BAB 33

4.7K 218 7
                                    

"aku suruh kau sabotaj kereta jantan tu bukan girlfriend aku lah sial!" Marah nya dengan menghentak meja secara kuat.

"Ma..maaf boss saya ingatkan tu kereta dia." Kepala ditundukkan kerana takut.

"Dah keluar." Anak buahnya segera keluar dari bilik boss nya.

"Biar aku sendiri yang jumpa dengan kau sayang." Dia tergelak sehingga bergema bilik tersebut. Dipandang gambar gadisnya lalu diusap dengan sayang.

"Berapa ya?" Fawasya menghulurkan beberapa duit not kepada penjaga kaunter. Setelah tu dia mengatur langkah keluar dari pasaraya.

Mulut gadis tu ditekup dari belakang dan ditarik masuk ke dalam sebuah kereta. Tubuh Fawasya yang pengsan tu diletakkan kepala nya di peha.

"Tak susah nak dapatkan kau balik babygirl." Diusap pipi gebu tu. Kereta yang dipandu oleh anak buah memecut laju untuk ke mansion nya.

MATA dicelikkan secara perlahan lahan dan memandang ke arah pintu sebaik pintu tu terbuka.

"I..irsyad?" Jejaka tu tersenyum apabila Fawasya masih mengingati nya lagi. Dia naik ke atas katil dan duduk dihadapan Fawasya.

"You still remember me baby? I am so happy with that." Diusap kepala Fawasya yang masih tertutup dengan tudung.

"Kenapa awak buat semua ni?" Wajah Irsyad mula berubah bengis. Mata sayu Fawasya dipandang tajam.

"Sepatutnya kau kena tanya dekat diri kau! Aku tunggu kau selama lima tahun dan bila balik sini aku dapat tahu kau dah berkahwin?!" Meninggi suara Irsyad.

Irsyad adalah kawan baik lelakinya ketika di bangku sekolah tapi selepas tamat saja persekolahan jejaka tu pergi ke luar negara untuk sambung belajar.

"B.. bukan kehendak saya. Saya ada sebab kenapa buat macam ni." Irsyad tergelak sinis. Dia mendekati Fawasya dan tudung bawal milik gadis tu dibuka secara lembut agar tidak menyakiti gadisnya. Fawasya mahu meronta tapi pengerakkan nya terbatas.

"Sial!! Kenapa rambut kau pendek huh!" Jelas rahangnya bergerak gerak. Setahu nya rambut gadis tu sangat panjang kerana mereka satu sekolah dahulu dan masa itu pula Fawasya tidak bertudung. Dia mendapat tahu gadis tu mula memakai tudung ketika tamat persekolahan.

Fawasya hanya mampu menunduk dan mengeleng sahaja.

"Bagitahu aku apa yang jadi sayang." Ditolak dagu tu agar memandang dirinya. Mata itu berair saja. Dia tahu jika melibatkan rambut memang Fawasya agak sensitive manakan tidak dulu dia menyentuh sedikit pun sudah ditengking.

"D..dia potong rambut saya." Mengeras rahang Irsyad mendengar.

"Dia dera kau?" Fawasya tidak menganguk dan tidak mengeleng. Irsyad melepaskan nafas perlahan.

"Asal kau nak stay dengan jantan macam tu lagi hah? Nak jadi perempuan bodoh? Eh sedarlah Fa." Jelas Irsyad dalam kemarahannya.

"Kau nak aku hapuskan jantan tu?" Fawasya yang mendengar tu terkjeut dan mengeleng tanda jangan.

"Jangan apa apa kan dia. Dia suami Fa." Mohon Fawasya.  Disebabkan kedua tangannya diikat membuatkan pengerakkan nya terbatas.

"Kau tak berubah Fa. Masih lemah lembut walaupun orang dah buat kau macam macam."Disebabkan sikap Fawasya yang berginilah buat dia jatuh cinta.  Ibu jari naik menyeka air mata gadis tu.

"Sudah jangan nangis. Nak peluk tak?" Fawasya menjeling ke arahnya. Dia berharap sangat Mahen datang menolong. Dia kenal Irsyad yang boleh dikatakan panas baran dan kaki pukul.

"Syad, nak air." Jejaka tu bingkas bangun menuangkan segelas air kosong dan duduk di tepi kepala Fawasya. Dibantu gadis tu minum.

"Asal aku tengok kau lemah ja ni. Okey tak?" Fawasya menganguk kepalanya tanda dia okey.

"Letih sikit baru balik dari hospital." Irsyad mencium dahi Fawasya lalu ditepuk tepuk bahunya.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now