Part 14 - Back

160 19 0
                                    

"Thanks."

Ujar David dan Layla serentak apabila makanan yang mereka pesan telah disusun elok di atas meja makan oleh pelayan di restoran itu.

"Sedapnya!!" Layla mula teruja. Sedari tadi lagi perut berjedag jedug kelaparan.

David hanya diam tidak menghiraukan Layla yang kelihatan terlebih bersemangat selepas tengok makanan yang terhidang.

"Awak..." panggil Layla sebelum bertindak menyuap seketul Dumplings ke dalam mulutnya.

"Apa?"

"Flight kita tu, ke Seoul kan?" Soal Layla.

Tiket penerbangan mereka itu disimpan elok oleh David membuatkan Layla tertanya-tanya akan destinasi mereka selepas ini.

"Bukan, kita balik Jepun... Osaka Jepun." Balas David sambil mencapai chopsticks untuk makan.

Mata Layla terbuntang luas.

Hampir tersedak dirinya mendengar balasan daripada David.

Osaka?!

"Jauhnya!!"

"Dekatlah!"

"Kenapa? Kau tak jadi nak ikut aku balik kalau aku cakap yang aku tinggal Osaka?" Ujar David dengan mata yang sedikit dikerling ke arah Layla sekilas.

"Tak tak bukan itu maksud saya."

Mana mungkin dia tidak mahu ikut. Hal berkaitan passport dan tiket flightnya telahpun diselesaikan oleh David pagi tadi.

Tidakkah membazir jadinya.

"Maksud saya, macam mana awak boleh tinggal kat sana pulak? Setahu saya papa hantar awak dekat sekolah di Seoul bukannya sampai ke Jepun sana."

"Panjang cerita. Malas aku nak explain." Cemuh David.

"Pendekkan..."

"Nanti sampai sana aku cerita." Kata David sambil menyuapkan sekeping gimbab yang telah dipotong ke dalam mulutnya.

Layla menayang wajah cemberut mendengar balasan David yang acuh tak acuh tu.

"Ceritalah-"

"Shh! Makan!"

Terus kelu lidah Layla apabila kata-katanya itu ditepis laju oleh David sekali dengan pakej jelingan maut yang diberikan kepadanya.

Suka hati dia je nak jeling-jeling orang!

Apa? Ingat takut? Cucuk mata guna chopsticks kang baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

Layla menjegilkan mata ke arah David.

David kembali menyuap makanan masuk kedalam mulutnya tanpa rasa bersalah.

Eat first, Talk later! You know?

Layla hanya meneruskan suapan makanan yang tergendala tadi tanpa banyak bicara.

~~~~

"Err David..." Ragu-ragu Layla memanggil David yang sedang meniarap di atas katil berdekatan dengannya sambil bermain game dalam telefon.

"Hmm?"

"Baju yang ada dalam wardrobe tu banyak sangatlah. Tak muat beg dah." Renget Layla.

David menghentikan perbuatannya lalu memandang ke arah Layla yang sedang duduk bersila itu. Beg baju yang sudah penuh itu diperhati.

"Penuh?" Tanpa banyak bicara David bangun lalu mengambil bagasinya yang berwarna biru itu dan diletakkan dihadapan Layla.

"Kalau letak dalam ni muat?" Soal David.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now