BAB 35

5.3K 241 9
                                    

"Sayang" Mahen mencuit pipi gebu tu namun lena gadis tu langsung tidak terganggu. Kening yang tidak gatal digaru.

"Alah cempung jelah." Disebabkan isterinya terlelap di sofa ruang tamu, terpaksalah dia dukung secara bridal style ke bilik.

"Erm abang." Langkah Mahen terhenti dan dia menunduk memandang wajah Fawasya.

"Sayang tidurlah dah lewat ni." Dicium ubun ubun itu dan menyambung langkahnya yang terhenti tadi ke bilik.

Fawasya sudah terlelap di dada nya semula. Terukir senyuman manis di bibir Mahen. Pipi itu diusap lembut.

"Abang sayangkan sayang." Dicium pipi gebu tu dan didakap erat seakan tidak mahu melepaskan isterinya.

AWAL awal pagi lagi sudah bunyi kelentang kelentung di dapur bahawa Fawasya sedang memasak.

Sepasang tangan melingkari perutnya dan hembusab nafas hangat milik suami nya dapat dirasai di telinga.

"Kenapa tak kejutkan abang juga kalau tak boleh abang tolong sama." Fawasya hanya tersenyum sahaja.

"Fa tak sampai hati nak ganggu abang. Nyenyak sangat." Mahen melabuhkan dagu nya di bahu si isteri.

"Nanti abang upah sayang ya sebab sayang buat kerja rumah. Kalau tugas suami isteri yang buat jadi suami wajib upah." Sempat pipi kanan Fawasya dicium sekilas.

"Fa okeyh ja abang.  Lama Fa tak pergi tengok kedai bunga. Rindu pula dekat diorang dua." Dipusingkan badannya untuk meletakkan nasi goreng di atas meja.

"Kalau sayang nak keluar abang boleh hantarkan. Abang risau kalau sayang keluar sendiri." Fawasya mengukir senyuman manisnya.

"Fa tak kesah kalau abang nak hantar. Sayang juga abang dekat Fa ya?" Dijongket keningnya ingin mengusik.

"Isteri, mana tak sayang." Balasnya dan dicedok nasi ke dalam pinggan.

"Tak ada morning kiss ke harini sayang?." Fawasya tergelak kecil dan dicium pipi suami nya. Tersenyum jejaka tu dengan telinga memerah akibat blushing.

"My husband is blushingggg." Usik Fawasya lalu duduk di berhadapan dengan Mahen. Jejaka tu mengemam bibir bila di usik.

"Perlahan lah sikit jangan kuat kuat. Maruah mahal ni nak ganti." Terlepas ketawa Fawasya mendengar kata kata suami nya.

"Spill sikit harga maruah tu." Mahen mengangkat muka memandang wajah putih bersih isteri.

"Seringgit lima kupang." Berderai ketawa Fawasya sekali lagi. Mahen hanya tersenyum melihat isterinya ketawa. Senyuman, ketawa dan tingkah laku isterinya amat berbeza dengan mana mana perempuan dan sekarang dia akui Fawasya amat istimewa untuknya.

"Mahal betul eh maruah diri abang." Perli Fawasya dan mendapat jelingan dari sang suami.

"Sayangg sini duduk atas peha. Jangan lawan." Katanya apabila Fawasya mahu membuka mulut. Nafas dihela perlahan. Nak tak nak dia bangun mendekati Mahen.

"Macam tu lah dengar cakap. Sini sini." Ditarik pinggang ramping Fawasya dan diletakkan tubuh tu di peha.

"Abang nak suap sayang ja bukan apa pun." Fawasya segera membuka mulut menerima suapan dari Mahen.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now