127

125 18 2
                                    

"Hey,"

Dalhee terkejut apabila seseorang menyapanya dari kiri. Nasib dulang makanannya tidak jatuh.

"Lepas ni kelas business kan?" Kata perempuan itu, mengikuti Dalhee sehingga ke meja makan seperti sengaja nak rehat bersama-sama.

Dalhee mengangguk betul. Siapa perempuan ni? Dia memikir-mikir kerana rupanya agak familiar dan memandangkan dia kata tentang business, mungkin mereka berada di kelas yang sama. Dalhee masih tidak kenal orang-orang disitu.

"Aku tengok kau masih tak ada kawan-kawan dekat sini." Kata dia lagi.

Dalhee cuma tersenyum nipis dan meneruskan sarapannya. Dia sebenarnya tidak gemar untuk orang rehat bersamanya disebabkan dia tak rapat dengan sesiapa. Rasa sangat kekok dan pelik untuk pura-pura rapat dan semeja dengan orang yang kita jarang jumpa.

"Aku Kyujin."

Dalhee sekali lagi tersenyum nipis. Dia tak mahu nampak sombong meskipun dia sememangnya sombong.

"Dalhee,"

"Kau memang sombong macam orang lain cakap eh,"

Dalhee terus mengangkat mukanya dari terus menikmati sarapannya. Agak biadab untuk katakan begitu memandangkan dia sendiri yang mahu tegur Dalhee. Dia expect apa untuk Dalhee katakan?

Dalhee diam lagi. Nak marah tapi dia tahu kerana mulut badan binasa.

Kyujin tertawa mengejek.

"Perempuan cantik memang macam ni ke? Lagi-lagi course fashion, poyo sial." Kata Kyujin dengan raut wajah sangat tidak puas hati.

Dalhee hanya membiarkan sahaja. Dia tidak sangka, ingatkan perempuan tu cuba nak berkawan dengannya, rupanya nak kata buruk sedangkan ini kali pertama mereka berjumpa.

Padanlah dengan muka begitu. Warna rambut maroon yang sangat menonjol, dia ingat ni universiti bapak dia ke?

Dalhee meneruskan makannya. Seketika kemudian kelibat Jeon Jungkook bersama dulang makanannya duduk disebelah Kyujin. Jungkook memang begitu, suka makan dengan seseorang tapi tidak punyai kawan rapat.

Perempuan itu kemudiannya menjeling Jungkook sebelum dia pergi dari situ.

Dalhee dan Jungkook saling berpandangan. Mereka bukan tak kenal. Mereka di dalam kelas mata pelajaran business, tak mungkinlah tak pernah nampak.

***

Dalhee membaca skrip dan nota yang dibuat dan diulang-ulang dibibirnya secara berbisik dengan mata tertutup sementara seorang pelajar lain sedang membuat pembentangan dihadapan semua pelajar lain. Dan selepas ini giliran Dalhee. Dia sangat gemuruh. Dia bukan tak biasa benda-benda begitu sebelum ni. Tapi belum pernah lagi dia buat pembentangan ditempat baru ni.

Kemudian, nama Dalhee disebut oleh pensyarahnya, minta untuk datang ke depan untuk membuat pembentangan.

Dalhee terus bangun. Dia dengan pendrive yang berisi slaid pembentangannya dibawa ke hadapan bersama sebatang pen sekadar dipegang untuk hilangkan gemuruh di dada dan buku notanya untuk catat apa yang patut.

Dia berjalan menuruni anak tangga dan terus kehadapan kelas. Dia kemudian masukkan pendrivenya ke dalam laptop dan semuanya berjalan sangat lancar dari apa yang dia jangkakan.

Kelas yang tadi sunyi mula nenjadi bising dengan suara bisikan seolah-olah langau yang hinggap pada makanan.

Selepas selesai, dia membetulkan bajunya, bersedia untuk berucap benda-benda yang entah apa, sekadar cukup syarat dan selepas selesai dia akan kembali ke tempatnya semula. Pensyarah disitu sangat pemalas untuk mengajar sehingga suruh pelajar untuk membuat pembentangan supaya mengajar pelajar lain.

Dalhee melihat sekeliling, kelihatan semua orang berbisik-bisik sambil melihatnya buatkan dia rasa lebih gemuruh. Dia melihat bajunya dan keluarkan telefonnya untuk melihat mukanya kalau-kalau ada yang tak kena.

Dia kemudian nampak Jungkook bangun dari tempatnya dan pergi ke salah seorang pelajar disitu.

Walau bagaimanapun Dalhee cuba untuk dapatkan perhatian semua orang disitu. Mana mungkin dia akan buat pembentangan dengan keadaan begitu yang mungkin akan menjejaskan markahnya.

Dalhee menarik buku notanya dan membuka muka surat yang tertulis nota-nota yang akan dia bentangkan bukan tujuan untuk membaca, sekadar untuk menghilangkan gemuruh. "Hari ni saya akan–"

Dia baru nak startkan pembentangannya tapi dia terpaku ketika melihat buku notanya. Buku yang dia gunakan sepanjang dia belajar untuk menulis apa yang penting. Dan begitu berharga buku itu.

Dia terdiam. Pelajar disitu masih berbisik-bisik antara mereka.

"Teruskan, lama saya menunggu." Kata sir yang duduk dimejanya.

Bibir Dalhee mula kering dan pucat lesi. Dan lidahnya terasa kelu dan dia hampir pitam dan pening. Dia terpaku dan hilang kata-kata.

Dia mengangkat mukanya dan tatkala itu dia sedar yang pelajar disitu bukan berbisik berdasarkan penampilannya atau apa tapi sesuatu yang...

Dalhee memandang ke tangga dilaluan dia lalu tadi tapi lantai situ sangat-sangat licin.

Ultrasound Dahyung – gambar anaknya dirahim itu hilang sedangkan dia baru sahaja tengok sebelum dia turun ke bawah. Dan sekarang gambar itu hilang ditempat biasa dia selitkan, dipoket muka depan bukunya.

Dia walau bagaimanapun cuba menenangkan jiwanya, mungkin ada di mejanya atau apa, mungkin dia salah letak dekat begnya.

Dalhee membetulkan rambutnya dengan tangan terketar-ketar yang tidak dapat disorokkan. Bibirnya pucat dan dia cuba bersuara tapi sedar yang suaranya bergetar dan tidak dapat bercakap dengan elok.

Dia cuma fikir bagaimana kalau gambar itu sebenarnya jatuh dan ada orang ambil gambar itu dan mula tersebar meluas. Sebab itu ke mereka berbisik-bisik. Tak mungkinlah. Dia tak pernah cuai dengan gambar itu selama ni dan macam mana pula gambar tu boleh terjatuh? Tak mungkin, Dalhee. Mungkin diorang bisikkan tentang benda lain.

Dalhee cuba untuk menenangkan dirinya tapi dia sedar yang dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia cuma tak nak orang tahu yang dia pernah ada anak. Hanya disebabkan mentality rakyat Korea yang cetek buatkan orang-orang macamnya takut untuk tampil ke hadapan.

Dalhee menarik nafas panjang. Dalam kepalanya ligat bertanya macam mana kalau gambar itu sudah lepas ke tangan orang lain.

"Awak boleh bentang ke tidak?"

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now