BAB 37

4.6K 219 3
                                    

Pulang saja Fa, rumah itu sunyi dan gelap saja. Dilihat jam di telefon nya menunjukkan jam 9 malam. Mahen sudah memaklumkan padanya bahawa jejaka tu keluar berjumpa kawan.

Baru saja kaki hendak memijak anak tangga, telinga menangkap satu suara dan pantas dia menoleh dengan wajah yang terkejut.

"Happy birthday sayang abang." Fawasya menekup mulut nya apabila mahen mendekati nya dengan cahaya lilin di kek itu.

"Abang tahu abang tak pandai nak buat kejutan untuk sayang sebab ini ja yang abang mampu. Abang minta maaf apa yang abang buat dekat sayang. Happy birthday to you baby." Gugur air mata Fawasya kerana dia terlupa yang harini adalah hari jadinya.

"Shh jangan nangis." Mahen memegang kek dengan tangan kirinya manakala tangan kanan naik menyeka air mata isterinya.

"Tiuplah." Fawasya meniup lilin tu dan serentak itu lampu dibuka.

"Happy birthday Fawasya!!" Terkejut sekali lagi apabila papa dan mama mertuanya ada disini. Diikuti kawan kawan Mahen dan Hana serta Rin juga ada.

Patutlah dua kawannya minta diri untuk pulang awal atas urusan keluarga dan kerja di kedai bunga tu dia yang uruskan sehingga balik waktu malam.

"Terima kasih sebab ingat birthday Fa." Diukir senyuman manis nya dan memeluk tubuh tegap si suami apabila mama sudah mengambil kek ditangan mahen.

Mahen mendakap tubuh isterinya erat dan belakang Fawasya diusap sayang.

"Jom jom makan dulu mesti korang dah lapar kan?" Masing masing duduk di ruang tamu. Ada yang duduk di meja makan.

"Abang yang rancang?" Soal Fawasya apabila mengambil tempat duduk sebelah suaminya dan Mahen menganguk.

"Last minute sebab tak tahu nak surprise sayang macam mana. Masing masing buntu." Gadis tu hanya tersenyum.

"Tak apa Fa tak kesah pun. Apa apa pun terima kasih abang." Mahen mengucup dahi isterinya lalu turun kedua pipi itu pula.

"Tak jadi masalah sayang." Mahen menjongket keningnya berkali kali dengan jari sudah memegang kek yang dipotong kecil.

Disuap ke dalam mulut isterinya apabila gadis tu membuka mulut. Dinaikkan keningnya.

"Sedap." Giliran Fawasya pula mahu menyuap si suami dan lelaki tu menerima dengan ikhlas.

"Hampa buat macam berdua ja dekat rumah ni eh. Kami sendu ni." Kata Zeen dan mereka tergelak mendengar rungutan jejaka tu.

"Lain kali kahwin." Bidas Mahen dengan senyuman sinisnya dan dia mendapat jelingan dari Zeen.

THE DEVIL HUSBAND [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon