BAB 34

4.8K 241 5
                                    

"aku tak kira! Cari isteri aku sampai dapat! Kalau tak semua aku bunuh faham!" Lantang suara Mahen ke arah anak buahnya. Mereka menganguk dan segera keluar.

"Mana sayang nii. Abang risau sangat." Dihela nafas perlahan. Ditunggu tunggu langsung tidak pulang dan dia sudah syak ada yang berani mati culik isterinya.

FAWASYA membuka matanya apabila terdengar bunyi bising dari arah luar.  Dipandang ke arah pintu dimana Irsyad melangkah masuk.

"Dah bangun dah? Puas tidur?" Irsyad duduk di tepi kepala Fawasya dan diusap rambut itu.

"Kenapa tadi tu?" Soal Fawasya. Badannya tiba tiba menjadi letih seakan ada sesuatu yang masuk dalam dirinya.

"Tak ada apa pun sayang."

"Boleh tak buka kan ikatan tangan ni. Sakitt." Irsyad segera membuka dan lengan yang merah itu diusap perlahan.

"Mesti kau nak larikan diri kan? Tapi kau silap sayang sebab aku dah suntik cecair dalam badan kau supaya kau tak boleh jauh dari aku." Kata Irsyad dan ketawanya. Fawasya hanya pasrah saja dipelakukan seperti itu. Hatinya memohon agar Mahen datang.

Gadis tu bangun perlahan lahan dan lengan kecil nya digengam erat oleh Irsyad. Ditoleh memandang wajah ketat jejaka tu seakan memberi amaran jangan lari.

"Nak pergi bilik air." Irsyad mendukung tubuh kecil tu secara bridal style dan dibawa masuk ke dalam bilik air.

"Duduk sini biar aku mandikan kau." Dibuka pintu tu secara lebar dan diatur langkah ke almari untuk ambil kain.

"T..tapi pakaian Fa?" Bibir jejaka tu mengoyak senyuman sinis.

"Jangan risau sayang, aku dah belikan pakaian baru untuk kau. Come aku mandikan ." Dengan berhati hati dia memandikan Fawasya. Mana mungkin dia akan menyakiti gadis yang ia cintai.

"Sekejap lagi aku nak keluar tapi ingat jangan cuba untuk lari. Anak buah aku ramai dekat luar." Keras amaran yang keluar dari mulut Irsyad sambil tangannya mengeringkan rambut Fawasya setelah gadis itu siap menukarkan pakaian.

"Faham?" Ditolak dagu itu agar memandang dirinya dan Fawasya menganguk kepala sebagai tanda faham.

DARREL memandang sekeliling dan dia mendengus kasar kerana tidak jumpa isteri boss nya. Nazak dia sekejap lagi kalau tak jumpa.

Sambil mata melirik ke sekeliling dengan tidak sengaja terpandang akan seseorang yang aneh pakaiannya.

Hati nya kuat mengatakan ada yang tidak kena dengan jejaka tu seakan berkait rapat dengan isteri boss nya.

Dia berfikir sejenak sama ada mahu ikut firasat hati atau tidak. Di ambil keputusan untuk ikut jejaka tersebut.

"Rel kau dekat mana?" Terdengar suara Izzian di earpiece yang ia pakai. Mereka semua berpecah menjadi dua dua agar mudah untuk mencari isteri boss besar mereka.

"Aku ada hal sekejap lagi aku info kau. Apa apa kau bagitahu orang lain dengan cepat." Setelah mendapat balasan dari Izzian, earpiece dimatikan.

IRSYAD melangkah masuk ke dalam rumah tanpa dia sedar ada yang memerhati di semak samun.

Darrel hanya diam melihat dan ternampak seorang gadis yang berada di halaman tepi rumah. Dikecilkan matanya untuk melihat gadis yang sedang bercangkung melihat bunga.

"Kan aku dah pesan jangan keluar." Lelaki tadi mendekati perempuan itu. Dilihat wajah tersebut seakan takut.

"Isteri boss ke eh?" Perlahan suara Darrel disebabkan jauh menyukarkan nya dan dia segera membuka telefon. Di zoom ke arah gadis itu lalu di snap sebelum dihantar ke Mahen untuk penjelasan.

Tidak lama selepas tu telefonnya bergetar menandakan ada panggilan masuk.

Boss.
- isteri aku.

Membulat mata Darrel dan diaktifkan earpiece nya memberi arahan pada Izzian.

"Dah masuk dalam aku ada belikan makanan." Diusap rambut Fawasya dan lengan kecil tu ditarik lembut untuk masuk dalam rumah.

"Syad" Jejaka tu menoleh dan mengangkat keningnya.

"Sampai bila awak nak kurung saya?" Irsyad mengukir senyuman manisnya dan pipi gebu tu diusap sayang.

"Sampai suami kau datang dan lafaz ceraikan kau."Tenang jejaka tu berkata seakan yakin bahawa Mahen akan melepaskan Fawasya.

"Boss! Ada yang datang serang." Wajah Irsyad berubah bengis dan dipandang wajah Fawasya yang jelas tidak tahu apa apa.

"Kau makan dulu. Aku ada hal nak kena selesaikan ." Dahi tu sempat dikucup sebelum keluar dari ruangan meja makan.

"Mana boss kau hah!" Tengking Mahen dengan urat urat leher nya menimbul disebabkan marah yang hadir.

"Kau cari aku?" Mahen menoleh ke arah lelaki yang dalam gambar anak buah nya kirimkan tadi.

"So you are the man who dared to kidnap my wife?" Mahen mengengam penumbuk nya erat. Jika hendak dibandingkan tubuh Mahen lebih sasa berbanding Irsyad.

"Oh kau lah suami Fawasya? Boleh tahan." Dipandang Mahen dengan pandangan sinis. Mahen tanpa berlengah segera menyerang Irsyad.

Mahen memusingkan badannya dan ditendang perut Irsyad sehingga tubuh tu terbaring di atas tanah.

Irsyad mengeluarkan pistol nya dan dihalakan ke arah Mahen. Satu tembakan dilepaskan dan berhasil Mahen mengelak.

Pantas saja kaki kanan mahen menyepak pistol itu sehingga terpelanting jauh. Dia naik ke atas tubuh itu lalu ditumbuk sekuat hatinya.

"Abang" tumbukkan Mahen terhenti tatkala suara lembut isterinya menyapa gegendang telinga. Pantas kepala diangkat untuk memandang wajah yang ia rindui.

"Rel." Darrel menganguk faham dan diatur langkah ke arah Irsyad. Digari kedua tangan Irsyad ke belakang.

Mahen mendakap tubuh isterinya erat. Sungguh dia risau dan dia rindukan bidadari nya.

Tepi dahi tu dicium penuh kasih sayang nya dan dieratkan lagi pelukkan.

"Sayang tak apa apa kan? Abang rindu sangat sangat. Abang minta maaf sebab datang lambat." Tangan kirinya mengusap belakang kepala Fawasya.

"Fa takut bila abang tak ada dengan Fa."

"Kita balik ya" Mahen mengucup seluruh wajah isterinya dan dicempung untuk dibawa masuk ke dalam kereta.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now