BAB 19

5.9K 269 6
                                    

Fawasya mengemaskan barang barang nya ke dalam bag. Memandangkan Mahen keluar pergi kerja maka dia perlu keluar dari rumah tersebut dengan segera.

Grab sudah menunggu dan dia sempat menulis surat buat si suami. Walaupun dirinya belum sihat sepenuhnya tapi dia tidak mahu dihukum sebergini.

"Fa minta maaf, Fa tak sebodoh abang fikirkan. Fa bukan anak patung untuk diseksa. Fa minta maaf sekali lagi Fa akan jauhkan diri dari abang." Perlahan suaranya berkata sebelum keluar dari rumah tersebut.

"Puan okey? Kenapa muka puan lebam?" Tanya abang Grab iaitu Farhan. Jelas nada suaranya kelihatan prihatin.

"Tak ada apa apa pun saya okey." Diukir senyuman nipis nya dan Farhan memandang melalui cermin belakang.

"Kalau puan nak luah, puan boleh luah dekat saya. Saya boleh dengar masalah puan. Apa yang saya nampak puan macam kena pukul dengan suami." Tepat apa yang dikatakan oleh Farhan. Fawasya menundukkan kepalanya dengan mengengam erat kedua tangannya.

"Tak apa saya okey ja." Farhan menghulurkan tisu dan disambut oleh Fawasya. Dia mengucapkan terima kasih.

Dia tidak mahu membuka keburukan suaminya pada orang lain. Sekejam apa pun suaminya, aib jejaka tu haruslah dia simpan. Dia tidak mahu Mahen dipandang hina oleh orang sekeliling.

"Nama saya Farhan, nama puan apa?" Soal Farhan sekadar ingin tahu.

"Fawasya, panggil ja Fa." Jejaka tu mengangguk faham dan fokus pada pemanduan nya.

Dia mengambil keputusan untuk larikan diri ke Perlis. Tempat dimana dia dilahirkan. Setelah ini mungkin dia akan ke stesen bas untuk membeli ticket.

"Boleh saya tahu puan Fa nak kemana?"

"Saya nak balik Perlis." Farhan menganguk kepalanya tanda faham.

"Nak saya terus hantarkan? Saya jadi risau nak biarkan puan Fa seorang diri dengan keadaan macam ni. Puan Fa boleh percayakan saya." Katanya dan menyakinkan bahawa dia bukan lelaki yang jahat.

"Tak payahlah panggil saya puan. Panggil Fa ja. Kalau Farhan tak keberatan saya okey ja." Jawab Fawasya dan disandarkan badannya di seat.

"Kalau macam tu Fa rehatlah dulu. Apa apa saya kejutkan." Fawasya menganguk dan menghela nafas perlahan. Hatinya terasa lega apabila dapat melarikan diri dari Mahen.

Difikirkan semula dia tidak sangka perkahwinan yang belum sebulan akan berantakkan seperti ini. Kasih sayang dan belaian yang dia inginkan hancur semuanya.

Perjalanan dari KL ke Perlis mungkin mengambil masa yang agak lama. Nasib baik lah dia keluar jam 7:30 jika tidak pasti akan sampai lewat malam. Dia tidak perlu risau kerana kereta Farhan bukan lah kereta biasa malah berjenama Mercedes.

MAHEN menyemak file file nya sebelum melihat ke arah jam menunjukkan pukul 11:10 masih berbaki lagi 5 minit untuk dia keluar lunch.

Telefonnya dicapai dan dilihat tiada sebarang mesej dari Fawasya. Selalunya jam bergini pasti gadis tu akan mengingati nya untuk lunch tengah hari.

 Selalunya jam bergini pasti gadis tu akan mengingati nya untuk lunch tengah hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Langsung chat nya tidak dibaca. Last seen juga tidak naik di bawah profile gadis tu. Fawasya marah?.

Malas hendak berfikir, dia bingkas bangun untuk keluar makan tengah hari bersama kawan kawannya.

TEPAT jam 5 petang Mahen selesai kerja nya. Setibanya di rumah tu diatur langkah masuk dan terasa sunyi sepi saja apabila kipas tidak dipasang, lampu ditutup seakan tiada penghuni.

"Fawasya" Panggil Mahen dan diatur langkah ke bilik. Kemungkinan isterinya didalam bilik.

Ditolak perlahan pintu bilik Fawasya dan matanya terpandang akan satu sampul surat di atas katil. Dia segera mendekati dan mengambil. Setelah itu ditarik keluar surat tersebut untuk dibaca.

Assalamualaikum abang, saya minta maaf sebab saya keluar tak minta izin abang. Saya minta maaf sekali lagi kalau saya ada buat salah dekat abang. Saya tak sekuat macam apa abang sangka kan. Saya seorang yang lemah yang tak boleh lawan abang waktu abang seksa saya. Saya tahu saya hanya penganti dan bukannya seorang yang abang cintai. Ikhlaskan makan minum saya dan saya mohon pada abang jangan tinggal solat ya. Saya sayangkan abang kalau abang nak berkahwin lagi saya izinkan. Saya tak tahu apa dosa saya dekat abang sehingga dilayan teruk seperti ini.

From,
Fawasya Zurya.

Terlepas surat tu dari tangannya setelah membaca setiap apa yang dituliskan oleh isterinya.

Disebabkan perbuatannya, isterinya sudah pergi tinggalkan nya. Mahen mengetap bibir nya dan menghela nafas perlahan. Kini tinggal lah dia seorang diri tanpa si isteri di sisi.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now