Part 22 - Celebration

129 18 0
                                    

"Surprise!"

Sergahan daripada Asahi mengejutkan Raysha dan Layla serentak.

Nasib baik basikal dah terparking elok di dalam garaj. Kalau tidak, mahunya terbalik basikal nanti.

"Love! Rindunya! Lama tak tengok awak waktu petang macam ni." Asahi meluru ke arah Raysha dengan tangan yang didepa minta dipeluk.

"Apa ni main sergah orang macam tu. Dengan tak pakai seliparnya keluar rumah." Raysha menggelengkan kepala dengan gelagat Asahi yang datang memeluknya dengan hanya berkaki ayam.

"Biarlah. Bukannya kotor. Lantai halaman ni mosaickan. Yang penting dapat peluk cepat-cepat macam ni. Rindu tahu tak. Sejak dua menjak ni kita cuma ada masa untuk jumpa pagi dengan malam je." Cebik Asahi mengeratkan pelukan pada Raysha.

Layla yang melihat gelagat pasangan yang sedang berpelukan itu hanya tersenyum kekok.

Kaki perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam rumah.

"Kenapa? Saya nampak lain ke kalau pagi, petang dan malam pada mata awak?" Soal Raysha melonggarkan pelukkan daripada Asahi.

Laju Asahi menggeleng.

"Love, awak sentiasa cantik dimata saya. Sebab tu saya nak tengok awak setiap masa... Sebab ketiga-tiga waktu tu menyerlahkan seri awak dalam sisi yang berbeza. Macam sekarang! Awak nampak cute sangat!"

Tenang Asahi berujar dalam senyuman menggodanya sambil mencubit kedua-dua belah pipi milik Raysha membuatkan gadis itu tersipu malu.

Dada Asahi dipukul perlahan.

"Mengarutlah." cebik Raysha dalam senyuman. Dalam hati dah berbunga-bunga kena puji.

"Kenapa balik awal harini?" Soal Raysha sambil berjalan masuk ke dalam rumah bersama tangan yang dipimpin Asahi.

"Awak takkan percaya punya Love. Tahu tak, David bagi semua staff balik awal harini, dan yang lagi bestnya... esok kitorang cuti!"

"Serius? Jadi kita boleh pergi dating lagi!" Hampir terlompat gembira Raysha mendengar penerangan daripada Asahi.

"Cuti sehari je. Bukannya lama." Potong David selamba.

Raysha dan Asahi yang baru sahaja menapak masuk ke dalam rumah tersentak.

Padangan dihala kepada David yang berjalan dengan bersahaja bersama segelas air di tangan dari arah dapur.

"Sehari tu dah lebih dari cukup. Kau apa tahu." Ujar Raysha.

David mencebik dingin.

Layla dilihat hanya melemparkan pandangan kepadanya sekilas tatkala mereka saling berjalan melepasi antara satu sama lain.

"Kau pergi mana tadi dengan Layla? Ambil basikal aku tak mintak." Soal David kepada Raysha.

Layla hanya mengambil tempat duduk di atas sofa dengan tenang. Berlagak seakan langsung tidak terkesan dengan soalan David, padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa cuaknya dia.

"Pergi jenguk rumah. Pastu jalan-jalan area taman permainan kejap." Jelas Raysha ringkas dan padat.

David mengangguk seraya turut mengambil tempat duduk berhadapan dengan Layla di ruang tamu.

"Macam mana keadaan rumah kita Love?"

"Macam mana apanya? Macam itulah. Balik sapu habuk-habuk. Pastu lap mana yang patut." Sengih Raysha.

Asahi tersenyum.

"Mesti penatkan? Kesiannya dia." Tutur Asahi sambil membelai lembut kepala isterinya dengan wajah yang dicomelkan.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now