BAB 21

5.5K 245 3
                                    

"Mahen kau okey tak?" Soal Yan dan Mahen yang sedang termenung tu tersentak dan menoleh memandang sahabatnya.

"Aku okey cuma aku rindukan isteri aku." Aryan mengusap belakang Mahen.

"Kau dah cari dia?" Mahen menganguk kepalanya lemah.

"Aku langsung tak jumpa dia. Merata tempat aku cari tapi hampa." Dihela nafas perlahan. Kemana isterinya pergi pun dia tidak tahu.

"Sabar, in shaa Allah nanti kau akan jumpa Fawasya." Aryan memberi semangat pada sahabatnya. Bahu jejaka tu ditepuk.

"Aku nak balik." Mahen bingkas bangun dari duduknya dan mengatur langkah keluar dari office.

Semasa dalam kereta kedengaran azan zohor berkemundang. Kebetulan dia melalui kawasan dekat dengan masjid dan dia mengambil keputusan untuk singgah.

Dia keluar dari kereta lalu disandarkan badannya. Dia masih berfikir sama ada mahu masuk atau tak. Hatinya gelisah fikiran nya bercelaru.

"Adik ni kenapa tak masuk?" Pandangan segera dialihkan ke arah seorang lelaki yang penampilan seperti seorang imam.

"Orang macam saya ni boleh ke masuk?" Imam tersenyum ke arah nya.

"Ini kan masjid rumah Allah sesiapa pun boleh masuk tak kira lah dia orang macam mana sekali pun tetap hamba Allah. Jom?"Mahen mengikuti langkah imam masuk ke dalam masjid.

"Adik pergi ambil wudhuk dulu ya." Mahen menganguk kepalanya lalu bergegas untuk mengambil wudhuk. Sesekali dia mencuri pandang cara orang mengambil air sembahyang memandangkan dia sudah meninggalkan suruhan Allah cukup lama.

Bukannya mama papa tidak ajar untuk dia solat tapi dia leka dengan duniawi nya sehingga menepikan perintah yang maha esa.

Setelah selesai solat zohor, Mahen duduk di tepi dinding. Wajahnya kelihatan kusut saja memikirkan dimana mahu mencari isterinya.

"Saya tengok adik ni dari tadi macam kusut ja. Boleh saya duduk?" Mahen mendongak memandang wajah imam dan menganguk. Setelah itu imam duduk berhadapan dengan Mahen.

"Kamu ni nama apa?" Dihulurkan tangannya untuk bersalam dan disambut oleh Mahen.

"Saya Mahendra imam." Jawabnya dan tersenyum nipis. "Panggil ja saya Muiz." Imam membalas senyuman jejaka dihadapan nya ini.

"Dari wajah kamu saya tengok macam ada masalah. Kalau kamu tak keberatan kamu boleh cerita dekat saya." Mahen menarik nafas nya terlebih dahulu.

"Isteri saya tinggalkan saya imam disebabkan perbuatan saya." Mahen mula membuka mulut untuk menceritakan apa yang jadi.

"Apa kamu buat sampai isteri kamu pergi tinggalkan kamu?" Soal imam Muiz.

"Kami kahwin bukan atas saling mencintai tapi disebabkan nak tutup malu keluarga, isteri saya ganti tempat pengantin perempuan. Selepas kami kahwin, saya seksa dia, saya pukul dia, maki dia seperti tak layak dilayan seorang isteri." Dia berhenti seketika sebelum menyambung.

"Bila saya balik kerja isteri saya dah tinggalkan saya sebab dah tak tahan. Mama papa saya pun marah teruk dan lepas saya tahu yang isteri saya korbankan diri untuk jadi penganti, saya rasa menyesal sangat dengan apa saya dah buat." Kepala ditundukkan dan air mata jantannya jatuh kerana menyesal.

"Kenapa kamu ambil keputusan untuk layan dia macam tu sekali? Saya faham dia hanya penganti tapi dia tetap isteri kamu. Saya tak nak salahkan diri kamu sebab tu mungkin buatkan diri kamu lagi tertekan tapi apa yang boleh saya pesan, perempuan ini untuk dilindungi, dijaga, dibelai penuh kasih sayang. Nabi muhammad angkat darjat seorang wanita ni tinggi sangat tinggi dan kita sebagai lelaki jangan merendahkan nya." Imam Muiz mengusap bahu Mahen perlahan.

"Solat, minta doa dekat Allah untuk lapangkan hati dan permudahkan urusan untuk cari isteri kamu. Saya tahu Allah tu sebaik sebaik perancang. Apa yang jadi akan ada hikmah. Tinggalkan yang Allah larang dan buat apa yang Allah suruh in shaa Allah semuanya akan berjalan dengan lancar." Mahen mengukir senyuman manisnya setelah apa yang ada dalam hatinya sudah terluah dan menganguk kepalanya tanda memahami.

"Terima kasih imam. In shaa Allah saya akan perbaiki diri untuk kedepan." Imam Muiz menganguk kepalanya.

"Saya minta maaf ya imam sebab dengar masalah saya." Katanya dan mengosok belakang leher.

"Tak ada apa lah lagipun saya tak nak lah tengok anak muda sekarang ni kusut, hati tak tenang. Banyak banyakkan berzikir ya."Mahen menganguk kepalanya lagi.

"Saya nak kena balik dah ni. Saya minta diri dulu terima kasih ya imam." Dia menunduk menyalam tangan Imam Muiz sebelum mengatur langkah keluar dari masjid untuk pulang ke rumah.

"Hati hati bawa kereta tu." Mahen tersenyum dan mengangkat tangannya sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now