BAB 20

6.2K 265 4
                                    

"Apa yang Mahen dah buat hah!" Meninggi suara Mama Masyitah memarahi anak lelaki nya setelah jejaka tu datang ke rumah dan menceritakan bahawa Fawasya melarikan diri.

"Mahen minta maaf ma." Papa Qairil mengusap bahu isterinya agar bertenang.

"Apa yang kamu buat dekat Fawasya sehingga dia larikan diri? Bagitahu mama sekarang Mahendra Qayzayn!" Dengan lantang Mama Masyitah menyebut nama anak nya.

"M..mahen pukul dia ma pa." Terkejut mereka berdua mendengar pengakuan dari Mahen. Sukar untuk mereka menerima apa yang jejaka tu katakan.

"Papa tak ajar kamu dayus dengan perempuan, Mahendra! Papa tak didik anak papa untuk berkurang ajar dengan kaum hawa! Patutlah bila mama tanya Fawasya dia kata semuanya baik dan kamu layan dia seolah suami yang penyayang tapi rupanya dia menutup semua keburukan kamu tu!" Jerkah Papa Qairil yang sudah hilang sabarnya. Mama Masyitah terduduk akibat masih terkejut.

"Kami tahu dia hanya penganti tapi kamu tak boleh hukum dia macam tu sekali. Jika nak diikutkan Fawasya juga tak nak ganti tempat Feona. Tapi apa dia buat? Disebabkan taknak keluarga kita malu dia berkorban untuk bersama dengan kamu tapi apa kamu buat? Seksa dia?! Layan macam sampah?!. Sepatutnya kamu berterima kasih dekat dia sebab dia maruah keluarga kita tak tercalar!"  Mahen tertunduk mendengar semua kata kata papa nya. Hatinya terjentik perasaan menyesal.

"Mana Mahen nak cari isteri Mahen ma pa?" Dipandang wajah dua orang tua nya. Air matanya bertakung di tubir mata.

"Papa dengan mama taknak masuk campur. Kamu yang buat dia larikan diri jadi kamu lah cari sendiri." Ujar papa dan melangkah naik ke tingkat dua.  Mahen pandang ke arah mama nya.

"Cari dia pujuk dia pulang semula. Mama yakin hati dia tak sekeras Al Hadid." Mama menepuk bahu anak lelaki nya dan Mahen menganguk.

"In shaa Allah ma. Mahen cuba pujuk dia semula. Terima kasih." Sekarang dia sedar apa yang dia lakukan sudah salah. Seseorang takkan sedar sebelum dia hilang sesuatu yang berharga dalam hidupnya.

FAWASYA mengatur langkah ke arah pintu dan diletakkan bag nya di dalam sebelum keluar untuk berjumpa dengan Farhan.

"Terima kasih Farhan, maaf kalau Fa menyusahkan. Ni Farhan nak kemana pula?" Soal nya dan jejaka tu menoleh sambil merengangkan otot otot nya.

"Cari hotel dekat kangar tu. Esok bertolak balik ke KL. Kenapa Fa?" Gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak ada apa apa.

"Balik nanti hati hati ya." Farhan tersenyum dan menganguk kepalanya.

"Saya minta diri dulu kalau Fa nak apa apa Fa call saya ya. Ni kad saya." Dihulurkan satu kad dan disambut oleh Fawasya.

"Baik, terima kasih sekali lagi." Farhan menganguk dan masuk ke dalam keretanya. Fawasya memandang kereta Mercedes tu keluar dari perkarangan rumah.

Mata melirik ke arah jam di tangan menunjukkan pukul 6 petang. Diatur langkah masuk ke dalam rumah. Terasa rindu akan ibu ayah nya.

Telefon yang sedari tadi dimatikan kini dinyalakan. Terdapat banyak misscall dari Mahen. Biarlah dia tenangkan diri di sini tanpa ada nya sosok seorang suami.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now