142

32 4 0
                                    

"Kalau i tak lalu situ tadi tak tahulah apa jadi dekat you," kata Taehyung seolah-olah berbangga dengan dirinya, sifat yang Dalhee pernah kenal dahulu.

"I rasa sini tak ada android punya cable," kata Taehyung sambil meraba-raba wayar yang ada di dalam kereta kawannya. Tangkapan dia betul, hanya ada wayar Type C untuk IOS. Taehyung sangat tahu yang Dalhee adalah pengguna Android.

Kenapa Dalhee sangat dingin dan sombong lagi sedangkan Taehyung sudah membantunya meskipun dia sendiri tidak faham kenapa lelaki itu ada disitu. Dan kenapa mesti dia berkelakuan begitu? Taehyung sudah berpunya. Dia ada teman wanita sekarang. Apa yang Dalhee fikirkan lagi sekarang?

"Ohhh, you tak makan apa yang i beli?" Soal Taehyung sambil menunjuk pada paper bag yang ada disebelah Dalhee.

"Sedap tau. Rugi you tak makan. Mesti dah keras liat." Kata Taehyung. Dia tidak marah seolah-olah sudah agak yang Dalhee memang tidak akan makan. Tipulah kalau kata dia tidak terasa tapi Taehyung tahu bagaimana perangai Dalhee. Dalhee mungkin tidak suka menyusahkan orang, tapi pada waktu yang sama dia juga seorang yang ego.

Taehyung memandang Dalhee yang memandang keluar tingkap. Entah apa yang dilihatnya. Siapa tahu yang Taehyung yang membayar yuran percutian Dalhee.

Entahlah, dia tahu Dalhee dalam kesesakan sekarang. Dia bukan mahu memperlekehkan perempuan itu tapi niatnya hanya untuk membantu. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang jadi pada bekas kekasihnya ini yang tiba-tiba muncul. Dia tinggal dimana? Mana dia dapat duit? Cukup ke keperluan dia?

Taehyung kemudiannya mencabutkan sweaternya dan diberikan pada Dalhee.

"I tengok you pun sejuk." Kata Taehyung pada Dalhee yang hanya memakai baju lengan panjang yang nipis dan berkolar bulat. Dia dapat bayangkan betapa sejuknya Dalhee sekarang.

"Gomawo," kata Dalhee. Dia tidak menolak dan tidak juga menerima tapi tangannya berselumbung dengan baju sejuk Taehyung, dia sangat kesejukkan. Tidak sangka malam itu sangat sejuk, jauh beza dengan suasana petang tadi.

"You tahu ke jalan ni..." Dalhee tidak senang duduk.

Kelihatan dihadapan lampu sudah semakin cerah dan banyak cahaya yang cerah datang dari hadapan dan kawasan perumahan dilereng bukit dibawah sana. Dia sebenarnya risau. Bukan setakat risau dia berdua-duan dengan Taehyung, lelaki itu juga memandu tanpa waze dan sebagainya.

Selepas seketika ada beberapa buah kedai yang masih buka. Dalhee melihat jam dikereta itu, sudah pukul 9:15 minit.

"Ni bukan kawasan bandar tadi ke?" Soal Dalhee.

"Memang pun..."

Ini bandar yang dilalu mereka sebelum ke perhentian tadi. Erti kata lain Taehyung sebenarnya berpatah balik, bukan meneruskan jalannya.

"I nak isi minyak," jawab Taehyung. Seketika kemudian memang kelihatan stesyen minyak dengan cahaya yang terpancar sangat silau selepas sekian lama dia berada di kawasan yang malap.

Taehyung kemudian turun dan masuk ke dalam kedai serbaneka sebelum kembali selepas beberapa minit disana. Dia datang dengan beberapa keping waffle yang masih panas dan beberapa bungkus roti berkrim. Dihulurkan kepada Dalhee tapi dia sebagai co-pilot menerima sahaja.

Selesai mengisi minyak, mereka meneruskan perjalanan mereka.

"Makanlah," kata Taehyung. Dia sebenarnya membelikan semua itu untuk Dalhee. Apa yang dia mahukan adalah memastikan Dalhee cukup segalanya. Itu sahaja.

"Taknaklah..." Kata Dalhee menolak. Sangat sombong sedangkan dia sebenarnya sangat-sangat kelaparan diwaktu-waktu sejuk begini. Tambahan lagi dia hanya menjamah roti garlic sahaja petang tadi.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now