Bonus Part - Two

134 18 0
                                    

"Diy..."

"Sweety? Kenapa?"

Layla mencebik seraya menghampiri David yang sedang fokus menekan papan kunci pada komputer riba di ruang meja kerjanya.

"Boleh tak kalau..."

Layla menggigit bibir bawahnya sejenak sebelum menyambung.

"...Kalau saya nak keluar pergi cari kerja?" Ragu-ragu Layla melontarkan persoalan.

David memandang Layla pelik.

"Cari kerja?"

Layla mengangguk perlahan .

"Kenapa nak kerja? Sayakan ada untuk tampung segala keperluan awak? Tak cukup?" Lembut David menyoal.

Layla menggigit bibir bawahnya lagi.

Tipulah kalau dia kata tidak cukup dengan segala yang diberikan David kepadanya sepanjang hampir setahun bergelar isteri kepada jejaka itu.

Boleh dikatakan semua keperluan Layla sudah mencukupi bahkan sudah melebihi segalanya.

Manakan tidak, segala perkara yang diperlukan tidak kiralah secara material ataupun tidak, sememangnya sempurna diberikan kepadanya.

Tapi...

"Saya bosanlah asyik terperap dalam rumah macam ni."

Layla menghela nafas.

"Lagipun, saya nak juga merasa guna duit sendiri untuk dapatkan sesuatu yang saya nak."

David menahan tawa melihat wajah redup Layla yang sedang mengeluh.

"Bolehlah..." Layla mengelipkan mata beberapa kali sambil membuat riak muka untuk meraih simpati daripada David.

David berdehem seraya menggosok hidungnya, menahan tawa yang pada bila-bila masa sahaja akan terletus.

Wajah gadis itu ditatap penuh cinta.

"Sure nak kerja?"

Layla mengangguk laju beberapa kali dengan mata yang bersinar.

"Kerja dengan saya."

Layla mengerutkan kening.

"Apa maksud awak?"

David tergelak kecil.

Bahu miliknya ditepuk beberapa kali.

"Ni..."

Layla memandang David hairan.

"Tolong urutkan." Ujar David bersama senyuman nakal.

Pukk!

"Aduh! Sakitlah!" Keluh David sambil mengusap bahunya yang dipukul oleh Layla.

"Padan muka! Saya tengah serius boleh pula awak ajak bergurau."

David mencebik.

"Macam mana? Boleh tak kalau saya nak kerja?"

David mengernyitkan mata ke arah Layla sebelum tangan bertindak mengalih komputer riba miliknya menjauh.

Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada gadis yang sedang bersandar elok disisinya.

Riak seakan sedang berfikir diberikan kepada Layla yang jelas kelihatan sedang menunggu jawapan daripadanya.

"Saya tak ada masalah kalau awak nak kerja. Itu pilihan awak Sweety. Tapi..."

Layla merenung wajah David, menunggu jejaka itu menghabiskan kata-katanya.

"Saya lagi selesa kalau awak cuma stay macam ni. Uruskan hal rumah kita, sentiasa ada untuk layan kerenah saya, jaga keperluan kita secukupnya."

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now