BAB 18

5.8K 247 11
                                    

"Aku takkan berhenti selagi aku belum puas seksa kau!" Ditendang perut Fawasya lalu menumbuk wajah isterinya berkali kali seakan tidak kesah dengan kesakitan gadis itu.

"C..cukup" Mohon Fawasya agar suaminya berhenti menumbuk nya. Tepi bibir nya pecah berdarah.

"A..abang" Mahen yang mahu menumbuk perut Fawasya terhenti dan memandang wajah yang comot dengan air mata itu serta sudut bibir yang berdarah.

"Bunuh Fa." Mata sayu tu menatap lurus ke arah suaminya. Jika dia diseksa sebergini setiap hari, dia rela dibunuh oleh suaminya sendiri.

"Apa kau cakap ni ha perempuan!" Fawasya bangun dari baringannya dan dipegang kusyen sofa. Dia bersandar disitu.

"Besar sangat ke dosa Fa dekat abang?" Soalnya dan dipandang wajah itu.

"Hina sangat ke Fa dekat depan mata abang?Kalau diterus diseksa lebih baik abang bunuh ja Fa."Dada Mahen yang sedari tadi berombak beransur normal.

Mahen mendekati isterinya dan rambut yang menutupi wajah tu ditolak ke tepi.

"Fa tahu kita berkahwin bukan atas cinta tapi Fa isteri abang yang sah. Kalau dari awal Fa tahu bergini, dari awal Fa takkan gantikan pengantin perempuan."Ujarnya.

"Kau menyesal?"

"Menyesal sangat sangat. Orang yang Fa kirakan seorang yang peramah dan baik hati rupanya salah." Dikesat darah di sudut bibir. Tangan kiri setia di perut akibat Mahen menumbuk perutnya tadi.

"Abang nak seksa Fa sekarang seksa la. Fa terima." Diukir senyuman nipis nya. Mahen menatap mata sayu isterinya.

"Kalau ditakdirkan Fa mati di tangan abang, Fa minta maaf." Mahen mengengam tangan nya erat. Dipandang gadis tu yang mulai tunduk seakan rela jika dirinya diseksa lagi.

"Pandang aku." Fawasya mengangkat muka memandang wajah Mahen.

"Kenapa kau rela sangat nak aku seksa kau? Nak bagi aku kasihan bila kau sakit?" Soalnya dan kening diangkat sebelah.

"Tak, Fa tak minta belas kasihan tapi kalau ni dapat puaskan hati abang, Fa rela." Balasan Fawasya membuatkan Mahen tidak mampu membalas.

Tangan kanan naik memegang kepala yang terasa sakit. Tubuh tu terbaring di lantai. Terkejut Mahen dan dia segera mendekati Fawasya.

"Sya bangun sya." Ditepuk tepuk bahu tu dan diselak rambut itu ke belakang telinga.

Dia segera mencempung tubuh lemah Fawasya ke bilik. Setelah diletakkan di atas katil, baju di perut isterinya diselak dan terdapat bekas lebam hasil perbuatannya.

Jejaka tu segera mengambil first aid kit untuk merawat bibir Fawasya yang pecah akibat tumbukkan nya.

Mata Mahen terpandang akan telefon Fawasya dan dicapai olehnya. Dibuka dan dilihat isi isi dalam itu. Mana la tahu isterinya mengutuk dirinya dari belakang.

Hana
- Bila kau nak masuk kerja Fa?

Tak tahu lagi aku kurang sihat tapi jangan risau ya.

Hana.
- Mahen jaga kau baik tak Fa?.  Aku risau lah.

Dia jaga aku baik ja. Seorang yang penyayang.

Mahen mengengam erat telefon isterinya setelah baca chat Fawasya bersama Hana. Walaupun dia sudah berkasar dengan gadis tu tapi dia tetap tidak menceritakan keburukan nya pada orang lain.

"Erh" Fawasya menegang dahinya yang sakit dan pandang wajah Mahen yang memandang nya.

"Sakit kepala?" Tanya nya dah Fawasya mengeleng kepalanya tanda tidak walhal memang dia sakit kepala.

"Sini aku urut kan." Gadis tu berganjak menjauhi dan mengeleng tanda tidak perlu.

"Fa boleh jaga diri sendiri." Balasnya dan memandang ke arah lain. Mahen mengusap kepala isterinya perlahan.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now