Part 8 - It's you

169 24 0
                                    

Kereta Honda Envix yang dipandu mula memasuki perkarangan tempat letak kereta ibu pejabat polis.

Layla yang sedari tadi diam kini mulai penuh dengan keringat dingin.

Figura si dia yang sudah keluar dari perut kereta dihantar melalui pandangan sedangkan dirinya masih lagi berada pada seat penumpang di sebelah.

Langsung tidak berganjak.

Entah mengapa dirinya sungguh gugup. Jantungnya terasa bagai hendak terkeluar.

"Jom?" Ajak David seraya membuka pintu kereta pada seat yang menempatkan si gadis acuh tak acuh.

Namun, ajakkan daripada David langsung tidak dihiraukan oleh Layla.

Sungguh dirinya takut.

Apa akan terjadi kepada dia selepas ini.

David yang melihat wajah pucat yang ditunjukkan Layla mula hairan.

"Kau dah kenapa? Berpeluh bagai. Ada buat salah?" Bertubi- tubi soalan daripada David namun hanya mendapat pandangan yang takut dan riak pucat daripada Layla .

"Awak, mari kita balik." Ujar Layla sedikit merayu.

Sungguh dia takut.

Bukan disebabkan polis.

Tapi dia takut akan apa yang akan dilalui olehnya setelah ini, selepas berpisah dari jejaka yang bersamanya saat ini.

Bolehkah dia melindungi dirinya daripada terus diburu?

Layla sangat pasti bahawa dia masih dicari oleh lelaki-lelaki yang mengurungnya itu.

"Tak ada maknanya. Mari kita settle dekat dalam." Ujar David.

Nampak seakan memaksa.

Tapi itulah David Noah. Tidak suka menangguh atau melengahkan sesuatu perkara.

Kalau boleh semua perkara hendak diselesaikan secepatnya.

"Awak... marilah kita balik." Entah kenapa, Layla dapat merasakan yang dia akan lebih selamat apabila berada disisi jejaka yang bersama dia kini.

David mengernyitkan mata kepada Layla sebelum mula mendekati gadis itu.

"Kau ajak aku balik macam kita sudah kenal lamakan. Tak takut ke kalau aku ni orang jahat hm?"

Dang!

Diri Layla bagaikan dipanah petir saat ini.

Ada betul juga.

Nama jejaka ini pun dia tidak tahu. Bagaimana dia boleh meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada jejaka dihadapannya kini.

David tersenyum sinis melihat riak wajah yang diberikan oleh Layla.

Sesekali dirinya hampir tergelak.

"T-tapi..."

"What are you doing here? Need some help?"

Baru sahaja Layla hendak membalas ujaran David namun dia berhenti apabila mendapat teguran daripada salah seorang pegawai polis yang bertugas di situ.

"Urmm, I don't think I need it. But maybe she..-." Balas David selamba menggunakan bahasa yang sama yang digunakan oleh pegawai polis itu sambil mengarahkan tangannya ke arah Layla.

"Eh mana ada. No we didn't sir. " Balas Layla pula dalam keadaan gelabah David dan pegawai itu silih berganti.

Pegawai polis itu hanya memberi riak curiga kepada David dan Layla.

"Come in, follow me."

Memang sah Layla terpaksa beri keterangan.

Bersediakah dia?

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now