Part 12 - Prank!

151 19 0
                                    

David menayangkan riak menyampah.

Gadis yang dia bawa balik ni memang sudah tak betul. Boleh pergi hantar hospital mental dah rasanya.

Keluar dari kereta pun masih ada lagi sisa gelak tawanya.

"David, Awak marah ke?" Soal Layla masih dalam nada tawa.

Entah kenapa. Riak dingin David yang menahan cuak dan malu ini menggeletek hati Layla menyebabkan dia tidak boleh berhenti ketawa.

"Tak. Aku tak marah. Kan best dapat gelakkan orang yang ada kisah silam yang menyedihkan macam aku."

Ilai tawa Layla terus mati.

Bukan hal itu yang dia maksudkan dengan gelak tawanya ini.

"David, awak jangan salah faham. Saya tak bermaks-"

Belum sempat Layla menghabiskan kata-katanya, David sudah berlalu pergi meninggalkan dirinya yang terpinga-pinga di belakang. Lobby hotel dituju.

Layla memandang David tidak puas hati.

Merajukkah dia?

Dia mula lari mengejar langkah David yang kelihatan sudah hampir sampai di pintu elevator.

Jelingan maut diberikan khas kepada jejaka itu.

David hanya membalas dengan senyuman sumbing kepada Layla.

~

Pintu bilik David dituju oleh mereka berdua.

David terus meluru ke arah katil yang bersaiz king sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Badan dihempas kasar pada katil yang empuk itu.

Sekali lagi dia menghadap hari yang memenatkan.

"Awak..."

"Hmm?"

Layla yang hanya berdiri tidak jauh darinya itu dipandang pelik.

"Maaf sebab ketawa tak berhentu tadi." Ujar Layla sambil bermain dengan hujung lengan hoodie yang dipakai olehnya.

Tidak semena-mena David tersenyum sinis.

"Kau jangan fikir sangat." Terang David kepada Layla.

"Oh sebelum terlupa, aku dah suruh pekerja hotel ni sediakan beberapa helai baju untuk kau. Mungkin mereka susun dalam bilik tu. " Ujar David seraya menunjuk ke arah satu pintu kecil disebelah bilik mandi dalam keadaan dirinya yang sedang berbaring itu.

"Kau pilihlah baju mana kau nak." Tambah David lagi.

Mata Layla mula bersinar.

Baju baru! Dia pun sudah tidak tahan memakai hoodie besar ini.

Selesa tapi menyiksa pada masa yang sama.

Tanpa berlengah dia terus menuju ke pintu yang ditunjukkan oleh David sementara David hanya memerhati tindakan Layla itu.

Sesekali David menguap. Matanya mulai layu. Katil yang empuk ini seakan membuainya ke alam mimpi.

Tanpa mengambil masa yang lama. Dengkuran halus mula kedengaran.

~~

Layla mengamati semua jenis pakaian yang terdapat dalam bilik itu.

Sememangnya bilik ini hanya dipenuhi dengan pakaian wanita sahaja. Yang penting semuanya cantik!

Si David ni jutawankah?

Rambang mata apabila hendak memilih pakaian yang sesuai dengan dirinya.

Layla termenung sejenak. Kalau dulu macam inilah pakaian memenuhi almari biliknya.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now