BAB 2

6.4K 292 1
                                    

"Eh jangan lah potong gaji aku. Tak baik tauu, aku ni kan sahabat baik kau." Ditayangkan wajah comel nya tapi bagi Fawasya itu seakan muka minta penampar.

"Buruk muka kau macam tu." Cemberut wajah Rin bila dikata sebergitu. Keropok dibuka lalu disuap ke dalam mulut ingin memujuk diri sendiri.

"Fa, kau tak ada niat nak cari someone ke?" Pertanyaan tiba tiba dari Hana buatkan dia terdiam sebelum menghela nafas perlahan.

"Bukan taknak tapi aku takut kalau orang tu hanya nak permainkan hati dan perasaan aku ja." Wajah kedua sahabatnya dipandang silih berganti.

"Eh dah la next topik. Sekarang dah pukul berapa? Aku cadang nak pergi cafe kejap." Dicari telefonnya lalu dibuka untuk melihat jam.

"6:30 hm sempat lah ni lepastu terus balik. Jom." Masing masing bingkas bangun untuk mengemas bunga bunga yang berselerak.

"Kau nak pergi sorang ja ke?" Tanya Rin dan dibalas anggukan oleh Fawasya.

"Take care tau. Kalau rasa ada yang tak kena kau lari pergi dekat orang ramai." Pesan Rin. Memandangkan waktu hampir senja kemungkinan bahaya ada dimana mana.

"Ya baik in shaa Allah tak ada apa apa." Setelah semuanya kemas, suis kipas serta lampu ditutup dan dipastikan sekeliling agar tidak ada yang tertinggal.

SETELAH tiba di cafe, diatur langkah masuk ke dalam. Kaunter didekati dan dilihat menu air terlebih dahulu.

"Give me one hot chocolate." Diukir senyuman manis nya.

"Okey itu sahaja?" Fawasya menganguk kepalanya dan dikeluarkan not yang berjumlah rm6.

"Tunggu sebentar ya." Kata pekerja lelaki tersebut dan dia segera mengambil tempat duduk yang agak terpencil.

Sedang ralit dia melihat tiktok, dia dikejutkan dengan kedatangan hot chocolate nya.

"Thank you" Telefon disimpan ke dalam bag sandang dan bangkit dari duduknya. Diatur langkah keluar dari cafe tersebut.

Mata nya tidak sengaja terpandang akan seorang wanita di sebuah bangku. Dia dapat mengagak bahawa wanita tu dalam lingkungan 40-an.

Di ambil keputusan untuk mendekati kerana wajah tu agak familiar bagi nya.

"Assalamualaikum aunty" Wanita tu menoleh dan tersenyum memandang Fawasya.

"Walaikumusalam Fawa, tak balik lagi?" Fawasya mengeleng kepalanya tanda belum.

"Aunty tunggu siapa? Kebetulan tadi saya nampak aunty duduk seorang diri itu yang datang tegur." Sopan santun Fawasya berkata.

"Ohh aunty tengah tunggu anak aunty katanya pergi tandas tapi nak dekat 20 minit dah." Tutur Aunty Masyitah.

"Kalau aunty tak kesah, boleh saya teman aunty sampai anak aunty datang? Serba salah pula saya nak tinggalkan aunty sesorang dekat sini." Setelah mendapat anggukan dari Aunty Masyitah, Fawasya melabuhkan pungung disebelah wanita itu.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now