BAB 15

6K 252 12
                                    

"Mana kau pergi ni Sya." Tajam mata Mahen mencari gadis tu dan dia ternampak seseorang yang duduk di sebuah bangku dengan keadaan menunduk.

Mahen mencapai payung di seat belakang lalu keluar mendekati isterinya yang menangis disitu.

Tepat Mahen berdiri di hadapan Fawasya. Gadis tu langsung tidak angkat muka. Kepala gadis tu disentuh.

"Sya." Perlahan suara Mahen memanggil.

"Balik jom." Ditolak dagu tu agar pandang dirinya. Berair mata tu menatap dirinya. Dapat dia lihat kesedihan disebalik mata Fawasya.

"K..kenapa a..awak d.. datang si..sini? N..nak seksa saya ke?"  Fawasya mengeleng kepalanya.

"S..saya tak..taknak balik."

"Fawasyayang balik jom. Nanti demam. Balik ya? Tangan tak rawat lagi." Ditarik perlahan tubuh tu dan akhirnya Fawasya akur.

Mahen membaluti tubuh Fawasya dengan jaket nya. Lengan yang luka tu ditutup dengan sampul tangan buat sementara waktu.

MAHEN meletakkan tangan di dahi dan leher Fawasya. Terasa panas saja leher gadis tu. Kemungkinan demam akibat hujan.

"I.. ibu" Mata dicelikkan memandang siling putih. Ditolehkan memandang lengan kirinya yang sudah berbalut.

"Kau bangun tak payah buat lemah sangat. Dalam bilik aku tu ada baju kotor aku nak kau basuh sekejap lagi faham?" Fawasya hanya menganguk saja.

"Bangun lah kau tunggu apa lagi." Dia bingkas bangun secara perlahan lahan akibat lengannya masih sakit.

"Aku taknak kau guna mesin aku nak kau guna tangan. Dah pergi buat." Gadis tu hanya diam dan ikut sahaja apa yang diarahkan.

Disebabkan tangan yang sakit menyukarkan nya untuk membasuh mengunakan tangan. Kenapa lah dia dapat suamin yang complicated melebih perempuan.

"Kau nak tidur dalam tu ke apa?! Ruang tamu kau kena kemas!" Fawasya menghela nafas perlahan.

"Tak reti nak sabar ke?" Tiba tiba pintu tu diterjah dan itu buatkan dia terkejut.

"Kau ulang apa kau cakap tadi betina!" Fawasya mengeleng kepalanya takut. Mahen menarik kasar tubuh tu keluar dari bilik air lalu dibawa ke bilik kosong ruang tamu yang memang dia khaskan tiada apa apa barang.

"Kau memang nak kena kan! Berani kau lawan cakap aku!" Tengking Mahen dan dikeluarkan satu gunting.

"A...apa Mahen nak buat?" Jejaka tu ukir  senyuman sinisnya lalu dicengkam rambut panjang isterinya dan digunting gunting tanpa belas kasihan.

"Cukuppp jangan seksa saya lagi. Tolonglahh !" Rayu Fawasya. Sungguh hatinya sakit apabila rambut yang ia jaga dengan rapi dari sewaktu sekolah menengah malah hancur bergitu saja dan sekarang rambutnya paras bahu nya saja.

"Air mata kau tu hanya sampah bagi aku. Sifat belas kasihan takkan ada dalam diri aku lah!" Jerkah Mahen dan keluar dari bilik tersebut.

Fawasya menangis teresak esak. Sungguh hatinya hancur bila rambutnya dipotong. Disembamkan muka nya di lutut.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now