BAB 8

4.8K 247 7
                                    

Fawasya segak berbaju kurung bewarna baby blue nya. Tudung bawal dikemaskan agar awning tudungnya terbentuk cantik.

Kedua sahabatnya sudah pergi ke rumah aunty Masyitah. Katanya mahu tolong apa yang patut. Dah kalau dua orang tu dah pergi apa salahnya dia pergi lewat sikit.

DIATUR langkah masuk ke dalam rumah keluarga Mahendra setelah memberi salam. Disalam tangan para wanita disitu.

"Eh ni ke Fawasya?" Soal lelaki dalam lingkungan 50-an dan kemungkinan ni papa Mahendra kerana baru saja dia nampak lelaki ni berbual dengan Aunty Masyitah.

"Ya saya Fawasya, uncle." Tangan kanan diletakkan di dada dan ditundukkan sedikit sebagai hormat.

"Sopan santun nya. Rugi lah tak ambil jadi menantu." Masing masing tergelak mendengar apa yang dikatakan oleh uncle Qairil.

"Tok kadi dah sampai dah tu. Pergi lah sana" halau Aunty Masyitah dan Fawasya tergelak geli hati melihat wajah uncle Qairil masam saja akibat dihalau.

"Jom jom tengok diorang akad nikah" Aunty Masyitah menarik lengan Fawasya. Terkejut dia apabila ditarik sebergitu.

Dapat dia lihat Mahendra sangat segak dengan berbaju putih melayu nya.

"Mana pengantin perempuan ya?" Soal tok kadi dan memasing sudah memandang sekeliling mencari pengantin perempuan.

"Yan, telefon aku mana?" Yan segera memberi telefon Mahen pada tuan nya. Jejaka tu membuka data dan melihat chat bakal isterinya.

Future wife🤍
- i nak batalkan pernikahan, i tak boleh kahwin dengan you.
- jangan cari i lagi.
- i dah kembali dekat ex i.

Berangin satu badan Mahen apabila ditipu hidup hidup. Tangan dikepal erat dan bingkas bangun memanggil mama papa nya.

"Kenapa ni Mahen?" Soal mama nya bila melihat wajah anak lelaki tegang semacam saja.

"Dia nak batalkan pernikahan sebab dia dah balik dekat ex dia." Turun naik nafas nya kerana amarah.

"Lepastu sekarang macam mana? Semua dah lengkap takkan kita nak bagitahu diorang yang pernikahan batal. Mana mama papa nak letak muka?" Papa Mahen seakan menahan diri dari marah.

"Mahen tak tahu ma pa. Mahen serabut." Dibuka songkok nya. Aunty Masyitah mendekati ke arah Fawasya apabila di fikiran nya terlintas gadis tu.

"Fa ikut aunty sekejap." Fawasya tanpa banyak soal segera mengikuti langkah aunty sehingga tiba di sebuah bilik.

"Aunty nak minta tolong dekat Fa. Tolong gantikan pengantin perempuan." Terkejut bukan kepalang Fawasya dibuatnya apabila disuruh ganti pengantin perempuan.

"A..apa maksud aunty? Kenapa ni?" Naik pelik dia sekarang. Apa yang terjadi sebenarnya.

"Pengantin perempuan nak batalkan pernikahan. Aunty mohon Fa gantikan demi maruah keluarga Aunty. Tolong ya?" Aunty Masyitah jelas kelihatan merayu.

Fawasya yang melihat Aunty Masyitah seakan memohon tidak sampai hatinya untuk menghampa kan hati wanita itu.

"Aunty bagi Fa masa untuk fikir. Baju pengantin ada dalam almari kalau kamu bersedia kamu pakai ya. Aunty mohon pada kamu." Aunty Masyitah melangkah keluar dari bilik tersebut dan tinggal lah Fa sendirian.

THE DEVIL HUSBAND [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin