Part 4 - Save me

221 30 0
                                    

Kereta yang dinaiki mula bergerak keluar dari tempat di mana Layla dikurung.

Matanya yang terpejam itu sekejap dibuka untuk meneliti arah jalan yang digunakan bagi memudahkan Layla memulakan rancangannya untuk melepaskan diri.

Keadaan dirinya yang berada di bahagian tengah antara kedua-dua lelaki yang bertubuh tegap ini agak menyukarkannya untuk bertindak membuka ikatan tali di pergelangan tangan.

Perasaan takut dan risau mula menyelubungi dirinya saat ini.

Bagaimana kalau dia tidak berhasil melepaskan diri?

Apakah nasib seterusnya yang akan menimpa dirinya?

"Singgah tandas depan tu sekejap."

"Tak boleh, bos arah kita untuk hantar perempuan tu terus ke Kelab Malam. Tak boleh sesuka hati nak singgah. Lewat pula nanti. Kita dah janji untuk sampai sebelum pukul 12 malam."

"Kejap je. Lagipun perempuan ni tak sedarkan dirikan. Kau nak risau apa?"

"Hah yelah. Cepat sikit!"

Dapat dirasakan kereta yang dinaiki mula berhenti.

Inilah masanya!

Satu-satunya peluang yang dia ada untuk selamatkan diri!

Tapi bagaimana?

"Cepat fikir Layla!!! Cepat!!"

Degupan jantungnya mula berdegup kencang.

Gemuruh,

Takut.

Pintu kereta bahagian belakang sebelah kanannya dibuka menandakan seseorang telahpun keluar dari kenderaan.

Namun, Layla masih buntu untuk bertindak disebabkan masih ada lagi seorang lelaki disebelah kirinya.

Kalau dia bertindak sekarang memang keadaan akan menjadi lebih keruh dan rancangan untuk melarikan diri akan sepenuhnya hancur begitu sahaja.

" Zheng, keluar tengokkan tayar. Macam kurang angin."

Dang!

Arahan yang keluar daripada mulut lelaki yang berada pada seat pemandu kepada lelaki yang bernama 'Zheng' disebelahnya ini bagaikan menghilangkan segala beban yang ada dalam fikiran Layla untuk menyelamatkan diri.

Kini, dia tidak boleh ragu-ragu lagi.

Dia perlu bertindak!

Sekarang!

Tanpa disedari oleh lelaki- lelaki itu, tangan Layla yang diikat itu sudah terletak elok di bahagian pembuka pintu kereta.

Dia mesti membuka pintu kereta itu serentak dengan lelaki yang bernama Zheng tadi.

Mata dibuka sedikit untuk memastikan lelaki yang pergi ke tandas tadi belum datang. Selepas ini dia hanya perlu lari sepantas yang dia mampu.

Kau boleh buat Layla!

Plakk!

Pintu berjaya dibuka! Sememangnya serentak walaupun mungkin dia terlambat sedikit. Namun tiada yang perasaan.

Matanya dibuka sedikit untuk memerhati keadaan sebelum ...

Bukkk!

Dengan sedikit tolakan menggunakan kaki kanan pada pintu belakang bahagian kanan kereta itu cukup membuat ketiga-tiga lelaki itu terkejut.

Layla mula kaget!

Bagaimana ketiga-tiga lelaki tu boleh muncul serentak?!

Tanpa berlengah, Layla membuka langkah dan melarikan dirinya sepantas yang dia mampu sambil membuka ikatan yang diikat pada pergelangan tangannya itu.

"Woi!!!"

Teriakan lelaki yang baru sahaja keluar daripada tandas itu tidak dihiraukan olehnya.

Ikatan berjaya dilepaskan. Layla menoleh ke belakang untuk melihat keadaan ketiga-tiga lelaki tadi.

Ya!

Sememangnya dirinya sedang dikejar. Seorang berlari dan lagi dua orang menggunakan kereta.

Habislah! Dia akan tertangkap.

Lorong kecil yang gelap di antara bangunan-bangunan yang tinggi itu dituju olehnya selaju yang mampu menggunakan segala kudrat yang dia ada.

Tercungap-cungap Layla mengatur pernafasan. Badannya mula menggigil ketakutan.

Namun, lelaki yang berlari dibelakangnya sudah tidak kelihatan.

Sudah menaiki kereta barangkali. Yang Layla tahu dia mesti menyorok!

Berlari memang tidak akan menyelamatkannya.

Situasi lorong yang gelap dan keadaan pakaiannya yang berwarna hitam semestinya akan menyukarkan lelaki-lelaki tadi menjejakinya.

Larian dilajukan apabila terlihat satu tong sampah yang besar berada tidak jauh darinya dengan pandangan yang samar-samar.

"Di sana!" Desisnya perlahan dalam keadaan tercungap-cungap.

Baginya tempat paling selamat setakat ini adalah menyorokkan diri berdekatan tong sampah. Tiada tempat lain lagi.

Debaran semakin dirasai dan kali ini debaran itu datang bersama-sama kepala yang mulai berpusing.

Pandangan semakin samar namun dirinya dapat digagahkan lagi.

Nafas diatur agar dia dapat bertenang. Mata mulai berat seakan ada batu di atas kelopak mata sehingga memaksanya untuk tertutup.

Ini semestinya kesan daripada ubat pada kain yang ditekap pada bahagian mulut dan hidungnya tadi.

Bunyi deruan dua buah enjin kereta yang yang hampir berlanggaran menyentakkan Layla.

Salah satu daripada kereta itu semestinya kereta lelaki yang mengejarnya tadi. Tapi yang sebuah lagi!

Peluang untuknya meminta bantuan!

Dengan kepala yang mulai berpusing serta pandangan yang kabur, Layla gagahkan diri mengatur langkah menuju ke arah kereta yang dilihat  berhenti mungkin disebabkan perlanggaran yang hampir berlaku tadi.

Keadaan dirinya yang lemah menyebabkan dia tersadung dan badannya terhentak sedikit pada bahagian luar kereta.

Satu sosok dalam keadaan marah dan seakan sedang berleter mula menghiasi pandangan.

Entah mengapa.

Dirinya berasa selamat dengan hanya memandang figura yang berada di dalam kereta itu.

Tokk tokk

Tangannya bertindak mengetuk cermin kereta, mengharapkan si dia akan membuka pintu dan membenarkan dirinya masuk ke dalam.

Sebaliknya, jejaka itu hanya terdiam kaku dan memandang Layla dengan tatapan yang sukar ditafsir olehnya.

Badan Layla mula menggigil lemah. Dengan segala kudrat dan kesedaran yang masih tersisa...

"T-to tolong s-sa ya."  Ujar Layla lemah sebelum badannya rebah ditelan kegelapan.

Saat ini, dia hanya berserah dengan apa sahaja takdir yang akan berlaku dan bakal menimpa dirinya.

Bersambung...

Forever Mine [Junkyu]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang