BAB 14

5.7K 274 8
                                    

"buat masa sekarang kau handle dulu ya. Aku tak pasti boleh masuk bila." Setelah selesai berbual dengan Hana, panggilan segera dimatikan.

"Kau call dengan jantan ke? Dah berani kau eh belakang aku." Terkejut Fawasya dan menoleh ke belakang melihat Mahen.

"Mana ada saya call dengan jantan lain sumpah demi Allah tak." Sungguh dia takut apabila Mahen mula mendekati semakin dekat.

"Kau guna nama tuhan sebab nak tutup kesalahan kau ja kan?" Fawasya mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Sumpah awak saya tak call jantan lain." Mahen melempang wajah Fawasya sehingga gadis tu jatuh ke lantai akibat tamparan kuat dari suaminya.

"Kau tak payah bersumpah sumpah dengan aku eh. Kau tu tak layak langsung dilayan sebagai seorang isteri ! Kau dengan perempuan murah tak ada beza." Ditendang perut Fawasya agar baring.

"Kau rela ganti haritu sebab nak bolot harta aku ja kan? Aku faham sangat lah permainan bodoh kau ni." Dicekik leher isterinya dan ditarik agar bangun. Ditolak kasar tubuh tu sehingga Fawasya terkena cermin solek dan akhirnya pecah menikam lengan nya.

"Argh abang!" Membulat mata Mahen bila kaca tertusuk lengan isterinya. Berair mata Fawasya akibat sakit. Darah menitis jatuh ke lantai.

"S...sakit abang" dia menangis teresak esak. Mahen segera mendekati Fawasya dan dipegang lengan tu.

Dia segera mendekati rak tepi katil untuk mencari bandage. Seterusnya didekati ke arah Fawasya semula. Kaca tu dipegang dan memandang wajah Fawasya yang comot air mata.

"Tahan" Direntap kaca tu dan Fawasya menjerit sakit. Mahen segera membalut lengan tu dengan pantas.

Lutut Fawasya menjadi lemah dan dia terduduk dilantai. Mahen belum sempat mahu menyambut tubuh gadis tu.

Mahen memeluk tubuh Fawasya dengan erat seakan tidak mahu melepaskan nya.

Fawasya menolak perlahan tubuh Mahen dari memeluknya. Selepas tu dia bangun secara perlahan lahan.

"Sya nak pergi mana?" Tanya Mahen dan gadis tu menoleh ke arah nya.

"Izinkan Fa keluar sekejap." Diukir senyuman buat si suami dan diatur langkah keluar walaupun dirinya cedera.

"Sya no!" Mahen bangun dari duduknya dan berlari keluar dari bilik tersebut. Bayangan isterinya sudah tidak ada. Dia segera keluar dari rumah tersebut.

"Sya!" Jantungnya berdegup kencang dan berlari keluar ke perkarangan rumah. Mahen dikejutkan dengan bunyi guruh yang kuat.

"No no jangan. Fawasya!" Dia berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta.

BALUTAN di lengannya dibuka dan darah mula menitis semula. Di bandage tu sudah dipenuhi dengan darah lengannya.

Hujan mulai turun membasah bumi. Dibiarkan saja lengan nya yang sakit akibat terkena air.

Digeleng kepalanya kerana pening apabila darah banyak yang keluar dari lengannya.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now