutnya untuk Taehyung buat halnya sendiri dan tidak menyusahkan orang yang sibuk mengejar masa.

"Mian..." Taehyung mengutip lagi sekali.

Totebag yang kebetulan ada dibahunya dikeluarkan sebuah tablet dan kemudiannya semua marker pen itu diletakkan ke dalam totebagnya. Dia lalu memberikan beg itu sahaja untuk memudahkan Dalhee yang mungkin akan menyejukan hati seorang bekas kekasihnya.

Dalhee tidak mahu apa-apa drama dan merentap terus totebag itu. Apa? Dia nak keluarkan semua pen itu sebab totebag itu pemberian Taehyung? Tolonglah, memang patut pun Taehyung buat begitu memandangkan dia sudah menyusahkan Dalhee!

Dalhee berlari anak keluar dari fakulti dengan barang yang sangat berat dikiri dan kanan bahunya dan juga dipelukkannya.

"Jamkanma...! Jamkanman...!" Teriak Dalhee sambil berlari ke arah salah satu bas yang sudah mula bergerak dari situ tapi jeritannya langsung tidak didengari pemandu bas tersebut. Dia nampaknya sudah terlepas bas dan dia mungkin perlu menunggu 15 sehingga 20 minit lagi untuk bas yang seterusnya.

Dalhee mengeluh. Peluhnya menitik kerana berlari bersama beban yang dipukul tapi kepenatannya tidak membuahkan hasil. Dia duduk dan menghela nafas kepenatan.

Totebag yang berada di dalam dakapannya itu dilihatnya, sudah remuk. Berwarna hitam dan terdapat ukiran nama Kim Taehyung dalam bahasa inggeris berwarna putih. Beg itu nampak sangat eksulsif dan mesti ditempah khas buat Taehyung.

Dia kemudian melihat isi beg itu yang hanya terisi marker pennya. Sebenarnya marker ini sangat penting dan dia berharap dia tidak hilangkan meskipun satu tadi. Marker itu sangat mahal untuk dia beli lagi.

Sebuah motosikal yang berhenti dihadapannya buatkan dia spontan melihat. Itu Kim Taehyung bersama motosikalnya.

Taehyung menarik cermin helmetnya dan menghulurkan pada dalhee sebuah helmet, mempelawa Dalhee untuk dihantar kemana sahaja perempuan itu berhajat untuk pergi.

Taehyung sepatutnya sudah tahu yang Dalhee sangat berkeras dengannya. Jauh disudut hatinya dia rasa Dalhee akan menerima tawarannya memandangkan Chae Dalhee nampak sangat tergesa-gesa seolah-olah perlu segera ke sesuatu tempat.

Dia sekarang sudah meminati Dalhee sepenuhnya. Dia sangat admire pada Chae Dalhee, sekali lagi. Dia sebenarnya memikirkan setiap hari sejak khabar Dalhee sebagai seorang pelajar baru di Universiti itu. Tidurnya tidak lena disebabkan Dalhee.

Dia rasa yang dia masih sayangkan Dalhee. Perasaan cintanya pada Dalhee tidak pernah berubah. Tapi apabila dia berjumpa semula dengan Dalhee selepas dua tahun hilang tanpa khabar, tanpa dia sendiri dapat jejak perempuan itu, dia sebenarnya bagaikan jatuh cinta sekali lagi.

Dengan duit yang dia ada dia sepatutnya boleh jejaki kemana Dalhee pergi dengan mengupah orang untuk mencari kekasih hatinya. Tapi dia tidak buat begitu kerana dia menerima pilihan Dalhee untuk buat haluan masing-masing. Tapi adakah dia akan berdiam diri kalau tua badan yang dia sangat rindukan ini berada di depan mata? Tentu tidak.

"Jom, i hantarkan..." Kata Taehyung.















Maybe reader aku dah ada yg dah masuk universiti since ff ni dah 2 tahun usianya, tahun dpn dah 3 thn LOL

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now