BAB 1

13.5K 367 1
                                    

FAWASYA tersenyum apabila gubahan bunga sudah siap direka mengikut apa yang customer nya mahukan. Sudah lama dia ingin menubuhkan sebuah kedai bunga dan sekarang alhamdulillah berkat dia bekerja part time ketika sekolah menengah kerana ingin menabung duit.

Dia bersyukur kerana apa yang dia usahakan selama ni tidak sia sia malah membuahkan hasil. Ramai yang menempah gubahan bunga untuk majlis perkahwinan mahupun pertunangan.

"Amboi senyum sampai ke telinga. Fikirkan apa tuu?" Tegur Hana sahabat baik nya yang turut membantu nya untuk membangunkan kedai bunga.

"Aku happy lah bila gubahan bunga ni dah siap nanti tak payah pening pening." Gubahan bunga tadi diletakkan di tepi dengan berhati hati.

"Bila diorang nak?" Soal Hana dan Fawasyah menoleh memandang ke arah nya.

"Minggu depan. Kenapa? Kau nak ikut aku sekali ke?" Hana mula menayangkan sengihan seakan Fawasya faham apa yang dia ingin sampaikan.

"Macam tau tau ja kau ni." Mata dijulingkan tanda menyampah. Dah faham sangat dengan perangai Hana ni.

"Kita berkawan bukan sehari dua. Dah masak lah dengan perangai kau." Balas Fawasya dan dipukul pipi Hana dengan bunga.

"Adeh, habis pipi gebu aku nanti." Muka sedih ditayangkan lalu mengusap pipi nya perlahan.

"Ni mana minah tu? Dari tadi tak nampak batang hidung." Mata dilarikan memandang sekeliling mencari keberadaan kawan baik nya seorang lagi.

"Hai u all! I dah datang!" Panjang umur pendek akal. Dah muncul dah budak tu.

"Kau pergi mana Rin? Tetiba ghaib." Hana menaikkan kening kirinya.  Rin mengibas tudung shawl nya.

"Aku pergi cari stock makanan. Sambil tengok korang buat gubahan bunga tu boleh aku nyum nyum kat tepi." Dia duduk bersila di lantai bersama dua sahabatnya.

"Banyak cantik muka kau nyum nyum dekat sebelah. Aku potong gaji baru tahu." Ugut Fawasya dan wajah Rin berubah cuak.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now