BAB 31

5.1K 245 9
                                    

"Tak apa lah abang, benda dah nak jadi. Fa pun dah maafkan abang. " Diseka air mata suaminya.

"Fa taknak tengok suami Fa menangis. Abang kekuatan Fa. Bila Fa dekat dengan abang Fa rasa selamat sangat." Mata berair Mahen menatap sayang wajah Fawasya.

"Fa nak kena balik ambil baju ni. Sekejap lago Fa datang balik tau. Fa sayangkan abang sangat sangat." Dia bangun dan memeluk tubuh suaminya. Mahen membalas pelukkan isterinya dan dicium kedua pipi gebu tu.

"Hati hati balik." Entah kenapa hatinya menjadi risau dan tidak mahu melepaskan gengaman tangan Fawasya.

Dilihat gadis tu melangkah keluar dari wad nya. Dia kembali merebahkan badan nya di tilam.

"Aku menyesal ya Allah" dipejam erat matanya dan dihela nafas perlahan.

MAHEN menunggu kedatangan isterinya namun masih tidak mengunjung datang. Hatinya mula menjadi risau dan dilihat jam menunjukkan pukul 10 malam.

"Cepat cepat!" Mahen pandang ke arah luar pintu wad nya. Mata dikecilkan agar memudahkan nya untuk melihat siapa yang terbaring di atas katil tu.

"Sayang!" Mahen turun dari katil dan dengan susah payah dia cabut jarum di tangan kanannya.

"Sayang bangun sayang jangan tinggalkan abang sayang!" Air matanya tumpah untuk sekian kalinya melihat keadaan Fawasya yang tidak sedar dan berlumuran darah di kepala.

"Eh encik tak boleh masuk." Dua orang nurse menahan Mahendra dari masuk ke dalam wad Fawasya.

"Aku nak tengok isteri aku! Tepilah. Sayang!" Dia terduduk lemah di lantai. Tangisan nya pecah disitu dan dia dibantu agar untuk bangun.

DIA termenung di atas katilnya dengan mata yang sembab. Keadaan isterinya tadi benar benar meragut sekeping hatinya.

"Abang nak jumpa sayang."  Sekali lagi air mata nya membasahi pipi. Dia dikejutkan dengan pintu wad dibuka. Ditoleh melihat beberapa orang nurse menolak katil pesakit ke sebelah katil nya.

"Sayang." Mahen turun dari katil dan didekati ke arah isterinya yang belum sedarkan diri.

"Keadaan isteri awak agak teruk. Beberapa serpihan kaca hampir mengenai jantung tapi nasib baik kami sempat keluarkan. Kemungkinan sehari dua isteri awak akan sedar dan di belakang kepalanya kami dah jahit. Luka di bahagian lengan serta lutut sudah kami rawat. Itu sahaja ada apa yang awak hendak tanya?" Soal doktor Kamal.

"Macam mana isteri saya boleh accident doktor?" Mata yang memandang ke arah isterinya kini beralih ke arah Doktor kamal.

"Apa yang saya dapat tahu ada yang sabotaj break kereta isteri kamu dan itu mengakibatkan kereta yang dibawa terbabas." Mahen menganguk kepalanya dan mengucapkan terima kasih.

"Baru sekejap tadi kita berbual sayang. Sekarang sayang dah tidur. Cepat bangun ya sayang nanti abang rindu." Dicium ubun ubun isterinya.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now