BAB 23

5K 256 1
                                    

"Rin, tu ada orang datang. Pergi jagakan kejap." Rin segera ke tempat kaunter dan berkerut dahi memandang jejaka ni.

"Awak Mahen kan?" Jejaka tu mengangguk kepalanya.

"Hana ada?" Rin segera memanggil Hana dan tidak lama tu gadis tu datang ke arah mereka.

"Eh Mahen. Ada apa?" Soal Hana.

"Aku nak tahu dekat mana kampung Fawasya." Hana dan Rin berpandangan antara satu sama lain.

"Kenapa ni Mahen? Korang dua gaduh ke?" Mahen mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Aku nak tahu dekat mana kampung Fawasya ja. Aku nak cepat." Gesa Mahen dan Hana segera mengambil kertas beserta pen. Lincah tangannya menulis disitu lalu diserahkan kepada Mahen.

"Alamat ada dekat situ. Tapi kitorang dua ada hutang dengan kau. After this kau kena cerita apa yang jadi dekat kitorang." Mahen hanya menganguk sambil matanya memandang kertas tersebut.

"Okey don't tell her about this and thanks aku pergi dulu." Dia terus keluar dari kedai bunga tersebut. Hana dan Rin berpandangan antara satu sama lain sebelum angkat bahu.

BAG dicapai dan di ambil beberapa pakaian untuk dibawa bersama. Hatinya berasa gembira apabila sudah tahu dimana isterinya berada.

Apa pun yang terjadi dia akan dapatkan hati Fawasya semula dan bawa balik bersama nya. Itu janji nya.

Setelah dipastikan semua ditutup, bag dilempar ke arah seat belakang dan dia memboloskan diri ke dalam kereta.

Tidak sabar dia mahu berjumpa dengan isterinya semula.

MAHEN tiba di Perlis pada lewat malam dan dia mengambil keputusan untuk check in hotel terlebih dahulu. Dia tidak mahu terus berjumpa dengan isterinya lagi. Biarlah rahsia terlebih dahulu.

Mulut yang menguap ditutup dengan belakang tapak tangannya.  Badan direbahkan di atas katil. Dipejamkan matanya namun langsung tidak dapat tidur.

"Aish tadi mengantuk tapi tak boleh tidur pula." Bebelnya seorang diri dan ditekup muka nya dengan bantal.

Dicari telefonnya dan direnung lama sama ada mahu call atau tidak. Diambil keputusan untuk telefon, mungkin dengar suara tu membolehkan dia tidur.

"Awak nak apa lagi mahen? Tak payah la call saya. Anggap semua dah selesai." Mahen yang mendengar tu menahankan diri agar tidak menitis air mata. Sungguh dia tidak mahu melepaskan Fawasya.

"Abang tak boleh tidur. Teman kan abang." Fawasya diam dihujung talian sebelum bergumam saja. Mahen membiarkan telefon nya ditepi seolah isterinya berada di sisi.

Mahen kembali terjaga tatkala terdengar suara seseorang membaca al quran. Didekatkan sedikit ke arah telefonnya dan bibirnya tersenyum mendengar alunan suara isterinya.

Terasa tenang hatinya dan mata nya juga berat sahaja sebelum hanyut ke dalam mimpi akibat terbuai denyan suara merdu isterinya.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now