BAB 9

4.8K 257 15
                                    

"Aunty nak kau gantikan pengantin perempuan?" Soal Rin tidak percaya dan Fawasya menganguk kepalanya.

"Kau setuju?" Soal Hana pula.

"Aku tak sampai hati nak hampakan aunty. Aku dah fikir dan aku terima nak gantikan tempat pengantin perempuan tu demi maruah keluarga diorang." Hana dan Rin memeluk tubuh sahabat mereka erat.

"Semoga keputusan kau ambil ni adalah keputusan yang terbaik." Fawasya mengatur langkah ke almari dan di ambil baju pengantin yang masih bersih. Baju tu mereka sengaja sediakan jika apa apa terjadi dan sekarang baju tu dipakai oleh Fawasya.

Tok kadi memandang sekeliling dan memandang wajah tegang Mahendra.

"Jadi ke tak ni? Kalau tak jadi saya nak minta diri dulu." Kata tok kadi dan itu membuatkan hati Mahen menjadi resah. Fikirannya buntu.

"Sekejap." Mereka menoleh ke arah Hana dan Rin yang memimpin seorang gadis yang cantik memakai baju pengantin serta menutupi wajah nya dengan purdah.

Aunty Masyitah tersenyum melihat Fawasya yang menerima menjadi pengantin perempuan dan dia gembira apabila gadis tu yang menjadi menantu nya.

"Nama penuh Fa apa? Bisik Aunty Masyitah dan Fawasya menunduk sedikit.

"Fawasya Zurya binti Fawwaz." Aunty Masyitah segera bangkit dan mendekati ke arah anak lelaki nya dan tok kadi.

"Baiklah mari kita mula ya." Tok kadi mula berjabat tangan dengan Mahendra.

"Mahendra Qayzayn bin Qairil. Aku nikahkan engkau dengan Fawasya Zurya binti Fawwaz dengan seberangkat alat solat serta sejumlah wang bernilai 10 ribu ringgit tunai." Mahendra memejamkan mata nya menahan diri dari amarah yang kian hadir.

"Aku terima nikahnya Fawasya Zurya binti Fawwaz dengan seberangkat alat solat serta sejumlah wang bernilai 10 ribu ringgit tunai " selafaz Mahen.

"Sah?"
"Sah!"

Kini mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri tanpa ada nya perasaan kasih sayang antara satu sama lain.

"Terima kasih Fa" ucap Aunty Masyitah yang sekarang menjadi mama nya.

"Mulai sekarang panggil aunty, mama." Fawasya menganguk dan memeluk tubuh mama mertuanya.

Mahendra yang datang menghampiri dipandang sehingga jejaka tu duduk berhadapan dengan nya.

Tergetar getar tangan Fawasya mahu menghulurkan tangan kepada Mahendra agar jejaka tu menyarungkan cincin.

Mahen memegang kemas agar tidak getar. Terkejut gadis tu dan cincin selamat disarungkan ke jari Fawasya.

Dia turut melalukan hal yang sama dan akhir sekali disalam tangan Mahendra yang sudah menjadi suaminya

"Welcome to the hell sweetheart" bisik Mahendra halus di tepi telinga isterinya sehingga bulu roma Fawasya meremang.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now