116

115 17 3
                                    

Pemandangan Dalhee terhalang buatkan dia memandang figura lelaki yang duduk dihadapannya dengan segaris senyuman manis. Tapi tak manis sebenarnya untuk duduk tanpa kebenaran orang, bukan?

Dalhee memandang sekeliling kafe kalau-kalau semua meja penuh tapi tidak, ada banyak pilihan tempat yang lebih selesa tapi kenapa Jeon Jungkook ini pilih untuk duduk dihadapannya?

"Seorang je?" Soal Jungkook, rakan sekelas Dalhee.

Mereka kedua-duanya mengambil jurusan Fashion dan Design dan ya, mereka cuma rakan sekelas tapi bukan sebenarnya kawan. Mungkin ini kali pertama Dalhee dan Jungkook bersuara muka memandangkan Dalhee juga bukan orang yang banyak cakap.

"Boleh ke duduk sini?" Soal Jungkook lagi, sedar yang Dalhee agak tidak puas hati yang dia sekarang ada peneman.

Dalhee sekadar mengangguk sahaja.

Dia pun bukan jenis yang melawan selagi benda tu tak membahayakannya. Tambahan lagi Jungkook rakan sekelasnya, tak akanlah dia nak tunjuk sombong? Dan tak akan juga dia nak halau Jungkook?

Jungkook memulakan makan tengaharinya.

"Dah siap untuk assignment first ni?" Jungkook memulakan perbualan apabila Dalhee mula makan sambil melihat telefon.

Sejujurnya bukan kali pertama Jungkook nampak Dalhee rehat seorang diri dan tak ada kawan. Tambahan lagi bila Dalhee habis kelas, dia juga habis kelas, mereka sekelas. Semestinya waktu makan mereka pun sama sejurus sahaja habis kelas. Yang dia tahu, Dalhee seorang yang suka menikmati suasana waktu makan. Tak pernah dia lihat perempuan tu makan dengan pegang phone, laptop atau tab macam pelajar lain buat. Tapi kali ni dia sedar yang Dalhee agak kurang selesa.

"Dah," kata Dalhee sepatah. Dia juga sekadar memandang Jungkook sekilas.

"Lepasni kalau ada group work jomlah group dengan I," kata Jungkook buatkan Dalhee terus mengangkat muka memandangnya, pelik.

"I bukan main ambil mana-mana orang sebarangan," kata Dalhee bersuara buatkan Jungkook tersenyum gembira.

Sebelum ni dia sudah cuba tegur Dalhee tapi cuma direspon sepatah dua, ya atau tidak, belum atau dah, itu sahaja. Mungkin dia bertanyakan soalan yang tidak menarik. Tapi nampaknya dia tahu cara untuk menarik perhatian perempuan itu.

"I bukan orang sebarangan. Lagi satu, semua girls dah ada partner," kata Jungkook dengan yakin.

"Diorang boleh ubah," kata Dalhee pula.

"I tahulah classmate I, diorang tak akan ubah partner diorang. Choice you just partner dengan lelaki sebab kitaorang okay je dengan sesiapa. So jomlah dengan I?" Cadang Jungkook dengan satu senyuman berpuas hati. Dia sangat yakin. Sudah lebih 2 tahun dia belajar disitu dan sudah masak dengan rakan sekelasnya, tahu setiap perinci perangai setiap seorang.

"Mianhae tapi I tak nak respon apa-apa," Dalhee memandang Jungkook. Dia tidak mahu beri kata putus memandangkan mereka disemester 5 sekarang. Mereka ada Final Year Project dan tak akanlah dia mahu berkumpulan dengan orang sebarangan?

"Tak apa,"

Dalhee mengangguk faham. Dia kemudian bangun buatkan Jungkook tersentak sedikit. "Dah habis makan?"

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now