BAB 25

5.4K 225 3
                                    

"Walau apa pun yang jadi abang takkan lepaskan sayang. You are my wife, my everything. Abang sedar abang berdosa, abang khilaf." Pelukkan langsung tidak dilepaskan malah dieratkan lagi bertapa rindunya dia kepada insan bergelar isteri.

Fawasya menyembam mukanya di bahu Mahen dan tangisan nya pecah membuatkan jejaka tu terkejut.

"Sayang kenapa menangis ni?" Bila mendapat tahu isterinya menangis dia tidak sampai hati mahu meleraikan pelukkan nya. Gengaman baju di bahu Mahen dieratkan.

"Shhh sayang. Jangan nangis, abang ada dengan sayang. Abang tahu hati sayang sakit disebabkan abang tapi percaya pada abang kalini yang abang akan buktikan yang abang dah berubah." Dileraikan pelukan nya dan diseka air mata tu dengan lembut.

"Sudah ya? Abang tak nak tengok isteri abang nangis disebabkan abang lagi. Abang 8cintakan awak, Fawasya Zurya." Tubuh tu kembali ditarik ke dalam dakapan. Dikucup pipi gebu itu.

"Susah Fa nak percayakan abang lagi." Hatinya masih ragu ragu untuk menerima Mahen semula. Jejaka tu mengukir senyuman dan kedua pipi tu diusap.

"Tak apa, abang faham. Abang bagi sayang masa okey?" Fawasya menganguk kepalanya.

"Abang lapar? Fa boleh masakkan." Dilihat jejaka tu menganguk.

"Boleh juga dari semalam abang tak makan apa lagi." Dia bingkas bangun mengikuti langkah isterinya ke dapur.

"Kenapa tak makan? Risaukan saya?" Dibuka peti ais untuk ambil bahan mentah. Mahen mengusap belakang tengkuk nya dan diangguk perlahan.

"Bahh"

"Aish sayangg janganlah" Mahen menjauhi isterinya yang memegang ayam tu. Fawasya tersenyum jahat.

"Abang kata abang sayang Fa kan apa kata abang pegang tangan Fa yang dah pegang ayam ni?" Mahen mengeleng kepalanya pantas dan melarikan diri ke arah meja makan.

"Sayang tak mau lah macam ni. Suka sungguh usik orang." Gadis tu menjelirkan lidahnya dan kembali fokus untuk memasak.

Terkejut dia apabila ada pasangan tangan memeluk pinggang. Ditoleh ke tepi memandang wajah Mahen.

"Kenapa tengok abang macam tu? Nak kena cium ke?" Terukir senyuman nakal di bibir merah jejaka itu. Fawasya menjulingkan mata tanda menyampah.

"Dasar miang." Dagu dilabuhkan di atas bahu si isteri. Biarlah dia miang sekalipun kerna itu isterinya.

"Masa sayang chat abang haritu sayang buat apa pukul 4 pagi?" Kendengaran serius suara si suami. Mengecil mata Mahen memandang isterinya.

"Solat tahajud pastu baca novel sampai lah azan subuh berkumandang." Balasnya tenang.

"Tak mengantuk ke?"

"Tengah hari Fa tidur lah lepas siap masak."Mahen menganguk faham. "Kenapa tutup last seen WhatsApp?" Sekali lagi dia bertanya.

"Kantoi stalk orang. Biar abang tak tahu bila Fa online." Bawang merah dikupas olehnya lalu dipotong potong untuk dimasukkan ke dalam blender.

"Macam tahu tahu ja abang stalk last seen." Dicium pipi gebu tu berkali kali lalu digeselkan hidung di pipi Fawasya.

"Kang ada yang kena sumbat bawang kejap lagi." Dipandang geram wajah Mahen dan jejaka tu tersengih.

"Garang isteri abang ni. Last last muah." Setelah dapat mencium pipi tu sekali lagi, dia keluar dari dapur itu untuk ke bilik air.

"MANA BILIK AIR NI SAYANG!!!" Fawasya menepuk dahi nya.

"Belok kiri lah" Mahen mengatur langkah ke arah kiri dan baru lah dia jumpa bilik air. "Aish besar betul rumah ni mau buat padang bola pun seronok." Entah apa yang dia bebelkan ketika masuk dalam bilik air.

FAWASYA yang selesai masak tu segera mencari keberadaan suami nya. Risau pula kalau mamat tu sesat.

"Abang?" Dilihat sekeliling tidak ada sesiapa dan segera keluar. Kemungkinan jejaka itu ada. Mata memandang ke arah suaminya yang sedang bercakap telefon.

"Cish kau ingat aku nak biarkan dia macam tu ja? Bukan Mahendra la kalau nak biarkan hidup dengan tenang. Aku tak kesah apa yang jadi apa yang aku nak aku akan ambil dia balik. Aku taknak kau buka mulut dekat family aku faham?." Setiap apa yang dikatakan didengari oleh Fawasya.

"Abangg jom makan dulu. Tadi lapar kan?" Mahen menoleh ke arah belakang dan mengukir senyuman manisnya. Panggilan ditamatkan lalu diatur langkah masuk ke dalam.

"Sedapnya bau. Tak sabar abang nak rasa ayam masak merah sayang ni." Katanya dan segera melabuhkan pungung. Fawasya hanya tersenyum nipis. Jujur saja hati nya remuk tatkala mendengar perbualan suaminya bersama seseorang.

Benar apa kata hatinya, Mahen tidak berubah malah ni semua hanya kepuraan saja.

"Sedap?" Tanya Fawasya apabila jejaka tu sudah menerima satu suapan. Mahen menganguk kepalanya.

"Sedap sangat sayang. Pandai sayang masak." Gadis tu tersenyum saja dan turut menjamah selera walaupun nafsu makan nya sudah hilang.

"Sayang, ada masalah ke?" Fawasya tersentak dengan teguran suaminya dan mengeleng tanda tiada apa apa.

"Mengantuk sikit ja dah tengah hari kan." Jejaka tu menganguk faham.

"Tak apa sekejap lagi tidur atas peha abang." Ternaik keningnya mendengar kata kata itu.

"Kenapa nak kena tidur atas peha abang pula?" Mahen tersengih. "Alah apa salahnya boleh abang usap kepala sayang." Fawasya tergeleng perlahan.

"Ikut suka abang lah." Mahen menyambung makan nya.

Mata yang mengantuk digosok olehnya. Kepala direbahkan di atas peha suami. Mahen menunduk mengusap rambut Fawasya perlahan.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now