BAB 39

7.5K 245 12
                                    

Mahen berpeluk tubuh memandang tajam ke arah Fawasya yang sedang memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh.

"Fawasya" Gadis tu menoleh ke belakang dan tersengih. Wajah Mahen ketat sahaja ke arah isterinya yang perut membuncit tu. 9 bulan dah pun tapi masih degil. Geram nya!.

"Berapa banyak kali abang nak pesan jangan buat kerja rumah." Digamit Fawasya agar mendekati. Wanita tu hanya akur sahaja dan mendekati sosok tubuh tegap Mahen.

"Sini abang dukung. Sayang kena naik rehat dekat atas." Didukung tubuh tu dan diatur langkah untuk naik ke tingkat dua.

"Fa bosan ja hm." Mahen meletakkan tubuh tu ke atas katil. Dia pula duduk di sebelah Fawasya.

"Abang tahu sayang bosan tapi kandungan tu kena jaga baik baik."Lembut suara Mahen menegur sambil tangan mengusap rambut tu.

"Abang, perut Fa!" Wajahnya mula berkerut sakit. Mahen mula panik. Dah nak beranak ke? Dia nak kena buat apa ni.

"Pastu abang nak kena buat apa ni? Jadi bidan ke?" Mahen sudah gelabah dengan Fawasya yang menjerit sakit.

"Argh abang dah nak terberanak dah ni!" Mahen segera mencempung tubuh tu untuk dibawa ke hospital. Laju langkahnya untuk keluar dari rumah.

FAWASYA dilarikan ke bilik pembedahan. Mahen terduduk di kerusi menunggu akibat keletihan.

Telefon segera dibuka untuk menelefon kedua orang tua nya bagi memaklumkan bahawa Fawasya mahu melahirkan anak.

"Ya ma,Fa dah nak bersalin." Kepala ditolehkan ke arah nurse yang keluar dari bilik tu.

"Isteri encik perlukan encik"Mahen menganguk dan segera memberitahu mama nya untuk menemani Fawasya.

"Abang ada ni dengan sayang. Kuat ya?" Fawasya mengengam erat tangan kekar itu. Sakit yang dia rasa amat menjalar.

MAHEN mengetap gigi nya apabila cengkaman Fawasya agak kuat di lengannya. Biarlah luka sekali pun kerna sakit nya tidak setanding sakit isteri dia sekarang.

Tidak lama kemudian terdengar suara tangisan bayi dan Mahen mengucap syukur serta mencium dahi Fawasya dengan lama.

Termengah mengah nafas wanita tu kerana penat tapi dalam masa yang sama dia lega apabila dapat melahirkan anak lelaki nya.

"Terima kasih sayang" ucap Mahen di tepi telinga isterinya. Mengalir air mata jantannya setelah cahaya mata yang selama ini ditunggu akhirnya sudah selamat dilahirkan.

DIA mendekati orang tua nya lalu memeluk tubuh papa nya erat. Papa Qairil mengusap belakang anak nya perlahan.

"Jom masuk, Fawasya dah tunggu mama dengan papa dekat dalam." Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam wad yang ditempatkan oleh Fawasya.

"Mama." Mama masyitah mendekati menantu nya dan dicium ubun ubun itu. Fawasya menyalami tangan mama mertua nya.

"Assalamualaikum, congratulations bestiee." Mereka menoleh ke arah dua kawan Fawasya dan wanita tu tersenyum seraya menjawab salam.

"Ini anak puan dengan tuan." Mahen mengambil anak nya dan meminta izin untuk azan terlebih dahulu.

"Argh comel nyaa . Aku dah jadi aunty." Kata Rin dan mengoncang lengan Hana. Teruja dia bila dapat jadi aunty.

"Sayang, terima kasih sebab dah lahirkan anak kita." Mahen tanpa segan silu menghadiahkan kucupan di dahi Fawasya.

"Mama dengan papa harap kamu berdua jaga hubungan ni baik baik. Jaga Mukhriz elok elok. Didik dia dengan penuh agama dan mama tak nak sampai ada kes bercerai. Ada masalah bincang baik baik. Fahamm?" Mereka berdua menganguk faham.

"Faham ma." Fawasya menoleh ke arah suami nya yang mendukung Mukhriz.

"I love you so much sayang. Abang janji abang akan jaga keluarga kecil kita ni dengan baik." Di usap kepala Fawasya. Diberi Mukhriz kepada si isteri.

"Love you too abang, thank you for everything." Dicium pipi anak nya dengan senyuman manis.

TAMAT.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now