BAB 22

5.3K 239 3
                                    

"Rindu nya abang dekat sayang." Gambar isterinya yang sedang lena itu ditatap redup. Dia curi curi snap gambar gadis tu ketika dia sedang nyenyak tidur.

"Mungkin ni balasan abang sebab buat sayang macam tu sekali. Pulanglah sayang abang rindu sangat sangat." Air matanya meluncur laju membasahi pipi. Dia mulai sedar bahawa hati nya sudah terpaut kepada Fawasya.

"Ya Allah sesungguhnya hamba mu rindukan isteri hamba. Sayang tak rindu abang ke?" Dia menangis teresak esak lalu dibawa telefon tu ke dada nya dan dipeluk.

FAWASYA hanya menatap langit malam yang dihiasi bintang. Bibir itu menguntum senyuman nipis.

"Apa abang tengah buat sekarang? Fa rindu abang tapi hati ni masih sakit dan Fa belum bersedia nak jumpa dengan abang." Dihela nafas perlahan dan memandang ke arah padi yang bergerak mengikuti pergerakkan angin.

Telefon ditepi nya dicapai dan galeri dibuka olehnya. Gambar jejaka tu yang duduk di ruang tamu dengan raut wajah yang ketat menghadap laptop ditatap dengan senyuman nipis di bibir.

"Fa minta maaf sebab curi tangkap gambar abang." Keluhan kecil keluar dari mulutnya sekali lagi. Dia bingkas bangun untuk masuk ke dalam rumah.

Mahen mencelikkan matanya dan memandang jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dicapai telefonnya dan dilihat last seen isterinya masih tidak muncul. Gadis tu private kah?.

Dia tidak dapat tidur dengan lelap akibat terlalu rindukan isteri nya. Ingin sekali dia tidur memeluk gadis tu seerat eratnya.

"Jangan buat abang macam ni sayang. Abang rindu sangat sangat. Puas abang cari sayang tapi langsung tak jumpa." Air mata kembali mengalir. Entah kenapa dia menjadi rapuh ketika ni.

Ting.

Mahen tersentak apabila ada mesej yang masuk. Tangan segera mencapai telefonnya. Dia bingkas bangun dan mengosok mata.

Mesej tu tidak dibalas namun rindunya terubat sedikit apabila mendapat satu chat dari isterinya sekurang kurang gadis tu masih memperdulikannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mesej tu tidak dibalas namun rindunya terubat sedikit apabila mendapat satu chat dari isterinya sekurang kurang gadis tu masih memperdulikannya.

Badan kembali direbahkan dan mata yang mengantuk akhirnya perlahan lahan tertutup sebelum hanyut ke dalam mimpi.

Mesej jejaka tu hanya dibaca saja tanpa niat mahu membalas. Dia juga tidak dapat tidur kerana fikirkan si suami. Walaupun Mahen sudah bertindak kejam kepadanya namun di hati masih mempedulikan dia.

PAGI keesokannya Mahen melihat semula mesej tu sama ada isterinya balas atau tidak tapi malangnya mesej tu hanya dibaca saja.

Dia bingkas bangun untuk mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. Sewaktu di dalam office dia merenung siling dengan keadaan kepala didongakkan.

Hana.

Terlintas nama sahabat baik isterinya di fikiran. Pantas dicari telefonnya untuk menelefon mama Masyitah.

"Ma dekat mana kedai bunga Fa?" Setelah dia mendapat tahu dimana kedai bunga itu berada, dia segera bangun keluar untik ke kedai tersebut.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now