Part 24 - Reunion

135 20 0
                                    

Raysha menghidupkan lilin yang terletak elok di atas kek menggunakan pemetik api sebaik sahaja melihat Layla mula menghampiri bersama dulang yang berisi air di dalam jag.

"Lambat lagi ke dia nak sampai?" Soal David kepada Asahi.

Sedari tadi mereka berempat hanya duduk dihadapan makanan yang terhidang di meja ruang tamu itu menunggu tetamu istimewa yang dikatakan Asahi.

"Entahlah aku. Tadi cakap dah nak sampai. Lewat dah kalau diikutkan."

"Love, tak cuba call dia?"

Serentak Asahi berkata demikian, ngauman daripada enjin motor dari luar mula kedengaran.

"Macam kenal bunyi enjin motor." David meneka.

Tiba-tiba pintu rumah yang tidak berkunci itu dibuka dari luar dengan mengejut mengkagetkan semua penghuni di dalam.

Serta merta pandangan dialih pada pintu utama dan terpacullah figura yang bertubuh tinggi lampai bersama topi keledar yang masih terletak elok dikepala.

Layla terpinga-pinga melihat Raysha, Asahi dan David mula mengukirkan senyuman melihat figura itu.

"Hoi! Makin tinggi kau eh!" Asahi bingkas bangun dan meluru ke arah figura yang sedang membetulkan rambut yang sedikit kusut.

"Kau tukar warna rambut? Warna hitam tu cantik dah. Nampak macam budak baik. Buat warna navy grey ni nampak macam bad guy." Tegur Raysha pula bersama senyuman.

David yang sedari tadi diam turut bangun dari duduknya menuju ke arah Asahi.

"Kau ride dari Fukuoka Travis?" David menyoal.

Figura yang bernama Travis itu memandang ke arah David lalu mencebik bersama anggukan.

"Sakit woi belakang aku seharian atas motor."

"Hmm kesian. Aku suruh naik flight tak nak." Ejek Asahi.

Travis menayang riak penuh penyesalan.

"Sudah, mari duduk. Dari tadi lagi kitorang tunggu kau. Pizza pun dah sejuk."

Usai Asahi berkata demikian, ketiga-tiga jejaka itu melangkah ke arah meja.

"Wah! Kita ada ahli baru nampak!" Teriak Travis tatkala menangkap satu sosok anggun yang agak asing pada pandangannya.

Layla tersentak.

Pak!

"Aduh! Sakitlah gila!" Travis mengaduh apabila kepalanya dihempuk kasar oleh David.

"Padan muka. Terkejut member kau sergah macam tu." Ujar Raysha sambil menepuk bahu Layla perlahan.

"Kau kena terbiasa dengan suara dia yang macam speaker ni Layla." Tambah Asahi.

Travis mencebik.

"Jadi kaulah gadis pujaan hati David hm? Cik Layla Naira. Am I right David?" Usik Travis bersama senyuman nakal sambil melabuhkan punggung di atas kerusi diikuti David dan Asahi.

Pak!

Kali ini bahu Travis pula yang menjadi mangsa hempukan David.

"Kau dah kenapa main hempuk-hempuk orang!" Sekali lagi Travis mencebik sambil menggosok bahunya.

"Sudah. Lebih baik kita makan sekarang. Sebelum aku ngap korang berdua." Ujar Asahi yang sedari tadi memerhati.

"Kau sepatutnya berterima kasih dengan aku. Tanpa aku, kau takkan dapat jumpa balik dengan si David ni." Ujar Travis seraya menghadiahkan riak penuh bangga kepada Layla.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now