BAB 5

5.3K 249 3
                                    

"Gubahan bunga Aunty Masyitah tu esok kan  nak kena bawa?" Pertanyaan Hana dibalas anggukan oleh Rin.

"Ha ah sebab diorang nak buat pelamin esok jadi kita pun akan join sekali lah." Ujar Fawasya sambil melihat bunga bunga nya.

Tanpa disedari keluhan kecil terbit di bibir Fawasya dan dia ditegur oleh Hana.

"Aku rindu ibu dengan ayah aku ja. Mesti diorang bangga bile tengok aku berjaya macam ni."Hana mengusap bahu sahabatnya perlahan. Rin yang melihat tu turut menyertai.

Fawasya kehilangan orang tua nya di umur 16 tahun akibat kemalanngan jalan raya yang meragut nyawa kedua insan yang dia sayang. Sejak itu dia mula bekerja part time agar dapat sara diri sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Berkat usaha nya di usia 20 tahun dia dapat membuka kedai bunga yang dia impikan dari dahulu lagi. Setelah berginjak umur 22 tahun dia dapat keluarkan sebuah kereta Bezza. Alhamdulillah rezeki ada dimana mana.

"Jangan sedih sedih Fa. Kitorang ada dengan kau. Kitorang taknak lah tengok kau sedih ja nanti kitorang pun ikut sedih sekali. Kuatkan diri okey?" Fawasya tersenyum dan menganguk kepalanya.

"Korang dua lah sahabat aku yang ada waktu aku susah dan senang. Terima kasih sangat sangat." Kepala Rin yang berada di bahu nya diusap perlahan.

"No problem lah. Kita kan dah berkawan dari sekolah menengah lagi. Aku harap sangat persahabatan kita akan kekal walaupun nanti kita akan berumah tangga." Tutut Hana.

"Aku sebak lah kalau macam ni" Rin memuncungkan mulutnya dan mereka bertiga tergelak kecil.

Ting.

Bunyi loceng di pintu masuk membuatkan mereka terpaksa mulakan kerja. Hana segera berdiri di kaunter.

"Ya ada apa yang boleh saya bantu?" Tanya Hana dengan ramah ke arah lelaki dihadapannya sekarang.

"Saya nak beli bunga tulip. Ada?" Hana menganguk kepalanya tanda mempunyai dan menyuruh jejaka tu mengikuti nya.

"Encik boleh pilih nak warna apa dan berapa yang encik mahu." Dapat Hana lihat jejaka tu tampak seperti bingung.

"Saya tak pandai nak pilih pilih ni boleh awak tolong pilihkan? Sebenarnya saya nak pujuk girlfriend saya tapi saya tak pandai." Terlepas ketawa kecil dari bibir Hana.

"Kalau macam tu kita gabung warna pink dengan purple sebab gabungan dua warna ni nampak sepadan. How?" Hana bertanya pendapat dan jejaka tu menganguk menyetujui.

"Boleh juga. Ambil enam ya." Hana segera mengambil enam bunga tu lalu diserahkan kepada Rin untuk dibalut dan diikat.

"Terima kasih encik, datang lagi" Jejaka tu melambaikan tangannya disertai senyuman manis.

"Boyfriend orang memang handsome eh?" Rin mengangkat bahu tidak tahu.

THE DEVIL HUSBAND [C]Where stories live. Discover now