Part 38 - Past

115 16 0
                                    

Seoul, Korea.

"Wahhh! Besar gila mansion ini."

Travis meluru masuk ke dalam Mansion ala tradisional mix modern itu dengan tergesa-gesa.

"Bilik vip aku punya!" Laju David meluru mengejar langkah Travis.

"Sahi, awak okay tak ni?"

Layla dan Raysha saling berpandangan antara satu sama lain apabila melihat muka Asahi yang sedikit pucat.

"Sahi okaylah Love. Mabuk naik flight saja. Jangan risau. Mari masuk! Sejuklah dekat luar." Ujar Asahi lantas menapak masuk ke dalam.

Raysha mengerutkan kening miliknya.

"Kau sejuk Layla?"

Layla menggeleng.

"Aku pun tak adalah rasa sejuk sangat. Kenapa Sahi cakap dia sejuk?"

"Mungkin sebab dia tak pakai jacket?" Layla cuba meneka.

"Hmm Mungkin. Husband aku demam ke?"

Layla mengangkat bahu.

~

"Staff kita bermalam di mana David?" Soal Asahi lemah.

"Entah. Aku hanya sponsor ticket pergi dan balik. Bab penempatan aku tak tahu pula. Mereka manage sendiri tempat tinggal."

Asahi hanya mengangguk faham.

"Jangan risau. Malam event tu mereka akan datang seperti mana yang sudah tertera dalam schedule kita. Tak payah fikir sangat." Tambah David lagi.

Namun, suara milik David mula kedengaran seakan tenggelam timbul pada halwa telinga Asahi.

Pandangannya mula menjadi samar-samar.

Travis yang kebetulan lalu di situ lantas mendapatkan tubuh Asahi yang hampir terkulai layu jatuh ke lantai merapat pada badannya.

"Kenapa ni? Kau nampak macam tak sihat."

Kepala Asahi mula dihentak rasa pening yang mencengkam.

Suara Travis juga kedengaran tenggelam timbul pada halwa telinga Asahi.

"Sahi!"

Pandangan Asahi semakin kabur memerhati figura Raysha yang meluru laju ke arahnya.

"Asahi!" David mula meluru mendapatkan tubuh Asahi yang terkulai layu pada pegangan Travis.

"Bawa dia ke bilik." Arah Layla.

David dan Travis hanya akur.

"Kenapa dengan Asahi, Ray?"

"Aku pun tak tahu. Bila ditanya, dia cakap okay je. Tapi.."

"Nak call doktor tak?"

"T-tak perlu.." ujar Asahi dalam keadaan yang separa sedar.

Semua mata memandang ke arah Asahi yang cuba untuk bangun. Namun laju dihalang oleh David.

"Keadaan kau macam teruk Asahi. Kita pergi hospital." David cuba memujuk.

"Tak payah. Aku sihat saja. Lagipun kita ada event nanti. Kalau aku kena tahan dalam wad macam mana? Takkanlah aku tak join."

"No! Sahi, event lagi penting daripada kesihatan awak ke?"

"Love, Please. Selepas event tu settle, Sahi pergi hospital." Tegas Asahi menolak.

Raysha menghela nafas berat.

"Korang bincanglah elok-elok. Aku dengan yang lain keluar dulu." David mula memberi isyarat kepada Travis dan Layla untuk keluar meninggalkan Asahi dan Raysha bersendirian.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now