Part 17 - Honest

152 19 6
                                    

" Wahhh cantiknya! "

Kata-kata David terhenti apabila mendengar suara yang tidak asing baginya mula menerjah halwa telinga.

Dapat dilihat dua sosok tubuh menghampiri dirinya dan Layla.

"Love, bertenang. Jangan main terkam orang macam tu. Terkejut dia nanti." Tegur Asahi yang berada di belakang seorang gadis yang bertindak meluru ke arah Layla itu.

"Ini ke dia David?!" Soalan terus diajukan kepada David tanpa menghiraukan teguran daripada Asahi.

Sekali lagi Layla kebingungan sambil memandang David yang membalas pertanyaan figura yang langsung tidak dikenali olehnya itu dengan anggukan kecil.

Siapa pula gadis yang sedang memegang kemas bahunya ini?

"A-awak siapa? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Soal Layla canggung.

"Mestilah tak pernah. Tapi aku kenal kau! Kau Layla-kan?"

"Err... Tapi- "

"Cantiknya kau! Patutlah selama ini David tak pernah berminat langsung untuk pandang perempuan lain."

"Apa maksud-"

David mula berdehem kuat dalam panik.

Masaklah David! Kenapalah mulut bini si Asahi ini celupar sangat malam ni?!

Isyarat mata diberikan kepada Asahi.

Seakan memahami maksud David, Asahi laju mendapatkan tubuh sang isteri.

"Love! Air tadi awak dah letak gula ke belum?! Saya rasa macam kita belum letaklah. Jom pergi check sama-sama." Ucap Asahi sambil meleraikan pegangan gadis itu pada bahu Layla lalu masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa.

Layla terpinga-pinga dengan situasi itu.

Ada perkara yang dia tidak tahukah?

Kenapa dirinya terasa seperti tidak asing pada orang-orang yang baru sahaja dia temui malam ini?

Wajah David dipandang meminta penjelasan.

David beriak cuak.

"Err tu isteri Asahi. Raysha nama dia." Jelas David bersama senyuman kekok.

Namun, bukan jawapan itu yang Layla mahu dengar.

"Awak ada sorok sesuatu daripada saya ke David? Tadi Asahi, sekarang isteri dia pulak yang tegur saya macam dah lama kenal."

David semakin cuak!

Asahi tolong!

"Emm aku..." Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.

" Eh d-diorang...."

"Emmm... Oh haa! K-kan kau pernah t-tolong aku dulu.... "

" Errr..."

" Jadi diorang tahulah pasal kau sebab kau pernah tolong aku." Tersekat-sekat David menyusun ayat.

"David, tolong jujur! Situasi macam ni buatkan saya tertanya-tanyalah." Cebik Layla.

"Orang dekat luar tu, memang tak nak masuk makan?! Penat bini aku masak ni! " Teriak Asahi dari dalam rumah.

" Coming! " Laju David membalas sambil meluru masuk ke dalam rumah meninggalkan Layla sendirian di luar.

~~~

"Malam ni saya nak tidur dengan Layla! Awak pergilah tidur dengan David tu. Diakan lagi penting dari saya!"

Asahi mencebik. Bini merajuk dengan kita!

"Kau tolonglah aku pujuk Ray." Bisik Asahi kepada David yang berdiri disebelahnya.

Forever Mine [Junkyu]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ