Part 2 - Find 'Her'

294 31 2
                                    

Beijing , China

Bagasi yang berisi segala keperluan ditarik keluar daripada Beijing Capital International Airport menuju ke arah kereta yang telah sedia disewa oleh David semasa dia masih berada di Osaka, Jepun.

Seperti yang telah diarahkan, kelihatan kereta berjenama Honda Envix telah sedia terparkir di tempat letak kereta sejurus sahaja selepas David keluar dari bangunan Airport tersebut.

Tanpa berlengah David terus menuju ke arah kenderaan tersebut sebelum bertindak menghidupkan enjin kereta.

Pendingin hawa dibuka sebelum tangannya lincah menggapai sehelai kertas yang diberikan oleh Travis kepadanya sebelum bertolak tadi.

Senyuman puas terukir.

Maklumat daripada Travis memang tidak pernah mengecewakan.

"Lets start." Bisiknya perlahan sambil tangannya mula memandu Honda Envix.

Tumpuan diberikan sepenuhnya pada jalan raya yang luas dihadapan.

~~~

9 :30 pm

Jam dikerling oleh David sambil tangan masih fokus pada pemanduan.

Jauh lagikah perjalanannya?

David mengeluh seorang diri sambil sebelah tangan mula menggapai maklumat berkaitan lokasi yang hendak dituju.

Keadaan jalan yang tanpa lampu jalan itu sedikit mengganggu dirinya untuk mencari dan mengenalpasti tempat yang tertera pada peta.

Namun,

Riak wajah mula berubah apabila dia mula nampak berdirinya sebuah rumah agam yang mewah yang terlihat tidak jauh darinya.

Tapi, ada yang pelik.

Rumah itu,

Gelap.

Seperti tiada penghuni.

Perasaan sedikit seram dan takut mula menyelubungi diri saat kereta yang dipandu mula mendekati kawasan rumah itu.

Tambahan pula dengan keadaan jalan yang tiada lampu , kawasan yang agak terpencil penuh dengan pokok-pokok hutan dan dengan waktu malamnya lagi.

Akan tetapi David teruskan pemanduan sehingga sampai ke lokasi terletaknya rumah itu.

Kini,

Dirinya betul-betul berada di hadapan pintu pagar utama rumah itu.

Tangan David mula bertindak membuka pintu pagar tersebut.

Pelik...

Pintu itu tidak berkunci.

Langkah mula diatur menuju ke pintu masuk halaman rumah.

Suasana yang gelap dan agak seram menyebabkan David mula berpeluk tubuh sambil kedua tangannya menggosok sisi lengannya dengan tangan kanan dan kiri bersama mata melilau memerhati keadaan sekeliling.

Jauh disudut hati, dia berdoa agar dijauhkan daripada benda-benda yang tidak diingini.

David mula mengamati setiap persekitaran halaman rumah itu dengan penuh teliti.

"Apa yang kamu buat di sini?"

Tidak semena-mena badan David kaku. Jantung mula berdegup kencang.

Siapakah?

Sedetik...

Dua detik...

Perlahan-lahan dia memalingkan wajah melihat figura yang menyapa. Kelihatan seorang lelaki pertengahan umur berbaju T-shirt warna maroon berdiri betul-betul dihadapannya.

David berdehem pendek sejenak sebelum...

"Siapa? Encik siapa?" Soal David hairan.

Nada suara dan riaknya cuba dikawal untuk kelihatan tenang sehabis mungkin. Tangannya yang sudah menggigil kecil disorok.

"Encik okay? Kenapa muka pucat sangat ni?!"

Dang! Sedari awal, bahasa yang digunakan oleh lelaki itu jelas difahami David. Namun tidak pula David ingin mempersoalkannya lebih.

Wajahnya diraup kasar. Soalan itu dibiarkan tanpa balasan.

Pucat sangatkah?

"Maaf kerana sapa encik secara mengejut tadi. Saya pemilik baru rumah ni." Ujar lelaki tersebut.

Serta merta kening David berkerut.

Perasaan takut dan terkejut yang dirasakannya tadi serta merta hilang dan kini digantikan dengan perasaan ingin tahu yang mendalam.

Pemilik baru?

"Apa maksud encik? Pemilik baru? Mana pemilik lama rumah ni?" Soalan bertubi-tubi diberikan oleh David.

Riak lawan bicara di sebelah sana jelas kelihatan agak tersentak dengan perubahan reaksi David yang terlalu drastik saat ini.

"Errrrr..."

"Setahu saya, rumah ini dijual sebab pemilik lama dia jatuh muflis dan rumah ni dilelong. Tapi kalau encik nak tahu detail lagi, itu memang di luar pengetahuan saya. Ni saya datang balik pun sebab saya lupa nak kunci pagar utama tu." Jawab lelaki itu sambil mengarahkan jari telunjuk pada pintu utama halaman rumah.

David diam. Tidak tahu bagaimana untuk beri reaksi.

Sejauh ini dia datang dan ini pula yang terjadi?

Tangan naik menggosok belakang kepalanya. Dia buntu.

Keadaan hening antara mereka sejenak sebelum David kembali melontarkan kata.

"Saya minta diri dulu. Maaf sebab masuk ke sini tanpa kebenaran." Tanpa berlengah David terus mula membuka langkah untuk keluar dari kawasan rumah itu sebelum situasi menjadi lebih canggung.

Hampa.

Itu yang dirasakannya saat ini.

"Encik!"

Panggilan itu menghentikan lamunan serta langkah David sebelum dia bertindak menoleh ke belakang menghadap lelaki tadi.

Keningnya diangkat sambil menayang riak mempersoalkan panggilan tadi.

"Saya baru teringat. Kalau tak silap, pemilik lama rumah ni ada seorang anak perempuan. Tapi, maklumat terakhir yang saya dengar daripada penjual rumah ni sebelum saya beli, anak perempuan dia sudah dibawa lari. Mungkin maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu?"

Mendengarkan hal itu membuatkan David mula menjadi tidak keruan. Perasaan ingin tahu akan keberadaan gadis itu mula membuak-buak.

"Bila lagi semua ni terjadi?"

"Ermm, lebih kurang seminggu? Minggu lepas?"

Cis! Dia terlambatkah?

"Saya minta diri dulu." Ujarnya sambil melangkah keluar daripada kawasan rumah itu begitu sahaja.

Tiada perkara lain yang difikirkannya saat ini melainkan si gadis.

Yang David tahu, dia harus mencari keberadaan gadis itu. Dia sangat yakin pada saat ini gadis itu sangat memerlukan pertolongan daripadanya.

Kali ini biar dia pula yang membantu gadis itu. Walau dengan apa cara sekalipun.

"Wait for me..., I will find you!"

Pedal minyak ditekan laju menuju ke balai polis. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuat report. Setakat itu sahaja yang dia mampu lakukan pada saat ini.

End of flashback

Bersambung...

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now