Part 7 - Don't cry

205 26 1
                                    

Suasana di ruang meja makan dalam bilik itu hanya ditemani bunyi kunyahan dan sudu garfu yang saling berlaga yang datang daripada David dan Layla.

Kedua-duanya saling tidak mengeluarkan kata-kata ataupun soalan .

"Uhuk! Uhuk! "

David membunyikan batuk palsu apabila sedar dirinya tidak selesa dengan pandangan yang diberikan oleh gadis dihadapannya ini sedari tadi .

Sehelai tisu yang berada tidak jauh darinya itu dicapai.

Manakala di posisi lain pula,

Sepasang anak mata tajam milik Layla tidak berhenti memandang jejaka di hadapannya ini.

Wajah jejaka itu, sangat tidak asing baginya.

Satu-satu ciri yang ada pada wajah jejaka itu diteliti .

Mata yang sedikit sepet tetapi bundar, hidungnya pula yang mancung serta...

"Stop Layla Naira! Kau dah kenapa?!"

Akibat tersentak dengan monolognya itu menyebabkan Layla sedikit tersedak.

David yang melihat situasi itu tanpa berlengah menyuakan segelas air kepada Layla.

David memperbetulkan posisi duduknya sedikit sebaik sahaja melihat gadis itu sudah kelihatan tenang.

Rasanya situasi sekarang sudah sesuai untuknya membuka bicara bersama gadis ini.

"Kau..."

"Teri-..."

Serentak kedua-duanya membuka bicara.

David menganggukkan sedikit kepalanya serta memberi isyarat tangan kepada gadis itu untuk dia menghabiskan dulu bicaranya.

"T-terima kasih." Ujar Layla perlahan.

David hanya membalas dengan anggukan sebelum mula menyambung bicaranya yang tergendala tadi.

"Apa yang jadi pada kau semalam? Boleh terangkan?" Soal David perlahan sambil memberi riak muka yang sedikit tegang.

David sangat-sangat memerlukan penjelasan daripada gadis ini bagi memudahkan dia memikirkan tindakan yang harus dibuat seterusnya.

Soalan yang ditanya oleh David telah menghilangkan segala persoalan yang bermain di minda Layla saat ini pada jejaka dihadapannya itu.

Jadi dia telah berjaya melarikan diri dan jejaka inilah yang telah menyelamatkannya.

Namun, tidak semena-mena Layla terdiam.

Lidahnya menjadi kelu untuk menjawab soalan itu.

Entah bagaimana cara untuk dia menjelaskan situasinya saat ini.

Perlahan-lahan ingatan berkaitan perkara buruk yang menimpanya itu bermain di minda.

Tanpa disedari tubir mata mula bertakung untuk kedua kalinya.

Esakkan tangis yang perlahan mula kedengaran.

David yang melihat situasi tersebut mula tidak senang duduk.

"Kau kenapa?" Pujuknya perlahan penuh kekok.

Tak pasal-pasal buat orang menangis pagi-pagi begini.

Namun, esakan tangis Layla menjadi semakin kuat. Dia sudah tidak mampu untuk menahannya lagi.

Menangis tak bermakna kita lemahkan?

David mula cuak. Sungguh dia buntu untuk bertindak.

Beberapa helai tisu diambil dan disuakan pada gadis itu.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now