Part 29 - Fight

130 18 1
                                    

"Kalau kau nak jumpa perempuan ni hidup-hidup, datang ke lokasi yang aku bagi"

"Tapi dengan satu syarat, kau datang seorang!"

David tergamam mendengar suara si pemanggil di talian.

Jantung mulai gemuruh.

"Mr Xuan! Kau jangan berani apa-apakan Layla!" Bentak David.

Serentak itu panggilan dimatikan.

Satu notifikasi masuk.

"Kenapa David?" Soal Travis yang baru keluar daripada bilik siasatan dipejabat polis.

Sosok David yang kelihatan tidak keruan ditatap bingung.

"Mr Xuan call. Kau tengok ni!" Mesej yang tertera satu lokasi ditunjukkan kepada Travis.

Travis mengangkat kening. "Baguslah kalau dia sendiri yang bagitahu lokasi dia."

"Tapi dia tetapkan satu syarat." Tegang sahaja David bersuara.

"Apa dia?"

"Aku kena pergi ke sana sendiri kalau nak Layla selamat."

Travis membuntangkan mata luas .

"Habis, kau nak ikut syarat dia?"

David terdiam sejenak.

"Aku takut situasi jadi lebih buruk kalau kita langgar arahan dia."

Travis dan David sama-sama mati kata. Wajah resah David ditatap oleh Travis.

"Macam ni. Kau pergi sendiri dulu. Tapi pada masa yang sama, aku dengan yang lain akan guide gerak geri kau masa dekat sana nanti." Cadang Travis.

"Macam mana? " David bingung.

Travis diam tidak membalas, otaknya ligat berfikir akan sesuatu.

~~~~

David menatap sebuah gudang lama yang berdiri kukuh dihadapannya. Telefon dikerling sekilas.

"Inikah tempatnya." Bisiknya seorang diri sambil meneliti peta pada telefon.

Dengan penuh debaran, David mula melangkah masuk. Mata melilau mengamati cahaya samar-samar dari dalam sana.

Satu tepukan gemuruh mula kedengaran seakan menyambut kehadirannya. "Wow!" Teriak satu suara.

David berdiri tegak diposisi sambil netra memandang sosok yang kelihatan tenang itu dengan amarah yang mula membakar dalam diri.

"Kau memang berani David! Tapi sayang, kau tak cukup bijak untuk fikir yang mana baik dan yang mana buruk." Sinis sosok itu.

Sepucuk pistol dikeluarkan dari belakang kocek seluar.

David berundur selangkah. "Mr Xuan..."

Mr Xuan menyeringai bersama tawa sinis memandang sosok David.

"Kau nak buat apa hah?! Mana Layla?!" Soal David seraya mencerlung tajam ke arah Mr Xuan yang berada tidak jauh darinya.

"Kau masih fikir pasal keselamatan budak tak guna itu. Kau tahu tak sekarang ini nyawa kau yang dalam bahaya!"

Pistol diacu tepat pada figura David.

David menelan air liurnya yang terasa perit.

Mata melilau mencari figura Layla namun gadis itu langsung tidak kelihatan.

"Mesti kau sukakan tengok keadaan aku macam ni? Jadi buruan pihak polis." Mr Xuan mula menghampiri David selangkah demi selangkah.

"Kau dah buat apa pada Layla hah?! Mana dia?!" Bentak David apabila Mr Xuan sudah berada tidak jauh darinya.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now