BAB 30

5.8K 256 24
                                    

Fawasya membalut lengan kirinya setelah selesai mandi. Garisan garisan tu masih terbuka menampakkan isi.

Dihela nafas perlahan. Jika dia tidak ikut Mahen pulang pasti dia tidak akan diseksa lagi seperti ini.

Baru saja hendak bangun, telefonnya bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dilihat nama pemanggil adalah Mahen. Dilihat jam terlebih dahulu menunjukkan pukul 5 petang.

Pantas panggilan tu dijawab dan belum sempat untuk memberi salam, dia ditanya terlebih dahulu.

"Ni isteri kepada Mahendra Qayzayn ke?"

"Ya saya isteri dia kenapa dengan suami saya?" Soal Fawasya dengan degupan jantung yang mengepam laju.

"Kami dari pihak hospital ingin memaklumkan suami kamu terlibat dalam kemalanngan jalan raya dan segera dibawa ke hospital Tengku Makhota Xandra." Terkejut Fawasya yang mendengar.

"Baiklah saya ke sana sekarang." Dia segera mencari nombor telefon taxi supaya dapat dia ambil keretanya di rumah mama.

MEMANDANGKAN dirumah mama dan papa tiada sesiapa, dia segera memboloskan diri ke dalam kereta bezza nya. Tanpa membuang masa dia memandu ke hospital yang telah diberitahu.

Fawasya mengatur langkah ke arah kaunter setelah tiba di hospital.

"Pesakit nama Mahendra Qayzayn bin Qairil ada?" Soalnya dengan riak wajah yang risau. Sungguh dia takut jika apa apa terjadi pada suaminya.

"Masih dirawat. Puan sila tunggu dahulu ya." Fawasya menganguk dan mengucapkan terima kasih. Diatur langkah ke kerusi menunggu.

"Fa harap sangat abang tak apa apa." Hatinya tidak henti henti berdoa agar suaminya tidak cedera teruk.

Satu jam setengah dia menunggu dan doktor keluar dari wad yang ditempatkan oleh Mahen.

"Ahli keluarga mahendra?" Fawasya bingkas bangun dan menunjukkan dirinya. "Saya isteri dia." Doktor Kamal menganguk.

"Kecederaan suami kamu tidak lah teruk hanya tangan kirinya patah dan luka di bahagian tepi dahi nya saja. Setelah itu terdapat luka luka kecil. Saya sarankan jangan dia buat kerja yang berat berat ya. Itu saja saya minta diri dulu" Doktor kamal berlalu pergi setelah Fawasya mengucapkan terima kasih.

Kaki segera mengatur langkah ke dalam wad suaminya. Air matanya tumpah melihat keadaan Mahen.

"Abang" Jejaka tu mencelikkan matanya perlahan lahan. Fawasya mendakap tubuh sasa tu.

"Sayang" Fawasya menangis di atas dada Mahen. Sungguh dia takut jika kehilangan seorang yang dia sayang walaupun Mahen berkasar dengannya.

"A..abang minta maaf sayang." Fawasya mengeleng kepalanya tanda tidak mengapa.

"Fa selalu maafkan abang. Fa takut kalau Fa kehilangan abang." Dapat Mahen lihat bertapa rapuhnya isterinya apabila melihat dia bergini.

"Fa jaga abang ya." Dia duduk di kerusi tepi katil Mahen. Tangan kanan jejaka tu dibawa dan dicium. Terkedu Mahen dengan tindakkan isterinya.

"Sya sayangkan abang?" Tanya Mahen dan gadis tu menganguk kepalanya.

"Abang lapar? Fa turun belikan makanan dekat abang ya." Fawasya bingkas bangun keluar dari wad tersebut tanpa belum sempat Mahen menghalang.

Fawasya mengetap bibir menahan sakit di lutut. Disebabkan terlalu risaukan Mahen, dia lupa dirinya juga sakit.

Dia kembali ke wad Mahen setelah membeli makanan di cafe. Dilabuhkan punggung nya di kerusi.

"Fa suapkan abang ya." Kepala katil dinaikkan dan Mahen menyelesakan dirinya.

Ketika Fa mahu menyuap Mahen, tangan kirinya berdenyut dan tu buatkan dia berhenti .

"Sayang, kenapa?" Mahen perasan raut wajah isterinya seperti menahan sakit. Fawasya tersenyum dan mengeleng tanda tidak ada apa apa.

"Buka mulut." Mahen membuka mulutnya dengan mata tidak lepas memandang wajah si isteri.

Lama Mahen menatap wajah isterinya dan tidak semena mena air mata nya jatuh.

"Abang berdosa sangat dengan sayang. Abang dah seksa sayang, abang cederakan sayang tapi sayang masih baik dengan abang." Fawasya tertunduk dan meletakkan polisterin tu di atas meja hujung kaki katil.

"Abang minta maaf sangat sangat. Ni balasan abang sebab buat sayang macam ni." Digengam erat kain selimut itu.

Gadis tu mengangkat muka dan dicapai tangan kanan suaminya dan digengam. Dia juga turut mengalirkan air mata.

"Abang, sekejam atau seburuk mana pun abang tetap suami Fa. Sebelum balik KL Fa dengar abang cakap dengan seseorang." Dia berhenti seketika.

"Fa tahu bila balik sini abang akan seksa Fa. Sebab itu bila abang buat Fa macam macam Fa redha. Fa tak mampu nak lawan seseorang yang bergelar suami. Fa tahu syurga Fa ada dekat abang." Mahen menarik kepala isterinya ke dalam pelukkan. Dicium tepi dahi isterinya dengan air mata meluncur membasahi pipi.

"Abang minta maaf sayang. Abang betul betul menyesal kali ni. Betul cakap ayahda, sepatutnya abang berterima kasih dengan sayang sebab sayang lah maruah keluarga abang tak tercalar." Ujarnya.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now