BAB 10

5.7K 252 5
                                    

"Fa tinggal sini tau mulai harini." Fawasya mengaru belakang tengkuk nya dan memandang wajah mama mertuanya.

"Pakaian Fa?" Hana menepuk bahu sahabatnya.

"Kitorang pergi ambil. Kau tak payah lah risau ya." Fawasya hanya tersenyum nipis dan mengucapkan terima kasih.

"Sekarang Fa naik rehat dekat dalam bilik dulu. Majlis ni biar mama papa handle ya sayang." Fawasya memeluk tubuh wanita itu.

"Terima kasih mama." Aunty Masyitah hanya tersenyum dan Fawasya meminta diri untuk naik ke bilik.

"Aku taknak tidur sekatil dengan kau faham? Kau nak tidur atas sofa ke lantai ke dalam bilik air sekali pun itu lantak kau." Fawasya hanya menganguk kepalanya tanda faham. Tidak mahu tanya banyak kemungkinan jejaka tu tidak ada mood.

Punggung dilabuhkan di sofa dan telefon bimbitnya dibuka sementara tunggu Hana datang menghantar pakaian nya.

"Kau nak pakai baju tu sampai ke malam?" Mata mamandang ke arah suaminya dan mengeleng.

"Tunggu Hana datang hantar pakaian." Balas Fawasya dan tersenyum nipis namun jejaka tu hanya berwajah ketat saja.

Terbit perasaan hairan di dalam dirinya. Kenapa sewaktu dia bertemu dengan jejaka itu haritu dia sangat peramah dan suka senyum. Berbeza pula dengan waktu sekarang.

Bunyi ketukan di pintu buatkan Fa bingkas bangun untuk membuka. Terpampang lah wajah Hana dan disambut bag tersebut.

"Thanks again Hana." Gadis tu menganguk.

"Selamat pengantin baru bestie" Fawasya hanya tersenyum. Selepas Hana pergi, pintu ditutup semula dan diatur langkah masuk ke dalam bilik air.

Fawasya termenung sendirian dalam bilik air. Dia malu sama ada mahu keluar atau tidak disebabkan rambutnya yang basah dibiarkan terurai bergitu saja.

"Alah keluar jelah lagipun dah halal." Ditarik nafas perlahan lalu dihembus. Dibuka pintu bilik air tersebut dan diatur langkah keluar.

Mahen yang memandang ke arah skrin telefonnya mengerling ke arah isterinya. Dia meneguk air liur melihat rambut panjang Fawasya. Gadis tu sangat cantik dengan rambut yang terurai.

Mahen memandang skrin nya semula tatkala Fa menoleh ke arah nya. Gadis tu memakai hoodie yang boleh menutupi rambutnya.

"Awak ada charger tak?" Mahen menoleh ke arah kanan nya sebagai isyarat dan Fa mendekati ke arah rak tepi katil yang diduduki oleh Mahen.

"Saya keluar sekejap. Kalau ada yang call biar ja." Fawasya mengatur langkah keluar untuk menolong apa yang patut di dapur.

Mahen yang terasa terganggu dengan bunyi telefon Fawasya segera menoleh melihat siapa yang chat.

Dilihat Hana yang spam gambar ketika nikah sebentar tadi. Mahen segera menekan profile WhatsApp untuk mengambil nombor telefon gadis tu. Untung tidak mempunyai password ketika buka lockscreen.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now