119

94 17 4
                                    

Ting !
Ting !
Ting !
Ting !

Bunyi notifikasi perlahan-lahan buatkan Taehyung keluar dari selimutnya dan mencapai telefonnya ditepi. Dia kemudian membaca notifikasi itu, sudah tentulah dari Mia.

Jam menunjukkan pukul 7 malam dan ya, 30 minit sebelum dia sepatutnya berada dirumah keluarga Mia seperti yang dijanjikan. Dia sepatutnya paling-paling pun sudah hampir dengan rumah keluarga Mia tapi sekarang dia cuma baring di dalam bilik dan cuba untuk terlelap dalam bilik yang sangat celap, hanya lampu tidur sangat malap.

Taehyung mengeluh dan melelapkan matanya lagi tapi panggilan dari Mia buatkan dia rasa sangat stres.

Dia terus membetulkan postur baringnya dan membuka chat Mia. Perempuan itu nampak betul-betul risau dengan keadaan Taehyung yang tidak membalas mesejnya sejak siang tadi. Dia dah berjanji sejak 3 hari lepas tapi bagaimana kalau Taehyung menghampakannya? Dia cuma mahu tahu keadaan Taehyung.

Taehyung mengeluh. Mia bertanyakan soalan kalau-kalau dia jadi atau tidak untuk datang berjumpa dengan keluarga sebelah Mia.

Dia kemudian keluar dari chat Mia dan buka group batch untuk lelaki, satu-satunya group yang dia ingat tidak berfungsi tapi tengoklah sekarang.

Dia melihat satu persatu gambar Dalhee. Meskipun semua gambar itu diambil secara sorok-sorok, semuanya nampak begitu cantik, sangat cantik untuk tak ada sesiapa yang terpegun padanya. Kenapa dia tidak perasan yang sebenarnya gallerinya penuh dengan muka Dalhee?

Tapi apa yang menyakitkan sekarang, disebabkan penampilan Dalhee yang agak seksi dan menawan itu dia mendapat perhatian semua lelaki. Dia tidak kisah tentang itu tapi bukan sehingga aset Dalhee dipandang dan ditangkap secara sengaja. Yup, mereka sebarkan semua gambar tidak senonoh dalam group itu. Dia cuma tak mahu perkara tu terjadi pada orang yang dia sayang.

Taehyung mengusutkan rambutnya seperti mana serabutnya hati dia. Ya, dia cuma mahu tidur. Menunggu hari esok adalah sangat sukar. Dia tidak pernah tahu menunggu hari esok adalah sangat lama dari apa yang dia jangkakan padahal dia rasa masa berlalu dengan sangat cepat. Tapi kali ini tidak.

Dia cuma mahu berjumpa dengan Dalhee. Dia mahu melihat perempuan itu dengan mata kepalanya sendiri kalau-kalau dia tersilap orang atau apa. Dia benar-benar mahu jumpa Dalhee tapi buat masa sekarang, satu-satunya tempat yang mereka bertemu hanyalah di Universiti. Dia tak tahu nombor Dalhee atau alamatnya, semuanya hilang dan berubah dengan mendadak.

Ya, dia belajar banyak benda dalam IT. Dia tahu itu dan dia tahu ini. Dia disemester akhir sekarang dan sangat mustahil untuk katakan tidak tahu pada hacking benda-benda biasa. Malam ini juga dia boleh cari tentang Dalhee tapi dia tak mahu gunakan apa yang dia belajar untuk keburukan. Dalhee mungkin tidak mahu dicari. Tambahan lagi ia ibarat mencerobohi privasi Dalhee.

Jadi apa yang dia boleh buat adalah bersabar. Sedikit je lagi. Dia rasa sangat teruja yang Dalhee berada dekat sangat dengannya. Adakah mereka boleh bertemu setiap hari selepas ini? Dia sangat-sangat tertanya.

Bunyi notifikasi sekali lagi muncul. Mia bertanya baju apa yang Taehyung pakai untuk datang berjumpa keluarganya tapi sungguh Taehyung berubah dengan sangat drastik. Apa yang berada dalam fikirannya hanyalah Dalhee. Agaknya, boleh ke dia bersuka ria dengan keluarga orang lain sedangkan orang yang dia tunggu-tunggu selama ini akhirnya kembali? Patut ke dia berasa gembira sekarang? Patut ke dia teruskan hubungannya dengan Mia?

Dia tahu, dia tahu sangat-sangat betapa jahatnya dia kerana batalkan makan malam ini dan lagi jahat kerana tidak memberita pihak sebelah sana. Dia cuma tidak semangat. Bahkan nak makan pun dah tak lalu. Kalau dia ada mesin masa, dia cuma perlu cepatkan 12 jam ke hadapan, itu je.

Dia bukan berubah hati. Dia bukan nak buatkan Mia kecewa. Dia tidak berniat apa-apa cuma kehadiran Dalhee benar-benar buatkan Taehyung rasa tak tenteram. Dia bercampur-baur. Adakah dia masih sukakan Dalhee selepas apa yang perempuan tu buat meskipun kesetiaan Dalhee sangat rapuh?

Jawapannya, Ya, dia sukakan Dalhee lagi. Dia tidak dapat tipu dirinya.

Taehyung bangun dan mengusutkan rambutnya lagi. Dia rasa rimas. Dia gembira Dalhee muncul tapi macam mana dengan Mia? Dia dah agak, dia sepatutnya berfikir panjang.

Telefonnya berbunyi lagi. Nombor Mia tentera diskrin telefonnya tapi sungguh dia tidak mahu fikir benda lain selain hari esok.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now