BAB 24

5.2K 244 1
                                    

Pagi itu Mahen berada di hadapan rumah Fawasya. Hatinya berdegup kencang sebelum mengetuk pintu tersebut.

"Sekejap." Mahen mengigit bibir bawahnya. Dia sudah bersedia jika isterinya mahu marah atau sebagainya.

Fawasya membuka pintu tersebut dan terkejut apabila wajah sosok tubuh suaminya ada dihadapan.

"Kenapa awak datang sini Mahen? Nak seksa saya lagi?" Jejaka tu mengeleng kepalanya pantas.

"Tak sayang. Abang datang ni abang nak minta maaf. Abang sedar abang salah, abang khilaf. Tolong maafkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang, hidup abang sunyi." Dipandang wajah isterinya memohon.

"Tak payah lah awak datang merayu air mata darah sekali pun. Hati saya masih sakit masih remuk. Lepas apa yang dah jadi sesenang itu ja awak datang minta maaf?" Dipandang wajah tu dengan riak kosong.

"Jangan hukum abang macam ni sayang. Abang minta maaf sangat sangat. Kalau sayang nak abang sujud dekat kaki sayang, abang boleh buat." Fawasya berdecit sinis.

"Saya bukan macam awak yang nak jadikan orang macam hamba. Awak datang sini pun mesti sebab mama atau papa yang suruh kan?" Dijongket kan keningnya nya.

"Jujur sayang, abang yang datang sini dengan kerelaan diri abang bukan disebabkan mama or papa. Abang nak bawa isteri abang balik." Katanya dengan mata menatap lurus ke arah mata si isteri.

"Lebih baik awak lepaskan saya ja Mahen. Saya dah taknak tinggal dengan awak yang selalu dera saya macam anak patung. Saya pun ada hati dan perasaan juga bukan awak seorang ja." Suara nya hampir meninggi.

"Sayang please bagi abang peluang kedua untuk abang perbaiki semuanya. Abang nak tebus kesalahan abang dekat sayang." Fawasya menghela nafas perlahan.

"Masuk kita settle dekat dalam." Mahen segera membuka kasut dan diatur langkah masuk ke rumah tersebut.

"Sunyi nya. Sayang duduk seorang diri?" Dipandang ke arah isterinya yang membuka tudung. Rambut tu tidak panjang akibat perbuatan nya.

"Ya seorang diri. Ibu dan ayah dah meninggal masa saya sekolah menengah. Semuanya saya usaha sendiri." Katanya dan Mahen terdiam. Perasaan serba salah hadir dalam dirinya.

"Kedai bunga sayang punya?" Fawasya menganguk kepalanya.

"Usaha titik peluh saya sendiri kumpul duit dari umur 16 tahun petang malam kerja sehingga boleh beli kereta dan buka kedai bunga sendiri." Jelasnya dan Mahen agak rasa kagum dengan isterinya yang sangat usaha untuk capai apa yang dia mahukan.

"Hana dan Rin juga tolong" sambung nya yang tak lupakan dua sahabatnya.

"Sayangg" panggil Mahen dan Fawasya bergumam saja. Jejaka tu menyuruhnya untuk duduk di sofa sebelah nya.

Dia hanya akur saja dengan dahi berkerut halus.  Mahen memegang sisi kepala isterinya lalu dicium dahi tu penuh kasih sayang nya. Tergamam Fawasya yang mendapat tindakkan suaminya.

"Abang rindu sangat. Puas abang cari sayang tapi tak jumpa. Nasib baik abang pergi jumpa Hana dengan Rin." Dipeluk erat tubuh kecil isterinya. Pipi tu juga dicium lama sebelum mengusap belakang Fawasya perlahan.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now