BAB 26

4.7K 220 2
                                    

"Sayang taknak balik KL ke?" Soal Mahen dan Fawasya diam seketika.

"Tak tahu lah. Kalau abang ajak Fa balik Fa kena ikut jelah. Tak boleh melawan cakap suami kan?" Mahen tersenyum dan menganguk.

"Bagus isteri abang ni dengar cakap. Hm bertambah sayang lah." Dicium sekilas pipi gebu tu. Fawasya tersenyum manis. Walaupun dia tahu Mahen ada niat jahat tapi dalam masa yang sama dia syukur mendapat belaian seorang suami.

"Kita balik esok ya. Abang pun ada kerja dekat sana." Kata katanya dibalas dengan anggukan oleh si isteri. Fawasya redha jika kalini dia diseksa lagi. Mungkin akan menjadi takdir bahawa dia tidak layak untuk bahagia.

Fawasya memeluk tubuh tegap suaminya dan jantung Mahen berdetak laju. Tangan naik mengusap belakang tu perlahan.

"Kehadiran abang buatkan Fa boleh bertumpang kasih sayang." Pelukkan dibalas lebih erat.

"Kenapa abang tengok sayang sedih ja lepas makan tengah hari tadi? Ada apa apa yang abang tak tahu ke?" Fawasya mengeleng kepalanya tanda tidak dengan menyandarkan kepalanya di dada Mahen. Tangan jejaka tu diambil dan diusap lembut.

"Fa suka tengok abang macam ni." Mahen mengusap rambut isterinya perlahan.

"Pakaian dah kemas ke? Besok pagi dah nak bertolak balik." Fawasya mengangkat kepalanya dan mengeleng.

"Belum lagi. Fa masuk kemas sekejap." Dia bingkas bangun dan mengatur langkah ke arah bilik. Mahen memegang dada nya.

"Aku cintakan dia ke?" Digeleng kepalanya agar menepis perasaan yang kian hadir.  Dia turut bangun masuk ke dalam bilik.

"Eh sayang kenapa ni?" Terkejut dia apabila sebaik gadis tu bangun dia hampir jatuh namun sempat ditahan olehnya.

"Pening sebab bangun terus." Mahen menyentuh dahi dan leher tu tidak panas.

"Sayang okey? Nak pergi klinik tak?" Fawasya segera mengeleng kepalanya tanda tidak perlu.

"Dah biasa macam ni."Mahen mengusap kepala isterinya perlahan dan gadis tu hanya tersenyum saja.

"Dah selesai? Sini tidur." Mahen naik ke atas katil dan ditepuk tepuk bantal itu. Fawasya merangkak naik lalu direbahkan badannya.

"Goodnight sayang abang." Dikucup dahi Fawasya dan dijatuhkan kepala nya di bantal. Tangan menarik pinggang ramping isterinya agar dekat.

PAGI itu mereka berdua bertolak untuk ke KL semula. Fawasya hanya termenung memandang luar tingkap mengenangkan nasib nya setelah ini.

Tanpa sedar air mata mengalir keluar dari tubir mata nya. Dia tersentak apabila ada jari yang menyeka air mata nya.

"Kenapa nangis ni?" Lembut suara Mahen bertanya.

"Ta..tak ada apa. Rindu ibu ja." Tangan kiri Mahen mengusap kepala isterinya perlahan dan jari jemari kanan Fawasya digengam.

"Sayang rest lah ya." Gadis tu menganguk dan kepala dipalingkan ke arah Mahen dan dipejamkan mata nya.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now