BAB 6

4.9K 240 4
                                    

Tudung shawl dikemaskan sekali lagi agar kelihatan lebih anggun. Manalah tahu pergi rumah aunty Masyitah tetiba dapat jodoh. Eh kesitu pula.

Bag sandang segera dicapai serta kunci kereta Bezza nya. Kereta itu bergerak perlahan keluar dari perkarangan rumah sewa nya.

Destinasi yang dia tuju ialah kedai nya terlebih dahulu untuk mengambil gubahan bunga serta dua kawan nya. Naik satu kenderaan memudahkan kerja.

"Kereta member paling best. Wangi ja mat" Rin menghidu bau pewangi kereta Fawasya. Dia duduk di seat belakang dengan gubahan bunga yang mereka reka manakala Hana di seat penumpang hadapan.

"Tak ada apa yang tertinggal kan?" Dipandang wajah mereka berdua dan kedua gadis tu mengeleng kepala.

"Aku lupa nak cerita yang aku dah tengok anak lelaki Aunty Masyitah." Hana yang mendengar tu menoleh ke arah Fawasya dan Rin yang berada di belakang segera mendekat.

"Handsome tak?" Fawasya menganguk kepalanya perlahan.

"Handsome, peramah dan suka senyum. Malangnya milik orang." Berubah raut wajah Hana dan Rin.

"Ingatkan single lagi kalau tak boleh shipkan kau dengan dia." Fawasya menjulingkan mata nya. Dah kenapa nak ship ship kan orang kang yang shipkan orang tu lah nikah dulu.

SETIBANYA mereka di rumah aunty Masyitah, mereka segera keluar dari kereta dan memandang rumah dua tingkat tu.

"Besar betul rumah dia." Bisik Hana dan dibalas anggukan oleh Rin. Fawasya bergerak ke arah pintu dan ditekan loceng tepi rumah.

"Assalamualaikum" Tidak lama kemudian, pintu tu dibuka dan terserlah wajah aunty Masyitah. Tangan wanita tu segera disalam.

"Walaikumusalam meh lah masuk." Jemput Aunty Masyitah dan ketiga gadis gadis tu mengatur langkah masuk ke dalam setelah menangalkan kasut.

"Cantik rumah aunty." Puji Fawasya ikhlas dan Aunty Masyitah tergelak kecil.

"Tak ada lah biasa ja. Kamu bertiga duduk lah dulu sementara tunggu yang buat pelamin tu datang kita minum dulu." Fawasya yang melihat Aunty Masyitah masuk ke dalam dapur segera bangun mengikutinya.

"Eh mana dia pergi tu?" Rin memandang ke arah Hana dan menghela nafas perlahan.

"Kau takkan lah tak tahu lagi perangai Fa macam mana?" Hana tersengih dan menganguk kepalanya. Lupa pula dia yang sahabat mereka ni tidak boleh melihat warga orang tua dalam kesusahan pasti dia lebih pantas menolong. Itu lah yang mereka kagumi tentang Fawasya.

"Sini lah Fa tolong aunty." Aunty Masyitah tersenyum memandang Fawasya yang ringan tulang menolongnya.

"Boleh aunty tanya?" Fawasya menganguk kepalanya dengan senyuman tidak lekang di bibir.

"Fa dah berpunya ke belum?" Gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Belum lagi aunty lagipun mungkin belum ada jodoh. Fa berserah dekat Allah ja aunty jika ada, adalah." Suka aunty Masyitah mendengar balasan Fawasya yang tenang dan sopan sahaja.

"Sebenarnya aunty tak berapa suka dengan pilihan anak aunty. Kalau lah aunty jumpa kamu dulu dah lama aunty kenankan dengan mahen." Fawasya tergelak kecil mendengar kata kata Aunty Masyitah.

"Apa ni aunty nak kenan kenankan pula. Oh ya rasanya diorang dah sampai tu" sengaja dia mengubah topik pembicaraan dan aunty Masyitah segera mengatur langkah ke arah pintu. Fawasya melepaskan nafas lega.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now