131

121 15 1
                                    

Dalhee turun dari bas dan akhirnya dia dapat membuka penutup mukanya. Dia rasa sangat rimas untuk terus menyembunyikan dirinya di sekitar fakulti, meskipun sebenarnya semua orang kenal dia walaupun bersama pelitup muka itu. Tapi sekadar untuk dia menyorok ekspresi mukanya.

Harini dia dikacau dengan ramai orang, sama seperti yang Kyujin katakan. Bila difikirkan balik, memang benar, dia perlukan kawan untuk kemana-mana bersama. Tapi dalam keadaan begini, agaknya siapa yang mahu berkawan dengannya?

Lelaki disitu sangat teruk. Mereka gunakan perempuan seperti patung yang tak ada perasaan.

Dalhee berjalan pulang ke rumah. Harinya sangat sibuk walau macam mana pun yang terjadi, hidup tetap perlu diteruskan. Dia perlu bekerja dan hanya dapat berehat 2 jam selepas pulang dari kelas sehinggalah lewat malam dan dia akan tidur. Hari seterusnya akan berjalan sama seperti hari ini dan sebelumnya.

Langkah Dalhee terus mati apabila seseorang lalu dihadapannya dan menghalang dia.

"Kau ikut aku?" Dalhee seperti tidak percaya, yang muncul adalah Taehyung.

"Aku tak boleh pura-pura tak tahu," kata Taehyung, dengan anak mata yang sedikit bergetar. Dia nampak sangat gemuruh untuk berdiri dihadapan Dalhee. Ya, Dalhee yang sekarang bukan Dalhee yang dulu tapi siapapun perempuan itu, dia tetap suka.

Dalhee mengorak langkah ke kiri dan tetap dihalang Taehyung.

"Please jangan layan aku macam ni," kata Taehyung.

Dalhee mendengus, dia langsung tidak dapat pandang Taehyung. Dia masih tidak sangka yang dia akan jumpa semula lelaki ni. Dia fikirkan yang dia sudah pergi sejauh yang mungkin untuk buka buku baru tapi malangnya tidak, adakah dunia ni terlalu kecil hingga mereka berada ditempat belajar yang sama?

"Benda dah lepas biarkan lepas. Aku tak ada apa nak dekat kau dan aku tak berdendam apa-apa pun," kata Dalhee pula, berterus terang.

"Dengan benda yang dah spread. Aku tak rasa fair untuk kau."

"So?"

Taehyung terdiam. Dalhee memang begini. Sangat dingin dan berterus terang. Perangai dia yang ni tak berubah sejak dulu. Ganas dan garang cukup buatkan Taehyung terdiam.

"Kau nak bagitahu semua orang kau ayah budak tu?" Dalhee membidas.

Taehyung terdiam. Dia sangat bodoh kerana pergi tanpa fikirkan ayat apa yang dia mahu katakan. Kata-kata Dalhee tidak pernah elok. Dia sangat kasar dan jujur. Dari nada dan bahasa dia, siapa je tak akan terasa.

"Biarlah. Aku dah cukup malu dengan benda dah jadi sekarang ni. Jangan buat aku malu. Aku tak nak orang tahu pasal kau,"

Taehyung nampak keliru.

"Apa? Kau banggalah dengan apa yang dah berlaku sebelum ni sampai nak bagitahu semua orang siapa kau untuk fair?"

"Dalhee, kau tak fahamkan... Aku tak nak kau seorang je tanggung. Ni salah aku, maybe aku boleh betulkan–"

"Kau bodoh ke?" Ya, Dalhee yang dulu tak pernah berubah. Yang berubah hanyalah hatinya, bukan personaliti dia.

"Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Aku harap kau buat macam tak kenal aku. Apa susah? Aku tak mengharapkan untuk kau terima balasan sekali pun. Aku tak kisah aku seorang kena tempias," jujur Dalhee. Dia tahu, apa yang orang akan fikir kalau tahu yang dia dan Taehyung ada hubungan sebelum ni. Masalah akan jadi makin keruh bila orang persoalkan kenapa dia dan Taehyung berenggang? Benda tu sangat memalukan untuk jumpa ex ditempat yang sama.

"Aku tak boleh buat macam tu. Aku rasa tak adil untuk kau,"

"Kalau kau rasa tak adil untuk aku, diamkan diri untuk aku. Aku tak perlukan kejujuran kau untuk makin rosakkan reputasi aku dekat situ." Kata-kata Dalhee kali ini benar-benar menusuk ke hati Taehyung.

Kejujuran yang Taehyung fikirkan akan membawa keadilan, untuk dia rasai penghinaan yang sama seperti Dalhee, untuk dia rasai keadilan yang berlaku sebelum ni. Apa yang dia fikirkan sekarang, dia dah rosakkan kehidupan Dalhee dan dia mahu tebus kesalahan itu. Kalau Dalhee dihina, dia sepatutnya 100 kali ganda perlu dihina juga.

"Aku minta maaf," kata Taehyung, kesal dengan perbuatannya. Dia cuba untuk balas apa-apa yang dia mampu walaupun itu langsung tidak dapat kembalikan apa-apa, tapi dia mencuba.

Dalhee terus berlalu pergi. Dia tak perlukan Taehyung sekarang walaupun sedikit simpati atau kasih sayang sekali pun.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now