Part 21 - Park

140 18 0
                                    

"Kita dah sampai!" Ujar Raysha sambil melangkah membuka pintu pagar utama rumah miliknya dan Asahi.

Layla memandang rumah banglo dihadapannya dengan pandangan tidak percaya.

"De-dekatnya.."

"Yelah. Buat apa jauh-jauh. Nanti susah nak pergi lepak rumah David." Sengih Raysha ke arah Layla yang masih tergamam.

"Patutlah awak selamba ajak saya naik basikal. Beza jarak rumah ni dengan rumah David tu empat buah rumah je."

Raysha yang sedia tersengih itu dipandang.

"Sudah sudah. Tak payah nak terkejut sangat. Mari masuk tolong aku kemas."

Layla hanya menuruti langkah Raysha yang sudah masuk ke dalam rumah.

"Ambik vakum ni. Aku nak kemas bilik. Kau vakum je ruang tamu bersih-bersih. Kalau ada masalah kau settle sendiri."

"Mana ruang yang kotor?" Soal Layla dengan terkebil-kebil menyambut huluran daripada Raysha.

Ruangan di dalam rumah yang bertemakan vintage dan retro itu diteliti satu persatu. Keadaan bersih dan kemas sahaja yang menyapa pandangan Layla.

"Kau tahu. Walaupun kau tengok rumah macam dah bersih. Tapi kalau Asahi yang masuk tengok ni confirm dia tak senang duduk. Dia tak boleh dengan habuk-habuk."

"Jadi, aku sebagai isteri yang prihatin dan penyayang ni kenalah rajinkan diri untuk kemas-kemas, sapu-sapu, cuci-cuci sana sini haa." Terang Raysha panjang lebar dan dibalas anggukkan oleh Layla.

"Kalau sesetengah orang, mesti dah ambil orang gaji. Tak pun upah orang untuk bersihkan sekali sekala." Seloroh Layla bersahaja.

"Kami ada bincang jugak pasal tu, tapi Asahi cakap tak payah. Membazir je. Lagipun aku dengan dia jarang balik sini sebab selalu duduk rumah David."

Sekali lagi Layla mengangguk faham.

"Kau bersihkan dekat sini tau." Ujar Raysha seraya masuk ke dalam bilik mengemas disitu.

Tanpa membuang masa , Layla mula melakukan kerja pembersihan seperti yanh dipinta Raysha.

~~~~

"Macam mana? Lulus tak?" Soal David apabila Asahi melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.

"Tak-..."

David meraup wajah bersama riak kecewa.

"Aku dah cakap, kalau kita-"

"Tak-...kan tak lulus. Projek luar biasa macam ni jarang orang nak tolaklah! Projek kita diluluskan. Mereka terima! Ramai yang nak kongsi syer saham dengan syarikat kita. Kita berjaya David!"

"Kau serius?"

Asahi mengangguk laju.

Serta merta David tersenyum lebar.

Akhirnya, setelah beberapa bulan dia bersama team kerjanya mengerah idea dan tenaga.

"Jom celebrate malam ni? Kita pergi jalan-jalan!"

Serta merta senyuman David memudar.

"Banyaklah kau nak celebrate." Tolak David acuh tak acuh.

"Aaa jomlah! Bukan selalu projek besar kita nak diterima macam ni. Alang-alang tu boleh kita luangkan masa sama-sama! Sudah lima hari kita asyik sibuk fokus dengan kerja..."

David berpeluk tubuh bersama wajah tanpa riak memandang Asahi yang sedang mencebik minta dihempuk.

"...Kesian Love aku." Muncung Asahi bersama muka sedih yang dibuat-buat.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now