BAB 28

4.6K 218 11
                                    

"Abang, Fa minta izin nak keluar beli gula sekejap ya dekat kedai depan tu." Mahen menganguk mengizinkan.

"Hati hati." Pesan Mahen dan setelah isterinya keluar dia segera mendail nombor seseorang.

SEMASA Fawasya ingin pulang dari kedai dia terasa seperti diekori, dengan kaki yang masih sakit dia melajukan langkahnya.

Baju di bahunya direntap kasar dari arah belakang dan Fawasya menolak tubuh jejaka tu kasar  sebelum melarikan diri. Berair mata nya akibat sakit di lututnya.

Dengan tergesa gesa dia masuk ke dalam rumah. Dia rebah di hadapan pintu dengan teresak esak.

Mahen yang duduk di ruang tamu tu bingkas bangun mendekati isterinya yang terduduk dihadapan pintu.

"Sayang kenapa ni? Kenapa baju terkoyak ni? Siapa buat sayang?" Fawasya memeluk leher Mahen dengan erat. Seluruh tubuh badannya mengigil ketakutan.

"Fa takut hiks ada orang nak culik fa."Mahen mengusap belakang badan isterinya perlahan.

"Shhh abang ada dengan sayang. Tak ada siapa boleh ambil sayang dari abang." Katanya di tepi telinga Fawasya.

Mahen segera mendukung tubuh tu ke sofa apabila melihat kaki seluar di bahagian lutut isterinya berdarah.

"Fa takut abang hiks." Mahen mengesat air mata tu dan dipegang sisi kepala isterinya agar memandang matanya.

"Pandang abang sayang. Tengok mata abang. Abang ada dengan sayang. Jangan takut ya?" Fawasya kembali memeluk leher suaminya erat.

"Shhh biar abang rawat lutut sayang dulu ya." Dileraikan pelukan dan diseka air mata yang mengalir di pipi mulus tu. Kaki seluar Fawasya diselak.

First aid kit dicapai dan dicari kapas untuk mengelap darah yang mengalir. Dengan berhati hati dia merawat lutut isterinya.

"Abang takkan tinggalkan Fa kan?" Mahen tersenyum dan mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Abang sayangkan sayang mana mungkin abang akan tinggalkan isteri abang." Katanya dan meniup perlahan luka itu.

"Dah siap" kata Mahen setelah siap membalut lutut isterinya dengan bandage. Pipi gebu Fawasya diusap lembut.

"Sudah ya, nanti mata bengkak." Perlahan lahan bibir tu mengukir senyuman manisnya. Jejaka tersebut membalas senyuman itu.

"Abang boleh ambilkan air?" Pinta Fawasya dan Mahen segera bangun melangkah ke dapur.

Dipandang ke arah ruang tamu dan dikeluarkan satu serbuk lalu dituang ke dalam air coklat tu sebelum dikacau sehingga sebati.

"Nah sayang." Fawasya menyambut huluran tu dengan senyuman. Setelah baca bismillah dihirup air tersebut.

"Abang tak kerja ke?" Soal nya sambil menghirup air itu secara perlahan lahan.

"Esok abang kerja. Kenapa sayang?" Dilihat air di cawan tu sudah habis. Fawasya mengeleng kepalanya tanda tidak ada apa apa.

"Saja Fa tanya" Disandarkan badannya di sofa. Dahi nya berkerut apabila terasa pening yang menjalar.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now