Part 28 - Fix

125 18 0
                                    

Travis melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik David.

Raysha yang sedang menghidangkan makanan di dapur mula tergesa-gesa mendapatkan Travis.

"Travis! Kau pergi mana semalam? Sudahlah masuk rumah mengejut macam ni." Soal Raysha

"David mana?" Soal Travis menepis soalan yang ditanya Raysha.

"Dalam bilik. Kau jangan ganggu. Bagi dia masa." Balas Raysha.

" Tak boleh! Jangan biarkan David macam tu." Ujar Travis.

"Semalam dia menangis teruk gila. Aku rasa kita tak boleh sentuh lagi pasal perkara ni dalam masa yang terdekat." Tambah Asahi yang baru keluar daripada biliknya.

Travis mendengus kasar.

"Bak sini kunci bilik dia!"

"Macam mana kau tahu yang dia kunci bilik? Aku tak ada bagitahu pula."

Raysha hairan namun tangan mula mencapai kunci bilik milik David lalu dihulurkan kepada Travis.

"Masa aku mula-mula kenal dia dulu, macam inilah dia. Aku takkan beri peluang langsung untuk dia jadi macam dulu balik!" Jelas Travis seraya membuka pintu bilik David.

Seperti yang dijangkakan.

David sedang elok tertidur seperti tiada masalah yang berlaku.

"Nampak? David bukan jenis yang suka tidur lama-lama macam ni. Dia akan tidur macam ni-.."

" ..untuk elak daripada selesaikan masalah!" Serentak Asahi dan Raysha menyambung.

"Tengok! Korang pun dah tahu benda ni."

Travis mula mendekati David yang sedang terlena bersama sisa air mata yang sudah kering pada wajah jejaka itu.

"David!" Panggil Travis seraya bertindak menarik comforter yang menutupi badan David sehingga mengejutkan jejaka itu daripada tidurnya.

"Jangan ganggu aku!" David berdecih bersama wajah diraup kasar.

"Kali ini kau nak tidur sampai bila pula?! Tolong jangan jadi pengecut yang tahu nak lari daripada masalah saja!"

"Travis..." Tegur Raysha apabila menyedari Travis agak keterlaluan.

David hanya diam seraya bangun lalu berjalan ingin keluar dari bilik tanpa menghiraukan Travis.

"Kau jangan nak lari David! Mr Xuan dah bawa Layla pergi Beijing! Pegawai polis kat sana dah update pada aku tadi."

Langkah David terhenti.

"Habistu kau nak aku buat apa?" Soal David seakan tidak kisah akan hal itu.

Namun, dalam hati Tuhan sahaja yang tahu betapa dia risau akan keadaan gadis itu.

Akan tetapi, ego menguasai diri sepenuhnya saat ini.

"Kau tolong fikir guna akal David! Jangan ikut perasaan!" Bentak Travis.

"Jangan sebab keputusan kau sekarang akan merosakkan kehidupan kau untuk kali kedua." Tambah Travis lagi.

Raysha dan Asahi hanya diam memerhati.

Dalam situasi begini, hanya Travis yang dapat membantu David.

"Hidup aku dah musnah untuk kedua kalinya selepas terbukti yang Layla itu anak kepada pembunuh ibu bapa aku!" David menghembuskan nafas berat.

"Ayah dia bunuh dua manusia yang paling bermakna dalam hidup aku Travis.." Luruh David menuturkan ayat itu.

Travis tersenyum sinis seraya mendekati David.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now