BAB 11

5.5K 255 12
                                    

"goodnight mama, papa." Ucapnya sambil melangkah menaiki tangga. Terasa letih kerana menolong mereka mengemas dapur.

"Goodnight too Fawasya." Ucap mereka berdua serentak.

Masuk saja ke dalam bilik, dapat dia lihat Mahen sudah tidur. Telefon yang siap di cas tu di ambil dan diatur langkah ke sofa.

Mata terasa berat dan akhirnya terlelap bergitu saja. Telefon yang awalnya mahu dilihat langsung dibiarkan di atas dada akibat mengantuk menguasai diri.

PAGI itu, Fawasya bangun terlebih dahulu apabila telefonnya bergetar. Dilihat jam pukul 5:45 pagi. Tanpa berlengah lagi, dia bingkas bangun untuk mandi.

Mahen yang sedang tidur tu didekati dan ditepuk bahu nya perlahan.

"Awak, solat subuh jom."

"Eish! Tak payah kacau lah sial!" Ditepis kasar tangan Fawasya. Terkejut gadis tu bila dimarah.

Di ambil keputusan untuk solat bersendirian. Wudhuk di ambil terlebih dahulu lalu dipakai kain telekung nya. Nasib la Hana sempat letak dalam bag.

Wajah disapu setelah selesai solat subuh. Tangan ditadahkan untuk berdoa.

"Aamin aamiin ya rabbal alamin" Dia bingkas bangun melipat kain sejadah serta kain telekung.

Didekati ke arah suaminya, comforter ditarik ke bahu jejaka itu. Rambut Mahen sempat ditolak ke belakang.

"Hm"

Fawasya mengatur langkah keluar untuk ke dapur bagi membuat sarapan pagi. Dibuka peti ais dan matanya memandang ke arah sebungkus bihun.

"Buat bihun goreng jelah." Dia tersenyum lalu mula memulakan kerjanya.

DERAPAN kaki seseorang membuatkan dia menoleh dan tersenyum manis.

"Morning mama."

"Morning too sayang. Sedap nya bahu masak bihun goreng ke?" Fawasya menganguk kepalanya.

"Ha ah dah Fa nampak ada bihun tu yang buat bihun goreng. Tak apa kan?" Soalnya.

"Tak apa Fa. Mama tak halang pun Fa nak masak apa sekalipun. Mana Mahen Fa?" Fawasya menoleh ke arah mama nya sekilas.

"Tidur lagi. Sekejap lagi Fa pergi kejutkan." Dicedok bihun goreng ke dalam bekas lalu diletakkan ke atas meja setelah menutup api dapur.

"Tak sabar nak rasa air tangan menantu mama ni." Fawasya tergelak kecil dan meminta diri untuk memanggil Mahen.

"Awak, bangun sarapan jom." Lembut suara Fawasya mengejut suami nya.

"Eish kau diam lah semak lah." Jari jemari tu mengusap rambut lembut suaminya perlahan. Mahen yang mendapat tindakkan tu terasa terbuai.

"Mama dengan papa dah tunggu dekat bawah. Bangun ya?" Mahen mencelikkan matanya memandang wajah Fawasya yang tersenyum manis.

Jejaka tu bangun dari baringannya dan menutup mulutnya apabila menguap.

"Lepas sarapan kita pindah." Dia bingkas bangun untuk ke bilik air. Terkebil kebil Fawasya dibuatnya.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now